SaladxTwins (Akhlak)
Sepagi di ruangan kaki lima rumah,
"Daddy, kenapa kita kena doa 'Ya Allah, cantikkanlah akhlakku sebagaimana Engkau mencantikkan kejadian diriku? Kenapa daddy? Apa maksud akhlak tu?"
Abang tunjuk; menekan-nekan pada sekeping flash card yang separas dengan ketinggiannya dan along, betul-betul di sebelah cermin panjang. Itu tulisan mommy. Hasil tangan mommy menjadi crafter.
Salad pandang abang. Dia turunkan tangan yang menyikat rambut along di sisi. Along menjuihkan bibir, dahinya sama berkerut dengan kembarnya.
"Akhlak tu bukan perangai baik ke? Kan daddy?"
"Perangai? Apa tu?" Soal abang. Tayang muka blur. Terkebil-kebil.
Along pandang kembarnya. Dia turut terkebil-kebil sebelum menggosok dagu yang bersih dari sebarang bulu.
"Kenapa daddy?" Ulang abang, tak puas hati bila melihat daddy sekadar tersengih.
Salad tarik kedua pipi abang dekat dengannya. Dia mencangkung, paras matanya dialihkan betul-betul dengan anak mata abang. Senyuman lebar diberikan.
"Sebab itulah tuntutan Islam. Doa yang hari-hari abang along baca, bukan sekadar menjadi buah mulut aje, tetapi menjadi senjata; senjata supaya kita sentiasa ingat kita ini hanyalah seorang hamba. Dan doa itu amat amat penting dalam hidup kita."
Abang terkelip-kelip. Ayat daddy terlalu panjang untuk dicerna. Tak dapat nak tangkap semuanya. Ibarat, abang sedang mahu memecahkan belon dengan cepat dalam game tetapi tahu-tahu dah game over. Lebih kurang macam tulah ayat daddy— dalam fikiran abang.
Along membelek semula doa harian di sebelah cermin. Dia membaca rumi dan jawi perlahan-lahan. Mungkin di sana, ada jawapannya.
Salad tersengih melihat wajah kosong abang. Takde respon. Maksudnya, enjin kereta belum panas sepenuhnya.
Spontan, kedua bahu abang dipusingkan menghadap cermin. Abang menurut walaupun teragak-agak. Dahinya masih berkerut. Kepala dikalih ke sisi.
"Kenapa abang kena tengok cermin pulak daddy?"
"Abang nampak apa?"
Blur. "Nampak diri abang la."
Salad sengih. "Abang rasa abang segak ke hari ni?"
"Eh, daddy ni! Hari-hari pun abang nampak segak tau!" Abang masuk almari tutup sendiri. Along memusingkan tubuh memandang abang dan daddy di sebelah.
Sengihan Salad tidak padam. "Sebab tu, Allah suruh doa macam ni. Minta bukan setakat cantikkan rupa paras tetapi minta sekali dielokkan akhlak."
"Sebab tu, sebab apa tu?" Abang tak faham.
Along sudah tepuk dahi. Salad tahan gelak.
"Abang, yang kasi segak abang tu Allah jugak tau. Tak payah nak berlagak sangat." Tempelak along. Panas hati melihat abang yang suka banyak tanya walaupun jawapannya boleh fikir sendiri.
Salad hambur tawa.
"Daddy, maksud doa ni, supaya kita sentiasa ingat untuk cantikkan perangai kan daddy? Kita kan hari-hari tengok cermin. Kadang-kadang, ada hari along pun missed bacaan doa ni. Hehe." Along tersipu sambil tekup mulutnya.
Abang siku lengan along. "Diam-diam sudah. Semua benda nak bagitau daddy."
Salad bulatkan mata. "Amboi, jadi selama ni abang tak pernah baca ke doa ni?"
"Tak!"
Abang terus mencicit lari ke pintu sambil ketawa. Along menggeleng kepala.
Salad mencekak pinggang. Ya rabbi, ada-ada jelah anak bertuahku ini!
x
Comments
Post a Comment