NOVELET-- JATUH
WARNING: Ordinary, cliche, light-plot
Tag: high school, school life, slice of life, friendship, love
----------------------
Prolog
LAUTAN yang terbentang luas menjadi
santapan kornea sejak tadi. Saujana mata memandang. Air yang langsung tidak
berkocak itu mendatangkan kehadiran sebuah ketenangan yang hanya dia dapat merasainya.
Ombak perasaan yang dilanda tsunami dalam jiwa perlahan-lahan menjadi percikan
bebola kecil dan menghilang ditelan bayu ketenangan. Burung camar yang hinggap
atas ranting tidak jauh di hadapan ditatap. Bukankah dengan melihat penciptaan
Khaliq akan menghapuskan segala gundah-gulana sekalian makhluk?
Keo menyedut air minuman Matcha latte
di tangan. Sejuk menuruni rengkung. Yui di sebelah diam memerhatikan segala
tingkah Keo itu. Tenang sungguh. Tapi dia nampak pada anak mata sahabatnya itu
menyimpan seribu satu beban.
“Aku kena kahwin tak lama lagi. FAM.”
“What FAM?”
“Family arrangement marriage.”
Yui jatuh rahang. Lah, sebab tu je ke?
“Dah tu kenapa muka kau macam ayam
berak kapur pulak? Kau patut excited sebab kahwin kot. Aku ni, jodoh pun
tak nampak-nampak lagi. Entah baru lahir ke apa.” seloroh Yui.
Keo menjeling maut Yui di sebelah.
“Kau nak aku tolak kau masuk dalam laut ke gila?” dia menjegil mata ke arah Yui
yang buat muka selamba.
“No hal. Aku jaguh berenang
kot.” Yui jongket kening. Berlagak. Heh.
Keo mendengus kecil. Mata kembali
menatap ke hadapan. Tenang sikit dari pandang Yui yang senget itu. Patutnya
angkut Mijal sekali untuk melepak, tapi atas kekangan kerja, sahabat mereka itu
tidak dapat menyertai reunion kecil di jeti itu.
Jeda.
“Aku rindu dia dowh.”
Yui yang sedap menyedut milo ais terus
tersedak kuat. Berkerut dahinya mendengar kata-kata Keo. Keo kalau sudah datang
angau dia, memang layak muntah aje depan muka dia. Sungguh dia bukan geng Mat
Bunga macam Keo seorang ni. Geli-geliman dia menadah telinga mendengar luahan si
mamat puitis tak jadi ni.
“Dia siapa? Bakal bini? Tadi muka tu aku
tengok frust menonggeng aje.” Sindir Yui laju.
Keo segera menumbuk kuat bahu Yui di
sebelah. Dia mendengus kecil. “Bukan dia la. Aku mana kenal pun dengan
perempuan tu.”
Yui jatuh rahang. “Seriuslah tak kenal
bakal bini? Jadi minah mana pulak yang kau rindu separuh mati ni?”
Keo hela nafas rendah. “Fatimah la.
Siapa lagi?”
Yui terkebil-kebil. Seketika, dia
membulatkan mata. “What?!”
Keo mengerutkan dahi melihat reaksi
Yui. “Apahal kau terkejut sangat gila?”
“Tak de la. Aku ingat that girl tu
cuma kekasih gelap kau aje. Yelah, kan zaman budak sekolah semuanya cinta beruk
aje. Bukan serius pun.” Tembak Yui lalu menghirup milo ais semula.
Keo mendengus. “Segelintir aje. Ada je
yang betul-betul kahwin macam senior tahun-tahun dulu.”
Yui menjulingkan mata. Iyakan aje la
budak angau ni.
Keo menyiku perut Yui. Yui menjongket
kening. Wajah Keo berubah mendung.
“Aku nak Fatimah. Tapi mak aku dah arrange
marriage dengan bestie zaman sekolah rendah dia pulak. Aku rasa… tersepit.”
Keo meluah perasaan. Antara pilihan hati dan menjaga hati ibu yang tercinta,
Keo menjadi berbelah-bahagi.
“Mak kau tak tau ke kau kenan dekat Fatimah?
Kau kan kamceng dengan mak kau macam adik-kakak aje?” Yui siap buat gaya
berjabat tangan.
“Itu la pasal. Tapi aku tak berani nak
tanggung risiko kalau dah reveal kat mak aku. Confirm dia nak aku kahwin
cepat-cepat. Padahal aku study pun belum selesai lagi. Cuti sem pun nak
habis dah ni.”
Yui hela nafas. Dia pandang wajah Keo
yang naik serabut. Seketika, sengihan terukir di bibir.
“Beginilah, kau terima aje jodoh yang
mak kau aturkan tu. Settle.”
Buntang mata Keo memandang ke arah
Yui. “Ewah, mentang-mentang bukan kau yang kena macam ni, kau suruh aku reda
pulak!”
Yui bantai gelak. “Memanglah. Bukan
apa, aku rasa mak kau mesti ada concrete reason kenapa dia nak jodohkan that
girl dengan kau. Cuba positif sikit, dowh. Mungkin dia dah jumpa
depan-depan ke, jadi dia tau budak tu perangainya elok atau macam mana,” dia
menenangkan fikiran Keo.
Keo menundukkan kepala sebelum
menengadah ke langit yang terbentang di atas sana.
"Hati aku sangkut dekat Fatimah
seorang aje dowh.” Luah Keo.
Yui tersenyum. Badan dikalih ke arah
Keo. Dia menyentuh bahu sahabatnya.
"Tak pe, Keo. Everything's for
a reason.” Yui mengingatkan.
"Kadang yang kita suka tu kita
tak dapat, bukan sebab dia tak elok untuk kita pun, tapi lebih kepada Tuhan nak
beri yang the best. Kau deserves someone’s better by your mom’s
choice. Pilihan seorang mak selalu yang terbaik, tak ke? Bagus sangat dah kau
dapat restu awal-awal lagi.”
Keo tersentak mendengar nasihat Yui.
Yui senyum tengok Keo. "Mijal
kata, dia stand in the middle untuk situasi kau. Tapi bagi aku, daripada
kau tunggu sesuatu yang tidak pasti, baik la pilih yang sudah ada dalam
genggaman. Kau pun tak tau kan Fatimah tu kat mana dah. Kau tak move closer
for what you wished for, jadi jangan buang masa, Keo. Masa sedang berjalan
meninggalkan cerita-cerita lama di belakang.”
Tertampar kalbu tatkala mendengar
teguran Yui. Keo menghela nafas panjang dan berat. Matanya ralit memandang ke
arah hadapan. Lautan yang biru begitu mendamaikan ditambah dengan angin angin
sepoi-sepoi bahasa mengelus pipi dan rambut coklatnya.
Masa sedang berjalan meninggalkan
cerita-cerita lama di belakang.
Keo rasa nak hempuk diri sendiri. Suka
tapi tak usaha, tak guna jugak, Khairul Othman oi.
With Jatuh rythem by Adam
HIDUPNYA sebagai budak form 5 bermula
di sekolah baharu. Setiap dua tahun, dia pasti akan berpindah sekolah. Selama
sebulan, tiada apa yang dirasakan menarik sehinggalah dia ternampak sesuatu
yang mencuit jiwanya.
