Kerana
Chenta
Tajuk di atas macam menarik,bukan?
Oklah. Macam best. So,anggap ajelah ni rencah kehidupan manusia yang bernama
lakibini k.
Bismillah.
//////
Hati digigit rasa geram. Dalam hati
asyik terfikir, kenapalah aku boleh terima dia sebagai pasangan sehidup semati
ni? Eh,seorang hidup seorang mati? Dia mula membebel dalam hati. Ah! Tak boleh
jadi ni!
Handphone di tangan suami dirampas
kasar. Matanya mencerlung tajam.
Kening suami berkerut. “Bak sini
balik”,gigi diketap.
“Pergi solat dulu”, katanya. Lebih
kepada sebuah arahan keras sebab dah berjam-jam suami duk skrol menatang iPhone
6 yang tah pape dari tadi. Sudah lama masuk zohor. Dia boleh buat dek macam
takde telinga mendengar azan yang gemersik lagi nyaring 40 minit lepas sebentar
tadi.
Suami mendengus kecil. Dia bangun
dari pembaringan. Duduk elok dan ingin merampas semula handphonenya namun si
bini menjauh sedikit.
“Jap lagilah...Awak ni bisinglah!”,
dengusnya. Matanya membulat memandang si bini.
Si bini buat dunno. Kisah pulak dia
bising.
“Bape bulan tak korek telinga ha?
Meh saya korek telinga tu dengan skru driver. Biar besar sikit lubang telinga
tu dengar azan”,perlinya sambil menggenggam iPhone di tangan. Serasa mahu
lempar saja menatang tu. Tak habis-habis melekakan si suami.
“Bising ahhh...”,dengusnya lalu
ingin berdiri.
Bunyi dentingan bertalu-talu dari
notification iPhone sangatlah menggugat kebaranan si bini. Digenggam kuat
telefon itu. Matanya mencerlung tajam,serasa mahu mengunyah suaminya.
“Menatang ni lagi bising ahhh.
Ah,nak sangat kan? Amekkk!”, katanya kasar sambil melempar iPhone betul-betul
ke muka kacak suaminya. Kacak muka tapi buat sakit hati saja,buat apa?
Menjerit suaminya. Dia menonong
selamba ke dapur. Malas nak amek peduli. Semak punya perangai. Berjam-jam
berjoli tengok Twitter,Instagram tu tak kisah. Ni solat berjemaah yang tak
sampai 20 minit pun nak berkira. Padahal masjid tu betul-betul di sebelah rumah
saja. Perangai banyak haram punya laki.
“Woii,derhaka!”,cop sang suami.
“Layaklah sebab suami pun derhaka pada
Allah”,sempat dia menjerit nyaring dari celah dapur sebelum mula menghidang
masakan tengahari buat mereka berdua.
/////
Akhirnya,dia bersolat di bilik
setelah dibebel oleh si bini. Turun bawah sebab perut dah berkeroncong minta
diisi dengan masakan ayam masak madu sang isteri yang menggugat hidung dan
perut. Dapur diserbu. Muka tak bersalah walaupun dia bersalah untuk hal
sebentar tadi. Si bini angkat muka dari pinggan apabila terpandang dia masuk
ruangan.
“Dah sedia semua. Jemput”, tanpa
nada. Tanpa senyuman. Beku saja pandangan si bini. Dia sempoi lalu berjalan ke
singki untuk mencuci tangan.
Kerusi berhadapan dengan si bini
ditarik perlahan. Dia tersenyum lebar lalu duduk cepat-cepat. Tak sabar nak
makan!
5 minit.
7 minit.
10 minit.
“Sedap masakan..”,pujinya lalu
tersengih. Dia mengerling ke arah bininya.
Si bini diam saja.
“Maafkan orang tadi...”,tulus ikhlas
dari hati.
Diam tak berkutik. Macam tengah
cakap dengan nasi saja.
“Awak maafkan tak orang?”,soalnya
berhati-hati.
Akhirnya si bini yang tua setahun
itu mendongak memandangnya dengan pandangan beku sesejuk ais batu cube dalam
peti sejuk.
“Awak rasa Allah maafkan awak
tak?”,soal si bini semula.
Dia terdiam. Mata terus dibawa ke
nasi. Insaf kut.
“......................”
“Bape kali awak nak saya tegur pasal
solat?”,nada itu mengendur. Tidak lagi sekeras tadi.
“..................................”
“Awak imam saya. Saya makmum awak.
Kenapa saya yang perlu bimbing awak? Awak ketua keluarga,kan?”,nada semakin
perlahan.
Speechless.
“Bila solat pun tak kena jaga dengan
baik...awak rasa awak mampu ke nak hidup dengan tenang bersama saya?”,bergetar
bibir itu. Kesedihan.
Air mata menitis perlahan.
“Lain kali tak payahlah awak solat
lagi. Kalau solat pun hujung waktu. Rakaat ke3 dah masuk azan asar. Tak guna
dah solat awak tu. Allah lempar balik ibadah awak ke muka awak!”,tersedu dia
menuturkannya. Tunduk kepala menghadap
pinggan yang dah licin.
Si suami tersentap. Dia memandang
wajah isterinya. Merah dengan air mata bercucuran.
“........................................”
“Bangun-bangun,skrol IG. Dah azan
bukan nak pergi solat. Tau Allah dah panggil tapi still buat dunno. Eh,awak
kafir ke muslim? Kafir?”
Tersentap. Tangan digenggam.
Menggigil. Terasa dengan kata-kata tarbiah si bini. Tak jadi untuk menghabiskan
makanan yang tinggal 3 suapan.
“Mus...lim...”,tuturnya perlahan.
Terasa bersalah yang amat. Allahu.
“Kenapa Allah..Kenapa Allah...”,
tersedu-sedu. Bahu terhingut menangis.
“Kenapa kita ditakdirkan hidup
bersama?”
Pilu hati si suami. “ kerana
cintaa...Orang cintakan awak...”,lambat-lambat dia mengakui. Si bini
memandangnya. Mata mereka bertentangan. Syahdu.
Bibir si bini tersenyum senget. “
Cinta? Tak usah kata cintakan saya kalau awak tak cinta Pencipta Cinta itu
sendiri”.
Sentap lagi. Dia menggigit bibir. Mengakui
dosanya yang selalu melambat-lambatkan sembahyang sejak dari dulu lagi.
Si bini berdiri. Pinggan dipegang
kemas. Dia memandang meja.
“Saya malas dah nak tegur awak.
Lantak awaklah nak lalai pun. Nak terus tinggal solat pun tak pe. Sebab saya
dah banyak kali nasihat awak. Kalau awak sakit emosi esok jangan cari
Tuhan sebab awak pun tak naksihat. Orang tegur kata orang bising.” Si
bini berlalu mencuci pinggannya.
Si suami mendengus lemas.
////
Aku dedikasikan buat para manusia
yang suka melambatkan solat/melengahkan waktu solat/tidak solat/malas
solat-sebab rasa tak penting mana pun. Seolah dorang kuat untuk hidup sendiri
tanpa Tuhan di sisi. Salute.
Comments
Post a Comment