Kemelut jiwa #1

Peace be upon you.
Heya.

.......................................

Semua grup usrah telah selesai memberi tazkirah ringkas kepada sesama mereka.Kini,mata mereka betul-betul menghadap dia yang langsung krik-krik dari tadi.

Dia tayang muka batu.

Sedari semuanya stok ustaz.dan dia jauh sangatlah nak dibezakan dengan mereka semua.

Dia bukan kaki masjid.
Dia bukan kaki ceramah.
Dia bukan kaki budak baik.
Dia bukan kaki kawan ustaz.
Dia bukan kaki suka bergaul dengan orang-orang soleh.

Dia....lain daripada yang lain.

Muka semua berubah apabila melihat dia statik seperti itu.

"Aku tatau nak spill apa.Sorry",ucapnya.ikhlas dari hati.dia benar-benar tatau apa yang perlu dia sampaikan dan share kepada lima orang yang duduk sehalaqah dengannya.

Tetiba bahunya ditepuk oleh ketua usrah yang duduk sebelahnya.Dia lambat-lambat menoleh.terpapar senyuman ikhlas seniornya,Azam.

"Kau cakap aje apa yang ada dalam kepala otak kau sekarang.Kiteorang tau kau ada somethings nak cakap.Somethings that really precious..yang kiteorang belum pernah share lagi sebelum ni...",kata Azam.senyum.

Hafi menelan air liur.Dia menghela nafas panjang.Sorang demi sorang geng usrah dipandangnya.Mereka masing-masing tersenyum kepadanya.Ikhlas dipandangan matanya yang berwarna coral gelap itu.

"Okay..aku........",dia menelan air liur.pahit terasa dikerongkong.tak mampu nak teruskan.

"Go on..",kata Raziq,kawan seusrah.

"Kiteorang setia dengar...",ungkap Halim.Mereka jarang mendengar Hafi berkata-kata,atau memberi sebarang pendapat sejak mereka mula bersatu dalam usrah 3 bulan lalu.Lelaki itu tampak seperti menyimpan sesuatu yang bersarang di dalam hatinya.Kurang bergaul.Bukan dengan mereka saja malahan satu universiti.Jadi,adalah baiknya sekiranya Hafi meluah sekarang.Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk dia melepaskan sesuatu kepada mereka semua.

Wajah mereka semua dipandang sekilas oleh Hafi.Dia mengeluh berat.

Sekali lagi,bahunya ditepuk-tepuk oleh Azam.

"Aku........"

"Aku.....sebenarnya......"

"Aku.......dahh......"

"....kawin......"

Mata mereka semua membulat.Semua tayang muka blurr.Dan menghela nafas lega.

"Laaaa...kawin aje pun..."

"Ingat apalah tadi......"

"Kau ni...saspen gile......"

Mereka tertawa namun riak wajah Hafi begitu serius.Perlahan-lahan suara mereka kendur.

"Tapi........."

"Isteri aku...........dia......"

Keluh dilepaskan.

"Dia.....goda adik......aku..Dia fikir aku ni adik aku.....",lirih suaranya.

Mata semua terbuntang luas.

"Goda?!"

"Kau ada kembar??"

"Apa?!"

Hafi mengangguk.lemah.sebab tulah dia jenis yang tidak suka buka mulut bercerita atau bercakap.sedari sudah mengambil risiko untuk sharing hal itu kepada semua,dia mendiamkan diri.tidak boleh salahkan diri.kerana dia bercakap kerana dia mahukan jalan penyelesaian.bukan spekulasi.bukan borak kosong semata.bukan gosip buruk tentangnya.dia mahukan ketenangan setelah melepaskan pekung didada.

"Biar dia sambung dulu...",kata Azam kepada anak-buahnya.

"Aku......dia sangka yang selama ni suaminya kaki masjid....dia sangka macam tu sebab adik aku kaki masjid,stok orang alim ustaz....dia nak yang macam tu....dia sangka aku ni adik aku...aku tak tau lah kenapa dia boleh tertukar aku dengan adik aku?dia taklah muslimah pun...tapi dia nak lelaki yang macam adik aku....adik aku terpaksa ikut telunjuk dia...adik aku tuduh aku sebab nak jatuhkan maruah dia...dia tak tau aku pun suffer dengan benda macam ni....aku...fedup...."

"Adik aku kata dia tak tahan dengan pompuan tu....adik aku kata pompuan tu da salah faham dan sebenarnya aku ni suami dia bukan adik aku...tapi pompuan tu tetap nakkan dia...adik aku tanak sebab dia tau tu dosa...pompuan tu paksa dia...goda dia macam-macam......."

"Adik aku tanak.....dia tanak semua tu...dia suffers dan minta aku bertanggungjawab...bimbing pompuan tu...aku.....aku...."

"Suruh adik aku menjauhkan diri.....dari pompuan tu.....aku datang kat pompuan tu...dan pretend like my bro,tapi dia tau tu bukan adik aku.....dia mengamuk....dia nak adik aku juga...aku....aku taktaulah...."

"Aku suka dia.......sebab tulah aku ajak dia kahwin....tapi aku silap sebab tak cek circumstance dia......"

"Dia.....sebenarnya mental......."

Air liur ditelan pahit.

"Aku.......aku taktau nak buat apa sekarang....."

"Aku kesian dia macam tu......tapi aku tanak dekat.......aku.....rasa bersalah......."

Tubuh Hafi menggeletar.

"Dan sekarang.......parents dia minta aku jaga dia....dengan keadaan dia macam tu...."

"Aku....aku....tatau nak buat apa....",dia mendengus.Lemah.

Mereka semua menghela nafas.Berat.Turut merasa simpati dengan keadaan Hafi yang sedemikian.Agak susah untuk mereka mengulas atau memberi sebarang pendapat sekarang kerana fikiran pun belum habis terkejut dengan masalah besar si Hafi.

Alarm bernama 'tamat usrah' dimatikan Azam di Samsung Note 3nya.Dia memandang semua ahli grup usrahnya.Hafi yang sudah tertunduk lesu itu ditatapnya.Dia menghela nafas panjang.Turut berasa kasihan dengan nasib Hafi.Sudahlah isterinya tak mahukan dirinya,malah dia pula yang kena jaga isterinya itu.

Azam menepuk bahu Hafi.Hafi mendongak sedikit,memusingkan kepalanya ke kiri memandang wajah seniornya.

"Tenangkan diri dulu.Nanti aku jumpa kau bila-bila aku lapang ok?",kata Azam.Tersenyum nipis.

Hafi mengangguk perlahan.Lemah.

Ya Allah,adakah mereka akan dapat bantu aku?

.....................

P/s:kalau aku rajin,aku sambung ye✌


Comments

Popular Posts