Dia mereput lepak bersendirian di dalam
kelas. Tiga biji bun sudah lama masuk dalam perut. Cuma milo kotak yang ada berada
dalam tangan yang diagaknya tinggal separuh. Yui kelihatan sibuk menyalin
jawapan pada soalan Math yang Cikgu Rosa berikan dua hari lepas. Selepas waktu
rehat, kelas Math akan berlangsung. Manakala, Mijal pula sibuk menyantap menu
berat di kantin. Dia malas mahu melepak dengan kawan sekelas yang lain. Kaki
dibawa keluar dari kelas.
Dia turun ke aras dua. Deretan kelas
tingkatan empat menyapa kornea. Dia menjongket kening. Sunyi sepi tidak seperti
aras atas—aras kelas form 5, riuh sekampung seperti ayam baru bertelur
gamaknya. Keadaan begitu sepi kerana semua sibuk memenuhi tuntutan perut yang
kosong. Dia mula berjalan dari satu kelas ke kelas yang lain. Diintai-intai
budak-budak yang ada dalam kelas. Dia berjalan lagi. Tiba di kelas Alpha, dia
terhenti. Kening terjongket tinggi. Pintu kelas depan dan belakang terkatup
rapat. Something’s fishy.
Keo menjenguk melalui celah tingkap
kaca bertingkat itu. Dia menunduk sedikit bagi mendapatkan pandangan yang lebih
jelas. Di hadapannya, kelihatan lima sekawan sedang membuat bulatan seperti
halaqah usrah malam mingguan tetapi versi yang lain. Kening dijongket lagi.
“OK, Tim. Giliran kau pulak. Part
korus ni.”
“Dipersilakan, Fatimah Zahra untuk
menyanyikan lagu.”
Keo tersenyum. Oh, nama dia Fatimah!
Tim kelihatan berdeham lalu membuka
suara. Dia mula menyanyi korus lagu Ainul Mardiah. Nafasnya yang panjang
membuatkan dia layak membawa korus yang beritma tinggi. Terpegun Keo dibuatnya.
suara itu serak-serak basah seakan-akan Ella the Queen of Rama-rama.
Dia mendengar dengan khusyuk sampailah
Tim selesai menyumbang suara. Bibirnya tersengih nakal. Not bad.
Direnungnya wajah Tim yang buat muka toya walaupun melambung pujian yang ditabur
celah bibir empat kawannya. Wajah mulus itu mula terkunci kemas dalam taman hati
Keo.
KAKINYA melangkah perlahan mengikuti
langkah di hadapan. Seketika, langkah itu terhenti dan berpaling ke belakang
membuatkan dia yang berada di belakang terus bertembung dengannya. Hampir
berlaga dua tubuh mereka sebelum sepasang kasut Converse gothic itu
mengundur beberapa tapak ke belakang dengan kalut. Wajahnya yang nyata terkejut
naik memandang ke arah empunya tuan yang dilanggarnya.
“Maaf.” Dia segera membuka bicara.
Manakala budak lelaki itu sudah merenungnya semacam.
Jantung Tim berdegup pantas. Siapa
mamat ni? Pandangan mereka terkunci beberapa detik. Senyuman nakal
perlahan-lahan menghiasi wajah cerah budak itu.
“Err…”
“Tim! Sini!”
Lengan Tim ditarik spontan
menghentikan lamunannya. Dia tersentak. Dia terus mengikuti langkah sahabatnya
di hadapan. Menjauhi sepasang mata coklat berkilau itu bersama senyuman nakal
yang kelihatan begitu ngeri.
“Kau pergi ke mana sis? Nasib Deen dah
cop tempat makan kita. Kalau tak, berdiri la kita menunggu budak habis makan.
Jom. Aku dah lapar gila ni.” Bebel Aya.
Tim menelan air liur. Dia yang mahu
mengambil bekal kat asrama terus terlupa mahu melakukan niat itu. Sudahnya, kek
gula hangus yang ibunya kirim buat dirinya sebentar tadi hanya mampu dikenang.
Malam karang baru dapat telan la jawabnya.
Manakala, bibir itu kekal tersengih
nakal melihat dua sekawan itu menghilang. Memang niat mahu mengekori gadis itu
dari belakang. Tapi tak sangka pulak dia tetiba buat U-turn. Sikit terpeluk.
Dia mengambil peluang yang ada tadi memandangkan di laluan ke arah dewan makan
itu cuma ada mereka berdua. Budak-budak lain dah lama menyerbu dewan setelah
solat berjemaah Asar. Nasib baik ada kawan dia jadi penyelamat. Kalau tidak,
mahu kena usik gadis itu sepuas hati.
Sengihannya tidak padam.
"MIJAL,
pinjam earphone.” Pinta Keo sambil membuka laci kecil dalam loker Mijal.
Mijal angkat muka dari buku Add Math di meja. Dia menoleh ke belakang.
"Lagi?" soalnya berbaur
tidak puas hati.
Keo tersengih. Dia mencucuk cord masuk
ke telinga kanan dan kiri. Sony Mp3 berwarna merah hitam miliknya diselit masuk
dalam poket baju Melayu berwarna magenta.
"Macam biasa.”
Mijal menggeleng. "Trial exam
esok, ngek. Kau biar betul nak habiskan waktu bermadah pujangga dengan kertas
kajang kau tu?" bebelnya geram. Mata sudah mencerlung marah dekat Keo.
Keo buat muka selamba. Dia hanya tarik
sengih lalu bersiul rendah. Keluar menuju pintu dorm berselisih dengan Yui. Yui
angkat kening. Bibir Keo masih tak lekang dengan sengihan.
"Ke mana dude? Tak
study?" Sapa Yui pelik.
Keo sengih nakal. "Study Sastera.
Later”, angkat tangan dan kaki menapak jauh.
Yui jatuh rahang. Apa kehal dengan Sastera
pulak? “Esok Add Math la sengal!” Laungnya tapi cuma dapat lambaian Keo tanpa
sebarang tolehan.
Masuk dorm, Yui nampak Mijal tengah
sibuk menekan-nekan kalkulator. Bunyi macam tengah melepaskan das tembakan
bertubi-tubi sahaja lagaknya. Yui sengih. Terasa nak gelak pulak. Bahu Mijal
ditepuknya. Mijal mendongak sekilas.
"Apahal?"
Yui tarik kerusi berhadapan dengan
meja Mijal. Dia melabuh duduk.
“Susah sangat ke soalan tu dowh?” Usik
Yui.
Mijal menjegil ke arahnya. “Tak payah
cakap. Berselirat macam wayar kabel elektrik di Jakarta.”
Yui ketawa.
"Selamba beruk aje Si Keo kan?
Esok exam kut", dia pusing topik baru.
Muka Mijal pissed off.
"Sahabat kau la tu.” Perlinya.
Yui kerut dahi. "Bromance kau
la. Kenapa aku pulak?” Masing-masing pakat tak nak mengaku.
Mijal mendengus geram. "Boleh
pulak nak karang surat chenta tengah-tengah musim panas exam ni?
