Dimanakah imanmu?
Hoo hooo ! (Tiup skrin blog yang habuk tara rumah anai-anai)
Rasanya dah lama gila aku tak update satu habuk pun
mengenai blog ni. Well,busy menjadi kawan aku sekarang sampai masa untuk diri
sendiri pun kurang. Nak membaca pun masa terhad. Tapi sebenarnya tak delah pun.
Acah je. Aku banyak tido kalau sabtu ahad. Memang haram nak tengok pape benda
kat rumah. My minds keep talking. Seyes. Tapi malas nak layan sebab semua benda
pun nak kondem orang. Kan tak baik cam tu? Tapi kali ni aku dah tak tahan nak
spill out. Kuajo beno punya insan! *bawa bertendang*
Aku bukan apa. Memang kau akan label aku ni ustazah la
baiklah apa la blahblah and so on. Aku bukannya nak kata apalah kan..tapi kau
tak kesiankan diri kau sendiri. Yup. That’s it. Kau memang seronok saja dengan
dunia yang bodoh ni. Kau dibodohkan (dilalaikan) oleh dunia dengan seisinya
tapi kau langsung tak perasan. *hmmmmphhhh*
Aku dah cuba sekarang. Untuk diri aku,aku try not to be
close up sangat dengan internet a.k.a HANDPHONE. Di situ aku rasa tenang sikit.
Bukan tenang sikit tapi tenang gileeerrr punya sebab apa? Bcus I know that
kalau aku pegang hp,fikiran aku akan rasa seronok untuk menjelajah dunia
semasa,dunia maya,dunia social media. Yup. Sampai kadang terlepas nak buat benda
yang patut aku buat. Contoh,masak. Lupa nak masak nasilah,lauklah. End up,kena
bebel sampai ke langit dan telinga pun meleleh dengan cecair kuning,hijau. *kk
gurau*
Tulah bahana bila meletakkan dunia dalam hati. Dah lupa
akhirat. Sekali kau dah sangkut nak belek Instagram, Facebook, Twitter and so
on,memang kau macam lupa kejap dengan reality. Seyes. Macam akulah. Dajal betul
punya socmed! Aku jadi setan bertopeng kut. Kadang sampai menangguh solat lagi.
Kalau dah dengar azan tu,better kau solat dululah sebab once kau tekan
natang-natang yang aku sebut,memang jawabnya kau solat pun ke lautlah. Memang
aku jamin tu sebab sometimes aku terrbuat. *kk selalu k. Aku ngaku*
Menyedihkan. Sangat. Sangat. Bila kau tak peduli dengan
hukum Allah. Seolah-olah kau anak Tuhan pulak. Satu quotes yang mencubuk ke
dasar hati aku.
Letak Islam dalam hatimu.
Nescaya ia tertegak di dunia.
Dulu, para umat bermatian menjaga iman mereka dengan
darah,nyawa. Bila sekarang,iman kita sesuka hati saja kita lepaskan. Kita tak
jaga. Malah nak upgrade jauh sekali. Aku sedih ni. Aku sedih. Aku sedih sebab
orang yang terdekat dengan aku yang macam ni. Aku turut sedih juga sebab aku
pun salah dalam hal ni. Aku sedih sebab aku tak mampu menolong untuk menjaga
imannya. Aku tau iman tu masing-masinglah kena jaga sendiri. Tapi aku tau juga
dah menjadi kewajipan untuk bersama-sama menjaga iman itu. Saling berpesan
dengan kebaikan dan kesabaran. Pesanan Allah dalam Surah Al-Asr. Mungkin. Aku
belum cukup untuk menunjukkan sebarang kebaikan terhadapnya. Atau belum cukup
lagi kesabaran yang ada dalam diri. Mungkin kena banyak-banyak bersabar. Sebab
yang memberi faham,hidayah,huda,inayah itu semuanya dari Allah. Aku cuma mampu
untuk mengajak saja. Seyes. Aku sedih. Menggigil hati aku. Penuh kebencian. Namun,aku
beristihfar. Aku tau. Iman tu turun naik. Yazid wa yankus. Nak nangis air mata
darah pun tak guna juga. Seyes tak guna nak menangis untuk orang yang tak
kesian diri sendiri.
Tau hukum Allah tu wajib dilaksanakan,namun
diringan-ringankan.
Tau bahaya akan menanti kalau tak laksanakan perintah
Allah,namun hati tiada bergetar rasa takut. Malah buat dunno.
Tau bahawa bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa,namun
masih menangguhkan taubat.
Orang-orang yang macam ni,dia memang tak kesiankan diri
dia. Dimana iman kau,dude?
Aku tau iman tu senipis bawang. Bawang lagi tebal kulitnya
dari imanmu. Tapi dengan iman tulah hidupmu terpandu. Terpandu dengan
menjalankan hokum Allah,terpandu dengan agama Allah. Tapi,kau seakan
mempermainkan pula iman itu. Kau biarkan imanmu tercela. Biarkan imanmu merana.
Nafsu kau memang seronok. Namun,imanmu begitu sangat terseksa. Percaya cakap
aku.
Beriman memang senang. Namun mahu beramal dengan iman itu
sangat payah.
End up,itu iman kau sendiri.
Sape lagi nak caring kalau bukan kau sendiri?
Comments
Post a Comment