I'm A Wanderer

Assalamualaikum.
Heya.
Jangan kecam gua.

.....................

Aku menyepit batang rokok di tepi bibir sambil memeriksa barang-barang dalam beg silang hitam purple aku.Aku tersenyum.Ada notebook nipis,buku latihan budak darjah 4 selalu guna,sebatang pen yang tidak berjenama,hanset Nokia 110 warna biru,gula-gula mentos dalam bekas comel,sneakers 3 keping,perfume spray Britney Spears dan dompet lusuh yang hanya ada rm5 serta duit syiling sedikit.

Okay,clear.Tadak yang tertinggal.Eh,add-on,cap lidah Honda.Dan earphone harga rm10.

Aku menarik keluar Nokia 110 dari beg dan memasukkannya kedalam kocek seluar jeans setelah aku cucuk dengan earphone.Dengar lagu sambil wanderer sangat syok.ditambah dengan menghirup rokok.Memang nikmat.terbuai dengan khayalan dunia sendiri.Seolah-olah hidup sendiri di muka bumi Tuhan yang luas ini.

Aku kisah apa pandangan orang?aku malas nak amek pusing.Biarlah dorang dengan hal dorang.Aku dengan hal aku.malas nak peduli.bukan dorang peduli pun.tapi,walaupun macam tu,aku tersangatlah terkilan dengan jejaka-jejaka yang berada di sekelilingku.Dah berapa ramai yang aku tengok semua jadi sampah saja.Baik aku sepak-sepak.masuk tong sampah lagi bagus!

Adakah patut makcik-makcik,kakak-kakak yang kena copet kena rompak semua tak pedulikan?mana sense of humans dorang pergi?tergamak sangat membiarkan mereka begitu saja?kesian...siapa yang jadi mangsa keadaan.dan aku pun pernah.seb baiklah orang yang merompak aku tu bodoh.bodohlah sebab dia curi benda kosong aje.Dalam beg silang aku yang hanya ada wallet lusuh kepunyaan bapak aku.Hanya ada rm2 aje dalam tu.Ha,padan muka!copet lagi.Kau makanlah dengan jual beg silang dan wallet buruk aku tu.Tah-tah tak sampai rm10 pun dia dapat.hahaha.since aku nampak macam tu,aku beware sikitlah nak merayau keluar.bukan sebab miskin sampai aku keluar pun bawa rm5 aje..tapi sebenarnya aku simpan Maybank card aku somewhere yang orang takkan expect kat mana pun.memang gilalah aku kalau keluar bandar hanya rm5 aje?gila!aku belum ditahap miskin yang sampai nak kena merempat.kalau orang nak bagi
sedekah kat aku pun,mesti dorang expect aku ni budak jahat.yelah dengan rambut karat dan muka calar macam ni...sapelah nak bagi sedekah?muka samseng semacam aje.

Ok,truthfully,aku pakai inai.baba tertuang banyak kat rambut boycut aku,so takleh nak kata apalah.rambut macam orang PTI aje.sabar ajelah.muka bercalar pun sebab banyak kali terjatuh tergilis muka comel ni dekat jalan raya.Sebab tulah,aku merantau guna kaki aje.sambil-sambil mata memahami keadaan yang berlaku di sekeliling.

Malas nak guna motor.aku guna kaki yang Tuhan bagi ni.Selagi aku boleh jalan,aku akan jalan.Lagipun aku masih muda.stamina masih kuat.jadi,gunakanlah kaki ni untuk bergerak kemana yang aku suka pun.

Seawal pukul 8 pagi aku akan keluar.sarapan?baba yang masak.sebab baba tau anak pompuan dia ni lepas subuh tido balik.jadi baba lah yang masak sebelum baba gi kerja.

Sebenarnya,dalam hidup aku hanya ada baba.aku malas nak senaraikan orang penting dalam hidup aku.hanya ada baba.ok tu je.Bestfriend,abang,kakak,ibu takkan tak da?okay,semua tu memang tak wujud.aku tunggal dan mama sudah lama meninggal dunia.aku dah biasa hidup tanpa mama.yang aku paling ingat,masa tu aku 10 tahun.mama meninggal masa tidur.baba suruh kejut mama yang masih tido padahal masa tu nak habis waktu sahur da.selalunya mama bangun awal dari kami.mama masakkan siap-siap makanan sahur tetapi kali tu tidak.Aku kaku tatau nak buat apa.kata kat baba,baba ucap innalillah lepas letak jari telunjuk kat hidung mama.Mama menghadap Ilahi ketika sahur pada hari Jumaat bersamaan 16 ramadan.selepas sehari syawal,aku terus puasa sebulan lagi.Aku tanak makan.aku tadak selera dek penangan mama meninggal.Aku sedih yang teramat sampai aku tak lalu nak makan.baba marah aku.baba paksa makan.sampai baba suapkan nasi masuk mulut.baba paksa.aku menangis sambil makan.dan lepas makan aje semua,aku muntahkan balik.bukan sengaja ye.memang akan termuntah balik.baba kesian tengok aku.baba usap belakang aku setiap kali aku muntah di singki dapur.hari-hari macam tu selama sebulan.

Tapi sekarang aku dah kebal.makin kebal nak menangis lah sebab da lama benda tu berlalu.aku pun dah besar panjang.aku pun dah habis diploma kat Politech.aku malas nak sambung ke peringkat seterusnya.malas.malas.bukan sebab bodoh ye.sebab aku malas nak belajar.ok.kau jangan nak bebel aku.malas nak dengar.biarkan aku dengan diri aku.nak sambung belajar pun tapi kalau secara paksa,tak go on jugak.baik aku berpeleseran turun kota lagi best.melihat dunia dan orang sekeliling pun banyak yang dapat aku pelajari.aku tak berapa suka sistem pelajaran.belajar bebanyak tapi praktikal kurang.baik aku quit.lagi syok dapat belajar langsung dari manusia dan alam.