Aku tak paham".
Yui gelak. “Tak pe. Budak pandai
memang begitu. Bagi can la. Biasalah kan orang tak pernah berchenta".
"Cinta apanya kalau tepuk sebelah
tangan?" sindir Mijal pada kalkulator Casio silver yang diketik kuat bagai
menunjal kasar dahi Keo.
Yui tarik tersengih. Buku revisi Add Math
dibuka. Al-Fatihah dibaca, selawat 7 kali dan mula bismillah untuk membuat
latih tubi.
LINE CLEAR. Dia tidak tahu pulak tuah
yang diperolehinya setiap kali berpura-pura ke tandas padahal akan melencong
pergi ke tempat lain. Dan ternyata, kelas itu kosong seperti sebelumnya.
Mungkin budak Kelas Alpha pergi makmal atau attend subject di bilik
lain. Senyumannya semakin lebar. Dia segera menyusup masuk. Meja itu dihampiri.
Sudah dihafal kedudukannya dalam kelas.
Kocek seluar diseluk. Gambar kucing
berwarna hitam sebesar button badge diselit bawah lapik meja
lutsinar yang berhias dengan pembalut meja bunga-bunga kecil. Kucing itu
ditepuk perlahan.
“Duduk sini elok-elok.” Dia berbisik
kecil. Senyuman tidak lekang dari bibir.
KEPALA tenggelam dalam lipatan lengan. Malas nak join perhimpunan petang
apa entah. Dia masih berada di dalam kelas berseorangan. Mengantuk punya hal.
Sampai escaped school gathering. Petang-petang ada perhimpunan, dah
kenapa? Baik aku tidur.
"Ehem," kedengaran seseorang
berdehem. Suara perempuan.
Keo meneruskan tidur. Malas nak
melayan. Confirm la school prefect tu. Sibuk la nak kacau daun
pun. Pergi main jauh-jauhlah, dia membebel dalam hati.
Kedengaran kepala pen ditekan. Telinga
Keo cekap menangkap bunyi itu. Dia menggumam bosan. Confirm demerit
lagi! Ah, pedulilah!
"Bangun. Pergi perhimpunan",
arah suara itu. Keo mengerut dahi dalam lipatan lengannya. Macam obvious
pulak suara ni.
Keo lambat-lambat bangun sambil
menggeliat malas. Dia mengangkat wajah memandang sang pengawas yang sedang
mencekup dirinya.
Gulp.
Tubuh Keo mengeras. Tidak terkelip
matanya memandang wajah pengawas itu. Sedikit demi sedikit mukanya disimbah
darah segelen. Muka mulai panas. Dia berdehem. Cuba menghilangkan rasa terkejut
yang bertandang. Jantung sudah lari marathon. Mampus kalau kantoi
sekarang.
Chill Keo chill. Dia tatau pun kaulah orangnya. Yet, kau baru tau
dia budak pengawas! Demmit! Asal aku tak tau!
Pengawas itu menyeluk poket sweater
yang tersarung di tubuh. Musim hujan sekarang. Angin boleh tahan sejuknya.
Terkeluar sedikit butiran kristal berwarna hijau amber. Keo pantas
memerhati. Dia terkesima. Tasbih?
"Awak lagi. Hari tu pun awak
jugak kan?", kata Tim. Matanya tajam memandang ke arah Keo.
Keo tersentak. Muka habis blurr. Hari
tu? Dia mencongak dalam kepala. Hari tu yang mana?
"Denda round satu padang tiga
kali sebab buang sampah depan ketua guru disiplin", selamba sahaja budak
itu mengingatkannya kembali.
Makin merah muka Keo. Hisy minah ni!
Tu pulak yang dia nampak. Tak boleh ke yang murni-murni je yang dilihat tu?
"Skodeng aku nampaknya,” Usik
Keo.
"Saya in charge tolong
cikgu kat padang hari tu,” cepat si pengawas membetulkan persepsi mengarut Keo.
Keo menyepetkan mata. Iya-iya aje
budak ni.
"What's your name?” Soalnya.
Keo tersengih. "Haih, macam mana
boleh jadi pengawas kalau tak ingat nama budak yang selalu buat hal ni?,” usiknya
lagi. Saja nak cover muka yang terlebih excited sebab dapat jumpa
buah hati. Hatinya melompat girang walaupun muka yang dah serupa tomato ranum
sebab kantoi buat hal tak semenggah.
Tim tersentap. Dia mendengus geram.
"Dahlah. Turun cepat,” dia segera menutup buku nota kecilnya dan berpaling
ke belakang. Malas nak layan karenah Keo.
“Khairul Othman,” laju bibirnya
bersuara spontan mematikan langkah Tim.
KO.
Tim berpaling semula ke belakang,
tepat ke muka Keo. Mata mereka bertembung. Ada sesuatu yang tersirat dalam
pandangan milik sepasang mata berwarna coklat berkilau budak nakal itu.
Sesuatu yang… aneh.
HARI ITU hujan lebat. Nak balik dorm
tapi keadaan tidak mengizinkan. Tim menggaru tudung di kepala. Mana la nak tahu
cuaca okay ke tak. Bukan ada TV pun nak tengok sebagai langkah berjaga-jaga.
Dia menggosok lengan baju yang terasa sejuk. Menyesal sudah tiada guna bila dia
sengaja untuk balik dorm lambat tadi. Konon meringankan tulang membantu Cikgu
Rosa di bilik guru. Rajin yang mendatangkan padah.
Kini, laluan blok B begitu lengang dan
sepi dari wajah manusia. Hanya bertemankan angin sejuk yang menampar tubuh
bersama rembesan hujan yang semakin menggila. Tim menelan air liur. Hujan
adalah musuh nombor satunya. Dia tidak membenci, cuma tidak suka.
Nak minta tolong, rata-rata laluan
seluruh blok kosong tanpa satu susuk tubuh pun. Kalau nak redah, maunya buku
latihan dan teks dalam beg sandang basah dan kemungkinan untuk demam esok
begitu tinggi kerana tubuhnya yang memang tidak pernah berdamai dengan sang
hujan. Asal terkena air hujan walaupun rintik saja, mulalah berhingus, bersin
dan demam. Tiga serangkai terus penyakit yang menyerang. Dia tidak mahu sakit
lagi. Esok ada kuiz Fizik yang akan diberi markah tambahan untuk ujian minggu
lalu.
Tim hela nafas kecil lalu menapak ke
belakang tanpa menoleh. Tetiba tubuhnya terasa terlanggar dengan benda hangat.
Laju dia berpaling ke belakang dan menoleh ke arah empunya wajah. Tubuhnya
pegun. Dia lagi? Air liur ditelan. Dia menjarakkan diri. Kelihatan budak itu
menolak hoodie ke belakang, menampakkan wajahnya dengan lebih jelas.
“Err…”
Keo menjongket kening tinggi. “Apsal
kau ada kat sini? Bukan kelas dah selesai dari tadi ke?,” laju dia menyoal.
