Risk of Riaks

Peace be upon you.
Heya.
Four days no post.
...................

Terima kasih kerana terus menjejaki blog aku yang tak berapa ilmiah ni.well,aku bukannya budak lepasan uni or poli or whatsoover pun.aku hanya budak yang belajar ilmu akhirat aje kut.tu pun amal dan tak amal juga.ingat dan tak ingat juga.macam sakhhaiii.huh.

Apalah ilmu tanpa amal kan?
Apalah ilmu tanpa sebar kan?

Ibarat pohon yang tak berbuah.

Tak bermanfaat langsung.
Untuk diri sendiri.
Mahupun orang lain.

Kan?
Sia-sia.

Belajar lama mana pun...
Tapi ilmu yang ada disorok,
Ilmu yang ada diriakkan,
Ilmu yang ada tidak dimanfaatkan,
Ilmu yang ada nak disombongkan,
Ilmu yang ada nak dibanding-bandingkan,
Ketahuilah,ilmu macam tu..
Semua tak berguna malah merosakkan kau lagi adalah.

Ilmu itu semuanya dari Tuhan.
Ingat.
Tuhan berkuasa memberi dan menarik balik.
Asal kau sombong dan riak sangat dengan ilmu yang kau ada?
Bukan kau kuasai pun semua bidang yang ada dalam dunia,seluruh galaksi yang gergasi ni.
Bukan ilmu kau tu padat sangat pun sampai apa-apa yang kau lihat,kau akan keluarkan statement berdasarkan apa yang kau lihat pun.
Ilmu yang kau ada tu..semua dari ALLAH Azza wa Jalla.
Tak payah nak riak sangat la.
Tuhan itu Maha Berilmu.
Semua pun dalam kekuasaanNya.
Sekali Dia nak tarik semua ilmu kau yang tak sampai berapa titis tu pun,tiada masalah bagiNya.

Dia memberi.Dia menarik.
Sesuka hatiNya.
Tiada yang boleh paksa.
Dia berbuat sesuka hatiNya.

Ingatlah,
Kita hanya Hamba.
Dia Maha Membuat Hamba.
Kita makhluq.
Dia Khaliq.

Tadak apa juga yang ada dengan kita ni.
Esok-esok,menghadap Dia dengan amal saja.
Amal yang kita ada akan disoal.
Details dan lama.
Apa kita nak jawab?

Kalau amal kita selama ni kita sembunyikan?
Kalau amal kita selama ni kita tak guna?
Kalau amal kita selama ni buat kita lalai?
Kalau amal kita selama ni untuk riak saja?

Fikirlah.
Untuk masa ke depan.
Bukan untuk masa sekarang.

Sekarang boleh kut kita bangga kita ada tu ada ni..Degree,Sarjana Muda,Master,PhD...blablabla...
Tapi semua tu pun tak menjamin masa kita di kubur nanti.
Percayalah...
Hatta kalau kita menyebarkan ilmu pun...tapi dengan rasa riak dan bangga...
Burn macam tu aje amal kita..

Berhati-hatilah dengan riak.kerna riak itu adalah syirik kecil.
Kalau syirik besar ada dalam elemen akidah.
Syirik kecil berada dalam elemen ibadah.
Iaitu riak.

Riak terbahagi kepada dua.
Kecil(asghar) dan besar (akbar).

Riak kecil,masih mengharap keredhaan Allah tapi still nak pujian manusia.

Riak besar,melakukan ibadat semata-mata mahu pujian manusia dan bukan untuk meraih redha Allah.

Riak tu adalah syirik yang tersembunyi.

Bahaya.dan sangatlah bahaya.

Satu,kalau kita rajin ibadah depan orang tapi malas kalau sendiri.

Dua,kalau orang puji,kita rajin,kalau orang keji,kita malas.

Sebab mahu perhatian dorang.

Tapi,ingat...
Riak tu bila kita buat sesuatu yang Allah perintah kerana manusia.
Dan meninggalkan sesuatu yang Allah perintah juga kerana manusia.

Sebagai contoh.
sedekah kerana harap pujian manusia.
Tinggalkan rokok kerana takut dikeji manusia.

Clear tak clear?

Daripada Mahmud ibnu Lubaid R.A berkata,Rasulullah Saw bersabda,
"Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil.yakni riak.Allah akan mengatakan kepada mereka pada hari kiamat tatkala memberikan balasan atas amal-amal manusia,'pergilah kepada orang yang kalian berbuat riak kepada mereka di dunia.Apakah kalian akan mendapat balasan dari sisi mereka?'"
-riwayat Ahmad-

Tapi kena ingat...
Bilamana kita buat ibadah dan orang mendapat manfaat darinya lalu memuji kita
Atau,
Bila orang melihat kita melakukan ibadah lalu dia pun turut terdorong melakukannya
Atau,
Sembunyikan dosa yang kita lakukan
Atau,
Memakai pakaian yang cantik dan selesa
Atau,
Menegakkan syiar Islam seperti mengajak untuk solat berjemaah,haji,umrah dan solat Jumaat...

Ini semua adalah bukan RIAK.

Maybe tak clear sangat kut..
Tapi apa yang aku faham...
Aku cakap..
Kalau salah atau nak tambah,
Sila drop komen.
Jangan segan nak tegur aku kalau apa yang aku cakap ni salah atau kekurangan.
Mohon dibetulkan sekiranya ada kesalahan.
Well,aku juga manusia biasa.
Yang banyak kekurangan dan memerlukan banyak pembaikan.


Kdoei.

Comments

Popular Posts