HOLIDAY penutup tahun 2016

Assalamualaikum.

Citernya kelmarin kami pergi holiday tapi baru hari ni aku dapat tulis.Huhu.Tempat simple budak-budak tak cukup matang macam kami ni pergi ke PUTRAJAYA.

Yeah!!Tu diaaa..aha.Mula-mula,aku dengan sorang junior ni tunggu kakak dia.Semangat gile kami mandi.Awal la konon mandi tu sebab nak jalan.Tunggu punya tunggu..jadi pekasam kami depan laptop.Tak kunjung balik budak tu.Sabar jelah.Dia kena settle sedikit hal kat luar.Tak tau la berapa jam tunggu dia.Yang pasti lama gile..Sampai kami sempat lagi layan page Sabahan Troll..Gile punya lawak man..Perghhh..Gelak macam nak tergolek tapi kena cover-cover lakan..sebab ada budak lelaki..hahaha..Dah penat gelak tu..baru perasan dia tak muncul-muncul lagi..Oh man~Memang berlalat oh tunggu dia.Last-last...aku baru nak putus asa..cakap dalam hati..eh,tak payah pergilah..bukan ada duit pon..bukan nak main pon..Masa tu jugaklah dorang jerit soh cepat.Hailaa..Bertuah punya sahabat.Aku pun kalutlah nak amek barang.Mana-mana yang patut dibawa.

Sampai sana..Tak sangka dapat jumpa balik dengan sahabat yang paling rapat kat RTA.Perghhh..Dunia akhirat insyaAllah..Bestfriend satu kepala maa..Dia masuk je RTA,aku interviu dia.haha..Nasiblah dapat orang macam aku.lol.
banat RTA vs alumni RTA
Dah penat selfie,kami pon teruskan perjalanan gi Taman Botani Putrajaya.Alaa..sebelah-sebelah aje pon.Tak jauh mana.Dorang decides nak main basikal kat sana.Aku tetap aku.Tak nak join.Hahaha.Bukan tak nak bersukan tapi malas..and bukannya tak nak main tapi aku nak berkorban demi sahabat aku tu.Hahahha..Tak naklah bagitau apa benda yang aku korbankan..Kang kau jugak yang malu.Aku gelak jahat aje.hahhaa.Ok.Out of topic.Nak dipendekkan citer,dorang gi main basikal.aku gi layan buku.Buku DIAgnosis.Best buku tu.Citer pendek tapi dalam maksudnya.Banyak pengajarannya.Sentap secara halus man.Perghh!First aku dalam bangunan tu je..alih-alih tukar tempat sebab banyak gile nyamuk nak cium aku.Daripada karang terkena demam denggi,baik aku blah gi surau dia.Huuu...Lega.Ada aircond bagai.Kat situ jadi macam mak dugong la aku baca buku.Hahahha...Sambil tunggu-tunggu dorang tu adalah habis dalam beberapa bab citer..Seronok sangat aku baca sampai tak sedar dorang dah menyeludup masuk surau.Join aku.Hahhaha..Lepas tu,kami balik..Sedih pulak nak berpisah dengan budak ni..

cun tak?haha
Hmmm...sepanjang hari tulah aktiviti kami.Holiday beramai-ramai tanpa ibubapa masing-masing.Lepak dengan kawan-kawan.Jauh dari pandangan mereka.Hehehe.Sekali sekala nakal.Aku ni budak baik.Jarang jadi nakal.Tapi kalau dah nakal sekali,memang nakal betul.Alaa...acah-acah nakal aje.lol.Dari kecik je baik..Sekarang ni,aku nakal pulak.Huahua.Setakat tu jelah.Tak tau nak bebel ape lagi.Dah penat tulis.Ceewahh..Kalau sape-sape yang kenal aku baca ni,mesti cakap aku poyo.Petik jari aje kalau kak kina ni.Dulu kat RTA kemain lagi menulis citer sampai hampir nak 20 page.Kadang-kadang memang sampai pon 20 page tapi tangan tu haa.mengada.gedik tak nak menulis.Huahuahua.Tolong jangan komen cam ni eh.Sembelih kang.Aku dah makin besar ni malas dah nak tulis citer berjela-jela macam dulu.Kalau boleh nak tulis macam karangan aje.2 page.Siap.Hahaha..Tak banyak guna otak dan tangan pun tak la penat mana.Tapi aku pon wonder gak..Bak kata westlife..i wonder how i wonder why kenapa aku dah malas and tak suka menulis sekarang?
Biarlah..Apapun...Aku kena fokus satu benda aje sekarang iaitu SYAHADAH.Perghhh..fikir pasal ni aku jadi seram,down,tension,stess,fed up,frust and macam-macam la...Susah la...Dahlah.Malas nak cakap pasal tu.

K bai.

Comments

Popular Posts