Mulutnya sibuk mengunyah sesuatu sambil matanya meliar ke sekeliling. Hujan
masih belum reda. Angin sejuk yang tetiba mengganas membuatkan Tim terlangkah dua
tapak ke arah Keo. Keo segera mengundur sedikit ke belakang. Memberi jarak yang
selamat. Budak ni ringan sangat agaknya sampai terbawa oleh angin macam tu aje.
“Pergi balik sekarang. Budak lelaki
banyak lepak kat sini.” Arah Keo memandangkan blok asrama dan blok kelas begitu
dekat jaraknya. Keo membawa kedua tangan masuk kocek sweater. Matanya
jatuh merenung wajah Tim.
Tim menoleh sekilas ke arah hujan yang
tiada tanda mahu berhenti. Keo membawa mata ke arah yang sama.
“Kau redah aje la.”
“Lencun saya nanti.”
Keo terkesima dengan ayat-ayat Tim.
Dia memandang Tim atas bawah. Tudung dan baju putih. Skirt biru. Lari meredah
hujan. Gulp. Tak ke naya kalau—
“Awak ada payung?”
Lamunannya terpadam. Keo segera
menggeleng. Tim menghela nafas. “Tak pe la kalau macam tu. Saya tunggu hujan
reda sikit baru saya redah.”
Keo mengerut dahi. “Eh, tak! Maksud
aku, bukan itu. Aaa—aku ada payung. Kau nak kan? Kejap aku ambil.” Dia terus
menghilang dari pandangan Tim. Sempat dia mengutuk diri sendiri kerana sudah
berfikir yang pelik dalam kepala. Lima minit, dia datang semula dengan payung
yang masih berikat kemas. Diserahkan kepada Tim.
“Err, awak tak guna ke payung ni?”
Keo menggaru kening yang tidak gatal.
“Nope. Hoodie ni dah cukup.” Dia menayang baju dark purple yang
tersarung di tubuh. Tim angguk kecil.
“Thanks.” Payung dibuka lalu
dia masuk dalam hempasan hujan. Keo memerhatikan Tim melalui ekor mata sehinggalah
gadis itu hilang dari pandangan. Tanpa sedar, bibirnya melorek senyuman
panjang. Blessing day huh, Khairul.
“AKU TAK dapat cam la siapa sebenarnya budak tu", luahnya. Rambutnya yang
terjuntai ke dahi ditolak semula ke belakang. Dia tertiarap lesu atas katil
bawah double-decker. Prep malam baru selesai. Penat menghafal konsep
gagasan dalam bab pembentukan Malaysia. Mengantuk pun ya.
Deen mengerutkan dahi sambil
memerhatikan tulisan sang pemberi warkah. "Curious gila aku dengan budak
ni. By the way, kreatif gila dia buat surat berbentuk kucing macam ni.”
Wajahnya teruja. Tiga keping kucing dibelek-belek. Warna biru, hitam, dan yang
terkini, coklat putih.
“Wait, dia tau ke kau suka
kucing sampaikan beria lukis bagai?” Deen merenung salah satu surat berbentuk
kucing. Pandai jugak budak ni melukis. Kucing ni nampak hidup kot.
Tim menggumam. Dia menyembam wajah dalam
bantal busuk sambil memeluknya erat. Clueless.
"KO? Siapakah?" Suara Tim
tenggelam timbul dalam bantal. Puas diselongkar peti ingatan tapi tiada satu
pun budak yang dirasakan match dengan tuan badan punya tulisan. Deen
menoleh ke arah rambut curly yang menutup sebahagian wajah Tim.
"KO huh? Kelas 4 Beta ada si
Kamarul Omar. Kelas kita, Kamal Okiy. Kelas Delta, Kairil Oda", Deen mula
menyebut satu per satu nama short form KO batch mereka.
"Kalau batch lain?,” soal
Tim seraya mengangkat wajah semula. Wajahnya demand jawapan bernas daripada
Deen.
Deen kerut dahi sambil pegang
dagu." I have no idea sebab aku tatau sangat nama original
diorang. Bukan apa, kau pun tau kan nickname budak lelaki jauh beza
daripada real name.” Katanya.
Tim menggumam. "So, nama KO ni stand
for short form real name atau memang pen name?", soalnya.
Deen sengih. "Itu pun aku tak boleh
nak cakap. Kau ada any idea ke?"
Teringat akan wajah seseorang, Tim
merengus lemah. Takkanlah pulak budak nakal tu pandai tulis surat chenta
berjela-jela siap dengan puisi puitis macam tu? Ish, tak mungkin! Dia pantas
menggeleng.
"Kenapa Tim? Ada sesiapa yang kau
syak ke?,” soal Deen menyepetkan mata. Curious.
Tim menjuih bibir. "Tak de pun.
Aku nak syak siapa? Kelam je semua. Semua macam tak ngam je dengan tulisan
jiwang karat macam dalam surat tu,” keluhnya.
Aya baru balik dari tandas. Dia
mendekati sahabat sahabatnya.
"Apsal muka kau orang serius
semacam ni weh?", tegurnya.
"Tengah jadi detective
untuk surat chenta Tim ni haa", kata Deen.
Aya melabuh punggung atas katil Tim.
Duduk bersebelahan dengan Deen. Surat chenta bertukar tangan. Tim
memandang Aya di hadapannya.
Seuntai bicara kubuka
Menyingkap rahsia cerita
Yang tersimpan dalam hati
Membisik madah bermelodi
Tulisan panjang bulat tersusun cantik
menyapa mata Aya. "Kata Dr. Fadhilah Kamsah, biasanya karakter orang, kita
boleh cam melalui tulisan. Mungkin KO ni jenis lampai kot. Sebab tulisan dia
pun tirus macam ni. Tapi, not bad la tulisan dia. Kemas walaupun dia
seorang lelaki. Entah-entah dia ni jenis yang perfectionist kot",
dia mengutarakan pandangan.
Terkelip-kelip mata Deen dan Tim
memandang Aya.
"So, maksudnya KO ni budaknya tinggi
dan smart la, gitu?", Tim mengulas point penting Aya. Aya
mengangguk. Deen terus mencongak dalam kepala, cuba mengingat satu per satu
budak lelaki yang sebegitu. Seketika, dia menggeleng. Budak lelaki form 4 yang
bernama short form KO semuanya moderate aje.
"Just my two cents though."
Aya sengih.
Fikiran Tim tetiba terlintas kembali akan
payung yang dipinjamnya minggu lalu. Ada nama KO tertera pada kain menggunakan correction
pen. Gulp. KO form 5 ke?
“YUI TAKE part dalam story telling arab kan?", soal Mijal seraya
mengalih kepala memandang Keo yang sibuk mengunyah chewing gum dalam
mulut. Kelihatan Keo mengangkat bahu sambil melilaukan mata memandang board yang
berkaca di depan mata.
Mijal mencebik. "Apa benda yang
kau tau Keo? Semua pun tatau", bebelnya.
Keo berpaling seketika ke arah Mijal.
"Bukan tatau dude. Tak minat nak tau", dia membetulkan ayat
sahabatnya. Mijal herot bibir.
“Apa aje benda yang kau minat?
Mengarang surat entah apa-apa. Aku bagi surat kau dekat Cikgu Zainah, baru
tau!” Tempelak Mijal.
Keo menumbuk bahu Mijal. “Diam la
kau.”