Batang rokok yang dua inci aku buang ke tanah dan aku lenyek.rokok sudah tiada.baru perasan dalam beg silang tiada kotak Surya.Haillaaaa....malas betul!bosan lah hidup tanpa rokok.ni mesti kes baba spotcheck beg aku semalam ni.

Aku menyeluk tangan kanan kedalam poket sweater kalis air berwarna kelabu hitam yangkupakai.hood still di belakang.akan diangkat kalau ada sesiapa yang ku kenali terserempak dengan aku.aku malas orang yang kenal aku,nampak aku berlegar-legar.aku cukup tak suka orang masuk dan ganggu lifestyles aku.suka hatilah aku nak jadi papun.yang pasti,tak terlibat dengan manusia lain.aku malas nak amek berat pasal orang.

Cukup-cukuplah dengan kawan rapat aku.ada dua orang tapi dua-dua pun tak guna.tau nak hentam aku aje.tau nak hina aku aje.tau nak umpat,kutuk,kondemn,jatuhkan maruah,ejek dan menganjingkan aku aje.aku da serik nak berkawan-kawan ni.kawan lelaki pula ramai yang suka dekat dengan aku dan dorang backup aku.helo.aku malas betullah kena backup oleh dorang.rasa terhutang budi kut.padahal aku malas nak kena tolong.memanglah dorang baik sebab backup aku,tapi sesetengah orang pulak akan kata aku gediklah,gatallah,amek kesempatanlah.yang cakap tu mulut-mulut yang benci aku tanpa sebab.yang aku tak kacau pun hidup dorang.yang aku takpernah pun cakap atau sibuk hal dorang.tapi dorang sibuk nak kacau aku,nak mentaikkan aku.aku pelik betul dengan hati-hati busuk orang macam tu.wangi lagi taik kucing jiran aku yang selalu berak depan rumah aku.dorang nak tolong aku pun dengki.aku dengan life aku macam ni pun nak kena dengki juga.haiihhh...macam takde life nak ganggu life orang!sampah betul...

Aku terus berlari apabila ternampak bustop.saja nak duduk.rehat sebentar.loose terasa telinga ni bila dengar lagu kuat-kuat sebab nak lawan bising di kota.akhirnya aku cabut kord dari telinga dan menyeluknya masuk poket jeans.

Nilah life aku.bustop berhenti depan aku.ramai yang berpusu-pusu mahu masuk.tak beratur pun.aku menggeleng perlahan.tua muda sama-sama bersaing nak masuk.spontan fikiran aku melayang.dibawa angin siang.

Diakhirat nanti,manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar.menunggu giliran untuk dihisab.umat Nabi Muhammad Saw paling awal dihisab.Special umat Baginda Saw.keutamaan banyak diberi kepada umat Baginda Saw.

Aku tunduk menekur lantai simen bustop.teringat pada arwah mama.Lantas aku menyedekahkan al-fatihah kepada arwah mama.aku hayati satu demi satu ayat surah pertama dalam al-Quran itu.

Aku mendengus lemah.agak terkilan dengan diri sendiri.bilalah nak berubah ni?aku takkan cakap belum sampai seru,belum dapat hidayah,belum terbuka hati kalau orang tanya aku.lazimnya aku hanya diam.biarlah mereka dengan judgemental mereka.persetankan.Tuhan lebih tahu akan diriku macam mana.

Bukan tanak pakai tudung.bukan sebab panas.memang bodoh sangatlah kalau aku kata panas sedangkan aku tau neraka paling bawah-neraka jahannam dan mana-mana neraka pun lebih panas beribu kali ganda dari api dunia.tak terbayang panasnya macam mana.aku tau tu.jadi aku takkan cakap macam tu.cliche.

Tapi aku akan diam.sedari memang salah aku sendiri.aku tiada jawapan untuk itu.bukan juga sebab malas.tetapi sedari diri ini suka jadi kutu rayau dan tak dikacau oleh orang-orang gila bila berpakaian seperti sekarang,jadi aku kekalkan imej ni.aku akan pakai tudung.Bila?aku pun tatau.tunggu seseorang tegur aku kut.baru jalan.aku malas kena tegur oleh kawan-kawan aku yang dua orang tu.hanya suka memaki aje.malaslah.terus tak jadi nak pakai tudung.dorang tau aje pakai tudung bidang 50,pakai handsock,socks tapi mulut macam longkang.aku benci betul orang macam tu.hina aku ni macam aku ni anjing kut.tak reti nak jaga hati aku.bukannya aku tak dengar nasihat pun.tapi bila dah jadi macam tu,haram sangatlah aku nak terima teguran macam tu.nak tegur,boleh.tapi jangan samapi memaki.kau buat aku jauh lagi dari tudung.nak tegur jangan sampai menghina.aku tau aku bukan malaikat macam dorang yang lahir terus diberi pangkat 'malaikat'.aku bukan macam tu.aku lain.semua orang lain.semua orang berbeza.cumanya,semua dalam skop bergelar manusia.yang takkan pernah sempurna.yang sentiasa lemah.yang sentiasa kekurangan.yang sentiasa lupa.Insan itu lupa.Dan lupa itu dunia.dunia itu lemah.yang ada awal dan akhir.begitu juga manusia.so,kenapa dorang pretend like a perfect one?herdik orang blablabla...pastu done tegur aku.Cis,blahlah!

Aku terus menutup diari.

Dahlah.malas nak coret lagi.baba da bising ajak keluar makan malam.okay,aku rajin aku sambung diari aku ye.

Doei.


Comments

Post a Comment

Popular Posts