Anje_Bean#

La ni suka makan semut. Sorry gaiss. Apa boleh buatla kan? Ni blog aku, hak aku. Mungkin agak jahat sikit aku ni sebab aku cerita pasal afterstory kisah salah satu babies aku, kan? Apa boleh buat? This is me,afterall. lol



Amek yang jernih. Kemek yang keruh.

                        ************

Dia memegang kemas al-quran di tangan. Dipeluk erat ke dada. Bibir diketap. Kemas dengan telekung di kepala. Mereka baru selesai berjemaah Maghrib. Lelaki itu sedang berwirid. Selesai solat qabla Maghrib 5 minit tadi. Dia menjadi resah sebenarnya. Baru seminggu bergelar isteri kepada Ibnu Sina. Budak top hafazan maahad sebelah sekolahnya. Kenyataan itu pun baru diketahui oleh mereka berdua setelah bertaaruf sebulan sebelum bernikah.

Gugup. Menggigil tahap dewa setelah tubuh Ibnu Sina berpusing ke belakang. Mahu memandangnya di belakang. Dia dipandang. Senyuman lelaki itu mekar.

“Mai sini. Nak semak ye?”,lembut dipamit sang isteri.

Gulp.

Dia melangkah perlahan. Berdebar sakan hati. Aduh,boleh ke semak kalau hati pun gemuruh sakan?

Dia bersimpuh perlahan sambil al-Quran erat di dada.

Bibir lelaki itu tertahan melihat kelatah si isteri. Isteri muda. Mereka berkahwin pada masa yang terlalu awal. Umur belum mencecah 20 tahun. Mereka juga sebaya.

Dia menatap wajah polos Katrina. Wajah yang menghiasi wall handphone sahabatnya.

Katrina tak senang duduk. Dia menunduk memandang hujung pelikat lelaki itu.

“Juzuk bape?”,soalnya.

Katrina tersentak. Dia angkat muka. Kening Ibnu Sina terangkat. Muka selamba saja.

Gugup terus apabila mata bertentang.

“Hmm..Su-surah aje...”,tergagap.

Ibnu Sina mengangguk. dia terus mengambil al-quran dari tangan Katrina. Kemain Katrina terkejut sampai terdorong ke belakang. Ibnu Sina tersengih nakal. Hais,baru macam ni dah macam tu? Kalau lelebih tatau la macam mana reaksi tu.

“What surah?”

“Surah pilihan aje”.

“What’s that?”

“Al-Mulk, Yassin, Ad-dhuukhan dan As-Sajdah”, bagitaunya lambat-lambat.

Ibnu Sina memegang al-Quran itu ke dada. Malas nak bukak. Setakat surah-surah kacang macam tu, tutup mata pun takde hal. 

Dia menatap muka Katrina.

“You may proceed now..”, kata Ibnu Sina. Dia tersengih melihat wajah gelisah Katrina.

Lambat Katrina merespon. Sejuk hujung jari. Tatau nak bersuara macam mana. Nak mengulang dengan Ibnu Sina memang payah kerana dia bukan Salahuddin. Bukan abang sendiri. Jauh sekali pulak nak kata kawan. Kenal pun tidak. Tau pun dia sebenarnya kawan sebelah sekolah. Jiran.

“Anje...”, panggil Ibnu Sina.

Spontan Katrina mendongak. Mata mereka bersatu. Tenang dalam kesepian yang tercipta antara mereka.

“Awak nak ulang ni untuk solat hifzi ke?”, soal Ibnu Sina serius. Cuak habis Katrina. Dia menelan air liur.

Lambat-lambat dia mengangguk.

Ibnu Sina tersenyum. “Then, should we do it berjemaah? After Isyak?”

Mata Katrina membesar. Dia tersenyum malu. Angguk perlahan.

###

Comments

Popular Posts