Mata Keo kembali ke board putih
yang panjang itu. Tak semenanya, terpandang nama seseorang. Dia membesarkan
mata. Cepat aje matanya membaca perkataan di atas sekali.
PERTANDINGAN HAFAZAN (LELAKI DAN
PEREMPUAN)
"Interesting!", Keo
jadi teruja. Dia tersengih macam tak betul depan board berkaca. Mijal
tolak bahunya.
"Kau dah kenapa?", soalnya
pelik.
Keo sengih sampai telinga. "Later!"
"Woi, jadi persembahan Yui macam
mana?" Laung Mijal kuat.
Keo melambai tanpa menoleh. Dia
terkocoh-kocoh pergi dari kawasan itu.
Mijal menyepetkan mata memandang Keo
yang dah mencicit lari. Apa kes? Seketika matanya pulak ternampak nama itu.
Mijal geleng kepala. Kalau dah nama dia angau, memang nampak buah hati ajelah.
Mana nak peduli orang lain dah.
Mijal peluk tubuh. Helaan berat
dilepaskan. Perlahan kakinya mula menjauh dan terus mencari bilik yang
menempatkan peserta story telling Bahasa Arab.
Keo menolak daun pintu. Terkelu bila
beberapa mata mengarah ke arahnya yang baru tiba. Penonton pertandingan hafazan
tidak begitu ramai. Dia duduk dalam kelompok lelaki. Matanya mencari susuk
tubuh dalam deretan kerusi yang diduduki pelajar perempuan. Kelihatan gadis itu
tenang memandang ke hadapan, menonton peserta yang sedang mengalunkan ayat-ayat
suci al-Quran. Al-Quran terjemahan berada di atas ribanya. Seketika, mushaf itu
dibuka dan dibaca perlahan.
“Peserta seterusnya, Fatimah Zahra.”
Keo mula teruja. Dia yang memeluk
tubuh dalam kedinginan aircond terus menegakkan tubuh. Matanya meniti
langkah kecil Fatimah naik ke pentas. Senyuman lebar mula terkoyak di bibir.
"DAH BERAPA kali kau tulis benda
bodoh ni haa?", soal Mijal menyampah.
"Pernah dia balas tak? Tak pernah
kan?", tempelak Yui pulak.
Geram memandang ke arah Keo yang buat dunno depan mata sambil tangan
lincah menulis. Telinganya yang tersumbat dengan kord kiri kanan dicabut oleh
Yui dan Mijal serentak. Keo tersentak. Dia mengangkat kepala dari kertas
kajang. Mata memandang sahabatnya. Kening terjongket.
"Hah! Baru nak sedar!",
tempelak Yui.
"Angau tak habis!", bebel
Mijal.
"Korang nak apa? Pergi main jauh-jauhlah!",
halaunya geram. Pantas saja Mijal amek buku teks Add Math lalu ditamparnya
kepala Keo. Biar berpijak pada bumi nyata sekarang. Keo mengaduh sakit.
"Sudah-sudahlah habiskan waktu
menulis benda bodoh tu. Takkan ke mana jugak! Bukannya dia nak balas pun!
Bawak-bawaklah sedar diri tu nak SPM dah." Mijal mendengus kasar.
Keo tersentak dengan kata-kata Mijal.
Rasa tertampar sedikit.
“Kita ni budak SPM dowh. Lagi dua
bulan aje nak exam besar. Haih. Kau ni la.” Luah Yui.
"Dia tak recognize kau pun
Keo. Dah la tu. Baik kau study lagi bagus." Sambung Yui bersama
keluhan.
Keo tersengih. Dia memandang Yui dan
Mijal silih ganti.
"Siapa kata dia tak recognize
aku?", soal Keo bersama senyuman penuh makna. Mijal dan Yui saling
berpandangan sebelum menoleh ke arah Keo.
Mereka tersentak. Eh?
TIM BARU nak masuk ke ofis guru. Dia menarik daun pintu kaca itu. Tersembul muka
budak lelaki yang tinggi lampai di hadapan mata disertai dengan rakan-rakannya
di belakang. Tim bulatkan mata. Sikit nak tersembam wajah ke dada budak tu. Dia
segera memberi ruang kepada budak-budak di hadapannya.
"Maaf!” Cepat saja dia memohon
maaf seraya mendongak. Dia terkesima. Eh, budak ni lagi!
Keo tersengih nakal. Mata merenung
Tim. "Mata tu letak mana sis? Pakailah kaca mata kalau rabun", usiknya
lalu berjalan keluar pejabat diikuti dua orang rakannya. Kedengaran rakannya
bantai gelak bukan main di belakangnya. Tim gigit bibir.
Tombol pintu digenggam erat. Tak jadi
nak masuk dah kena serbu oleh budak-budak nakal tu! Dia menjeling geram ke arah
mereka. Baru nak tarik semula tombol pintu tetiba dia tersentak.
Oh kasih, ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit, dah sungguh
Aku asyik terjatuh
Lagu tu...
Tim kembali menoleh ke arah budak bertiga
yang dah agak jauh darinya. Matanya memandang belakang tubuh si tinggi lampai
yang menyanyi sebentar tadi.
KO.
Is that you?
Tetiba kepala yang berada di tengah
antara tiga budak form 5 itu menoleh ke belakang. Bibirnya tersengih lalu
mengenyit sebelah mata ke arah Tim. Kejung tubuh Tim dibuatnya. Dah kenapa
mamat tu? Putus fius!
Seketika, kening Tim berkerut seribu.
Budak nakal tu? Heh. Mengarut! Dalam kepala mengenangkan sekiranya Khairul
Othman yang memenuhi kriteria KO si pemberi surat. Memang tak la. Tak ada ciri-ciri
langsung!
MALAM apresiasi pelajar form 5 masih berlangsung.
Majlis itu kemudian ditutup dengan sumbangan suara dari seorang budak lelaki
form 5. Tim meronda dewan serbaguna sambil sesekali mata memandang ke arah
pentas. Mendengar saja nama budak itu disebut, Tim jadi pegun satu badan.
Lelaki itu sedang berjalan sempoi naik ke pentas sambil bertukar mic
dengan pengerusi majlis yang juga merupakan budak form 5.
“Disebabkan hanya malam ni saja aku ada
peluang nak menyumbang suara lemak santan manis aku sebelum exam SPM, jadi aku tak
nak la sia-siakan this last time. Terimalah lagu yang bertajuk…. Jatuh.”
Budak-budak kelas 5 Beta pantas bertepuk
tangan dan bersorak riuh. Tidak kurang juga, budak-budak kelas form 5 yang
lain. Gamat suasana dewan tatkala melihat Keo selamba dan berani tampil
menyumbang suara.
Menggigil kepala lutut Tim tatkala
mendengar tajuk lagu yang amat dikenali itu. Nyanyian Adam AF2 yang bakal dispoilkan
oleh KO. Kenapa dia memilih lagu tu? Dah habis ke lagu lain dalam industri
lagu? Kenapa lelaki di hadapannya ini berlagak seperti KO? Ke memang betul KO?
Tapi kalau bukan pulak, kenapa dia kerap nyanyi lagu Jatuh macam yang dia pernah
selit bersama puisi?
Suara merdu KO mula menampar gegendang
telinga Tim. Tim membuang pandang ke arah lelaki itu. Pandangan mereka
bertembung. Tim seolah-olah disedut masuk ke alam lain tatkala berlaga mata
dengan KO. Terkesima mendengar suara lemak santan itu menyanyikan lagu
kegemarannya.
Di manakah pemandangan terindah
Di dunia puas kucari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arahmu
kutemu pemandangan itu terlakar di wajahmu
Pada korus lagu, Tim seakan dipaku
dengan tenungan sukar dimengertikan KO. Fikirannya sudah melayang entah ke
mana. Sahutan kawan pengawasnya sayup-sayup seperti tidak kedengaran lagi. Dia
tenggelam dalam suara lunak lelaki yang memakai kurta ungu gelap di hadapan.
Selesai menyumbang lagu, KO
mengucapkan terima kasih sambil mengerdipkan mata ke serata dewan manakala Tim
yang tercegat di tengah-tengah antara pelajar lelaki dan perempuan terus
tersentak. Seakan baru tersedar. Dia menjeling tajam ke arah KO lalu terus
keluar dari dewan.
Keo menyedari perbuatan Tim. Dia terus
mengejar gadis itu. Kaki dibawa turun dari pentas dan terus keluar dari dewan.
Kaki panjangnya menyaingi langkah kecil Tim.
“Fatimah!” laungnya menghentikan
langkah deras gadis itu.
Tim tidak berpaling ke belakang. dia
rasa geram dengan lelaki itu. Terasa bodoh kerana lambat pick-up menangkap
short form KO itu sebenarnya merujuk kepada Khairul Othman—si budak
nakal yang terkenal seantero sekolah. Nama yang sering menjadi sebutan para
pengawas dan budak-budak upper class. Tim rasa sakit hati kerana terasa
dipermainkan dan mungkin juga kerana perasaan yang dirasai tika ini. Dia keliru
dengan secebis perasaan yang hadir.
“Fatimah.” Keo tenang berjalan dan
mendekati Tim. Dia berdiri di hadapan gadis itu.
“Oi, pandang aku la! Aku nak cakap
dengan kau ni.” Arah Keo.
Fatimah gigit bibir. Tangan di sisi
dikepal kuat. Dadanya sudah berdetak laju mengalahkan orang yang berpusing
padang sekali.
Hujung kasut Tim ditendang perlahan.
Pantas Tim mendongak menikam anak mata Keo.
Keo terkedu. Terkejut melihat wajah
Tim yang memerah seperti cili padi. Biasanya, wajah itu seperti tembok—tidak
berperasaan saja.
Tenungan tajam Tim diabaikan Keo
sebaliknya dia tersengih nakal. “So, I guess kau dah tau aku siapa?”
“Awak nak apa?”
“Nak balasan surat cinta dari kau.”
Usik Keo sambil membisikkan perkataan ‘cinta’ yang disebutnya. Tim mengetap
bibir.
“Saya bukan perempuan miang nak layan
surat tak guna awak tu.” Tegas Tim berkata. Tangan yang dikepal semakin erat.
Geram dengan kata-kata Keo.
Keo tersentak dengan kata-kata itu.
Seketika, dia tertawa. Kedua tangan disilang pada dada sambil wajahnya menunduk
menghampiri wajah Tim yang rendah 10 cm darinya. Sketsa mereka mendapat
perhatian sebilangan pelajar lain. Tidak kurang Mijal dan Yui yang sudah
menepuk dahi. Mencari bala betul nak jumpa pengawas macam tu.
Tim mendongak berani. Menentang anak
mata Keo yang terasa begitu dekat. Tenungan Keo membuatkan dia mengerdipkan
mata beberapa kali. Dadanya tidak berhenti berdetak kencang dengan pantulan
yang membias dari dalam sepasang anak mata coklat berkilauan itu. Ada dirinya
yang begitu kerdil di situ. Dia menyerah kalah. Matanya dilarikan ke bawah. Hatinya
goyah dengan tingkah Keo yang selamba.
Keo menarik senyuman panjang. Nakal.
Lambat-lambat dia menarik kepalanya semula.
“Kalau macam tu, bagi balik semua
surat cinta aku.”
“Hah?” Tim terpinga-pinga.
“Yeah, you heard that girl. Ke
kau nak simpan surat cinta aku?” Suara itu mengusik kalbu Tim.
Tim menelan air liur. Mukanya sudah
tidak tahu nak disorok kat mana. “Memang tak la saya nak simpan. Tak de. Saya
dah buang.”
Sekali lagi, Keo mendekatkan wajahnya
ke muka Tim. “Betul?” soalnya. Nada mengusik.
Tim menjauhkan wajahnya. Gila betul
mamat ni. “Betul la.”
Keo tetiba memasang riak serius. Dia
mencekak pinggang depan Tim. “Tak payah menipu Fatimah. Tak elok. Dah la nama
sempena anak Nabi Muhammad SAW, nak menipu pulak. Malu la sikit dekat Fatimah
Ra.”
Tim seperti ditampar dengan sindiran
Keo. Dia mendengus geram. “Fine. Awak betul.”
Keo tersenyum puas. “Kau ada hati kat
aku ke?”
Fatimah tersentap. Matanya terjegil ke
arah Keo. Tapi jantungnya sudah tidak sudah mengepam laju.
Keo menatapnya tajam dan serius.
“Kenapa kau simpan surat aku?” kening dijongket.
Tim tergemap.
“Bagi aku balik. Kau tak balas pun
surat tu.”
Tim diam sejenak.
“Awak nak buat apa dengan surat tu?”
Keo pandang Tim. “Aku nak buang.”
Seakan dipulangkan buah paku keras kepadanya, Tim mengetap bibir. Dia
mengangguk perlahan. Kaki dibawa menjauh dari Keo. Dia segera ke asrama dan
menyelongkar semula loker baju. Ditarik keluar kotak keras segi empat yang
menempatkan semua surat yang diberikan oleh KO. Tangannya menggigil menggenggam
tujuh keping kepala kucing yang comel dari budak form 5 itu. Di bawah sedarnya,
dia juga menyimpan secebis perasaan terhadap secret admirer yang baru
diketahui tuan badannya. Dia melepaskan keluhan. Tahun ni tahun last dia.
Lepas ini, tidak akan ada lagi surat dari lelaki itu—sebagai peneman hari-hari
di asrama.
7 tahun berlalu…
KEGILAANNYA sudah kembali. Daun maple
yang berwarna kuning merah emas itu dihambur-hambur ke udara sambil hati
digeletek keriangan. Kalau ditanya, antara empat musim, musim luruh merupakan
musim kegemaran memandangkan akan selalu bertemu dengan pohon-pohon yang
menggugurkan daun-daun maple dari dahan serta suhu yang tidak berapa sejuk
berbanding musim sejuk.
Kaki dibawa menendang-nendang daun
yang bertaburan di sepanjang jalan tepi tasik. Selesai, dia mengutip sehelai
daun dan mengambil sekeping gambar lalu diupload dalam akaun Instagramnya.
Caption yang ditulis begitu ringkas.
Who knows, there’s my secret admirer
behind this maple leaf.
Dia menurunkan semula daun maple.
Figura seseorang di hadapan membuatkan darahnya berderau ke muka. Kaki terasa
dipasung. Matanya tidak lepas dari menatap wajah yang tidak jauh darinya
berpijak. Dadanya yang berdetak kencang seakan terhenti berdegup tatkala wajah
itu berpaling ke arahnya. Dia menelan air liur kesat. Ah, sudah! Kenapa dalam
banyak-banyak negara di dunia ini, dia akan bertemu semula dengan lelaki itu di
bumi Eropah?
Dia segera tunduk, berpura-pura
mengutip daun maple. Sudah la tidak pakai mafela, mana nak sorok muka? Takkan
nak pakai daun maple jadi mask pulak?
Sepasang kasut hitam berhenti depan
mata membuatkan mata Tim membulat. Oh, damn!
“Hi miss. I seem to know you.” suara
garau itu menegur dirinya. Tim rasa mahu mengangkat kaki melangkah seribu
meninggalkan tempat itu segera. Namun, apa yang dilakukan adalah sebaliknya. Dia
terpegun menekur daun luruh di kaki. Lelaki itu turut tunduk mencari-cari
wajahnya.
Tim yang gelabah terus berdiri. Tanpa
mengingati bahawa dia sedang menyarung kot panjang, dia terpijak hujung kotnya
lalu terjelepuk ke arah lelaki itu. Mereka terjatuh bersama-sama atas daun
maple yang bersepah.
Tim cepat-cepat bangun lalu menjauhi
lelaki itu. Darah menyerbu ke muka entah berapa gelen. Dia mengetap bibir erat.
Kotnya dikibas-kibas sambil menggelabah. Tudung dibetulkan di kepala. Dia tidak
tahu mahu bereaksi macam mana depan lelaki itu. Tujuh tahun hilang khabar,
tetiba bertemu dalam keadaan terpeluk macam tadi, tak ke haru namanya tu?
Lelaki itu kelihatan tenang. Riak
terkejut campur gembira menyapa hati tatkala bertembung semula dengan gadis
itu. Siapa sangka mereka bertemu semula di Edinburgh?
Dia mengangkat sebelah tangan melambai
ke arah Tim. “Heyyo.”
Tim segera bangun dari duduk. Dia
mengelak dari bertembung mata Keo. Malu masih belum padam.
Keo turut bangun lalu mengibas kot
panjang lalu membetulkan kedudukan kot di badan. “Kau apa khabar?” sapanya. Dia
rindu mahu berbual dengan gadis itu meskipun yang keluar dari celah bibir hanya
usikan nakal saja.
“Sihat.” Sepatah Tim menjawab. Dia
menjeling sekilas ke arah Keo. “Saya pergi dulu.” Dia terus pamit dan terus
melangkah namun pantas ditahan Keo.
Mata Tim spontan naik ke wajah Keo,
memandang tepat ke dalam matanya membuatkan Keo terkedu.
Gulp.
“Awak nak apa?” Tegas nada itu.
“Err, kau dah…berpunya?” soal Keo laju
tanpa memikirkan lebih lanjut.
Tim tersentak dengan pertanyaan Keo.
Dia membawa naik tangannya. Menunjuk jari manis yang tersarung dengan cincin
belah rotan. Keo tersentap. Gelap seketika dunianya kerana mengetahui Tim sudah
berpunya.
“Awak ada nak tanya apa-apa lagi?”
soal Tim. Dia sebolehnya menahan sebu yang menyerang jiwa. Terasa kacau
fikirannya tatkala ternampak Keo depan mata. Hilang terus rindunya pada sang
tunang yang baru dimesej dua minggu lalu.
Keo segera menggeleng. Nak tanya apa
lagi kalau dah tau gadis tu sudah ada pemilik hati?
Keo mengukir senyuman. Pedih ulu hati.
“Bila majlis? Nanti kau roger-roger la aku kat Facebook.”
Tim hanya mengangguk kecil. Mereka
berpisah haluan setelah itu. Membawa duka lara masing-masing.
PENGANTIN LELAKI sudah tiba. Hati Tim
dipalu gendang. Debaran semakin terasa. Dia tidak pernah tahu siapa tunangnya
bahkan dalam display picture Whatsapp, lelaki itu hanya meletak gambar
bayang-bayang sebagai cukup syarat menandakan dia bukan robot atau scammer.
Lima bulan dia mengikat tali
pertunangan setelah selesai degree di bumi Eropah. Dia tidak sempat untuk mengenali
secara dalam tentang tunangnya. Bertemu empat mata juga tidak berkesempatan.
Yang dia tahu, itu hanyalah aturan keluarga buat dirinya. Dia reda kerana malas
mahu memikirkan soal jodoh. Asalkan ibu bapanya menyukai menantu mereka, itu
sudah memadai. Soal hatinya, dia tidak ambil peduli kerana kekasih gelapnya
hanyalah sekadar cinta monyet zaman sekolah menengah dan zaman itu telah lama
berlalu pergi. Let bygones be bygones. Dia mahu move on daripada
kesedihan yang pernah mencengkam jiwa dahulu. Que sera, sera. Dia sudah
reda dengan takdir yang menyapa.
Seketika, bahunya dicuit Deen. Deen
menyerahkan telefon bimbitnya. “Ada chat masuk.”
Tim melihat senyuman nakal yang
berhias di bibir Deen. Dia buat-buat tak nampak. Seketika, dia membuka Whatsapp
dari sang tunang yang tidak dikenali wajahnya itu. Deen dan Aya yang sudah
kepoh berborak tidak dipedulikan.
Hi, cik tunang 😉
Tim tersentak. Wajahnya pantas panas
membaca chat itu. Tidak pernah tunangnya menggunakan sebarang emoji ketika
bermesej. Ini dah kenapa pulak? Mentang-mentang nak sah jadi suami isteri,
tetiba keluar perangai pelik macam ni.
Tim segera mencari wajah bakal
suaminya yang sedang memegang kemas microphone di tangan. Bersedia
dengan akad yang sebentar lagi dilantun celah pembesar suara itu. Seperti tahu
dia mencari, wajah itu menoleh ke arahnya membuatkan Tim terkedu. Seketika,
rahangnya jatuh membuatkan wajah itu tersenyum nakal. Sempat dikenyit mata ke
arahnya membuatkan Tim rasa darah bergelen-gelen menyimbah ke muka.
Khairul Othman?! Tak mungkin!
YUI MEMELUK erat leher sahabatnya.
Seketika, giliran Mijal pula yang mendakap tubuh raja sehari itu. Serius mereka
berdua melopong tatkala melihat bride yang muncul tadi. Patutlah macam
pernah nampak muka tu. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk mengesan
bahawa itu adalah pujaan hati Si Keo memandangkan Fatimah tu mana pernah pakai
mekap kat sekolah. Event besar macam jamuan raya pun, budak perempuan upper
class sibuk bermekap tebal, dia selamba dengan wajah natural looked-nya.
Kalau tidak mengenangkan Deena dan Ayana yang berkepit di samping Fatimah tadi,
memang mereka akan fikirkan itu adalah orang lain.
“Elok-elok jadi suami orang. Jangan
nakal-nakal sangat.” Bisik Mijal lalu tertawa besar. Dia melepaskan pelukan.
Keo menarik sengih nakal lalu menumbuk perlahan dada Mijal. Yui yang pasang
telinga tadi segera menyambut tawa Mijal yang masih bersisa.
“Aku akan cuba.” Sengih Keo. Nakal.
“Amboi, bahagia betul kau ek dapat Si Timah!”
Usik Yui.
Keo buat-buat gelak sambil memukul
lengan Yui yang bersarung baju Melayu cekak musang berwarna merah hati. “Timah.
Siapa Timah? Aku tak kenal.” Dia menjegil mata.
Yui menjulingkan mata. Menyampah.
“Comel apa Timah?”
“Macam biji timah dowh.” Ulas Keo
geram. Mencerlung mata pandang Yui. Suka hati samakan buah hati aku dengan
timah lombong.
“Okay apa Timah? Timah kan berharga
macam Timah kau.” Mijal mencelah lalu buat high-five dengan Yui. Mereka
bergabung tawa. Keo menyepetkan mata. Bertuah punya kawan. Berani betul budak
dua ekor ni samakan Fatimah dengan biji timah.
Usai tawa Jantan Yui dan Mijal reda,
Keo menepuk lengan Yui. Yui jongket kening.
“Anyway, thanks dowh sebab push
aku untuk terima jodoh aturan mak aku dulu.” Ucap Keo ikhlas bersama sengihan.
Matanya mengerling ke arah Fatimah yang sedang sibuk mengambil gambar bersama
kawan-kawan sekolah menengahnya. Melihat senyuman manis isterinya membuatkan
dia terjangkit untuk tersenyum sama.
Yui mengangguk lalu menepuk belakang
Keo. Dia tersengih. Melihat keadaan itu, Mijal terus menarik bahu kedua
sahabatnya. Keo di sebelah kiri dan Yui di sebelah kanan.
“Yahoo! Congrats buat
Keo. Impian dia jadi kenyataan!” Sorak Mijal gembira. Keo dan Yui tertawa.
DIA MEMINDAHKAN kotak-kotak yang berat
berisi dengan pelbagai barang itu ke bilik kosong di sebelah. Disusun kemas
pada suatu sudut yang bercantum dengan dinding bilik. Setelah selesai
memindahkan tujuh buah kotak yang maha berat, dia menyeka peluh yang merenik di
dahi. Dia mengagak isi dalam kotak itu adalah buku. Dia keluar dan masuk ke
bilik tidur semula. Kotak yang terakhir diangkat. Dia bersedia sekiranya kotak
itu berat seperti yang lain namun tatkala mengangkat kotak tersebut, ia tidak
berapa berat berbanding tadi. Hatinya tergerak untuk membuka kotak itu.
Kotak dibuka luas menyerlahkan isi
dalam. Keo terpegun. Ada planner entah berapa buah bersama kotak-kotak kecil
keras pelbagai corak menyapa kornea. Planner rencam warna itu dibelek-belek.
Dia memilih untuk menyelongkar isi dalam planner berwarna purple
susu. Planner itu seakan-akan pernah dinampak dalam meja Tim semasa di sekolah
menengah dulu. Planner yang lain disimpan semula dalam kotak. Disusun
elok sebelum planner purple susu dibawa ke arah katil. Dia melabuh duduk
sambil membuka planner di tangan.
Tahun 2013. Di mana tahun itu
merupakan tahun terakhirnya bergelar pelajar sekolah menengah manakala Tim
masih ada setahun nak tamat persekolahan.
Planner itu dibelek satu per satu. Keo
tersenyum kecil. Suka melihat tulisan bulat besar milik isterinya. Tetiba
terjatuh sekeping kertas yang berlipat ke riba Keo. Keo mengerutkan dahi
membaca perkataan yang berada di atas kertas.
To; KO
Keo membuka kertas itu. Dia terpegun
membaca bait-bait kata yang tertulis.
I may not know you, but I’m sorry.
Saya tidak berminat nak berkenalan. Saya ke sekolah cuma nak belajar
sungguh-sungguh, nak capai impian mak ayah saya. Stop menggula-gulakan saya
dengan puisi awak. Saya tak faham puisi. Saya hardcore thriller saja. Sekian,
harap maklong.
Tim.
Tersengih panjang Keo dibuatnya.
Mati-mati dia memikirkan Tim tidak pernah berminat untuk membalas surat
cintanya dulu. Membaca warkah yang tidak jadi dibalas kepadanya membuatkan hati
Keo kembang setaman.
“Eh, buat apa tu?”
Keo segera menoleh ke arah pintu. Tim
mendekatinya bersama kerutan di dahi. Seketika, matanya membulat luas memandang
Keo selamba beruk membuka planner 2013 miliknya. Tim segera merampas kembali
planner itu lalu dipeluk ke dada. Wajahnya sudah merah bak delima.
“Apa yang awak dah baca huh? Sampai
mana awak dah baca?” Laju Tim menyoal lalu membelek-belek semula tulisan bocah
yang sangat banyak melalut ketika zaman sekolah. Malu bukan kepalang terhadap
Keo. Tingkah yang gelabah itu mencuit hati Keo.
Keo tarik sengih nakal. Dia berdiri
lalu menayang kertas kajang bertulisan ‘To; KO’ depan mata Tim.
Membuntang mata Tim melihat perkataan
itu. Planner di dada sudah jatuh ke kaki. Wajahnya terasa panas membahang.
“What the he-ll! Bagi balik!”
tempiknya. Keo segera melambai-lambai kertas itu ke udara. Tim gigit bibir
kuat. Kenapalah dalam banyak-banyak planner, dia pilih yang purple tu! Too
much aib tau tak.
“Language sayang.” Keo
mengingatkan. Wajahnya sudah didekatkan ke arah muka Tim yang seperti memakai
pemerah pipi itu. Tim menjegilkan mata. Menutup segan dek panggilan manja Keo
itu.
“Gimme back that thing.” Pinta
Tim geram bercampur malu. Walaupun sudah tiga bulan bergelar suami isteri, dia
masih belum terbiasa dengan keadaan yang telah berubah. Baginya, Keo masih
orang asing yang berkongsi hidup sebumbung dengannya.
“No until you…” Keo menyua
sebelah pipi. Tim memejam mata sebentar. Geram dengan perangai nakal Keo.
“In your dream la!” Tim
mendengus kecil lalu memijak kuat kaki Keo lalu keluar dari bilik. Keo tertawa
nakal di belakangnya. Tahu sangat Keo cuma mahu mengusik dirinya. Keo membaca
semula ayat-ayat tulisan miliknya bersama nada usikan sambil mengekori dari
belakang. Tim pantas lari sambil menutup kedua telinga. Argh, kaki usik nombor
satu betul!
TAMAT
End; 23 Mac 2024
P/S: Saya mengalu-alukan sebarang komentar dan kritikan membina. Thanks for reading! ;)

Tersengih -sengih bacanya haha😆
ReplyDelete