Baik atau Ikhlas?
Bismillah.
Aku teringat zaman duk kat
maahad dulu. Rindu sungguh pada Walid yang tak jemu untuk mencurahkan kepada
kiteorang ilmu. Ilmu ketauhidan dan fekah. Lagi best kalau diajarkan adab
walaupun hakikatnya kiteorang kalau adab-adab ni memang kureng amatlah orang
kata. Huhu.
Bagi aku, Walid bukan aje
mengajar kiteorang adab . Tapi hikmah kenapa perlu beradab tu. Ia macam dah
masuk dalam ilmu tasawwur. Iman,Islam dan Ihsan.
Kalau masa Walid
mengajar,memang haram lah nak buat menda lain. Tapi kekadang kena perli juga
sebab mata kuyu AKA tertido. Haha. Masa deen tu always tengahari. Dah
tengahari tu paham-paham jelah rate untuk mengantuk tinggi cam na,kan?
Aku teringat pesanan Walid.
Antaranya ;
“Jangan berdoa supaya
jadi baik. Tapi pohonlah supaya menjadi insan yang Ikhlas.”
Ini kerana belum tentu kita
minta jadi baik tu hati kita akan ikhlas. Tapi once kita meminta doa untuk
keikhlasan,insyaAllah hati kita automatic jadi baik tanpa dipinta.
Belum tentu kita bersedekah
banyak tapi ikhlas,bukan? Kita sedekah seratus. Kita rasa kita dah cukup baik
dari orang lain sebab sedekah duit bebanyak cam tu. Pada pandangan mata kasar
manusia,jauh disudut hati mereka mesti rasa kau baik. Tapi tak ikhlas pun sebab
dah menunjuk sakan. Macam sedekah seribu je. Walhal hanya seratus. Nampak baik gila menderma kat orang tapi hati
tu tak ikhlas langsung. Nak pujian,sanjungan,kehormatan,keseganan dari manusia.
Ok, Allah takkan pandang pun. Tak pandang semua harta kau. Sebanyak kau
bersedekah ke, sebanyak duit yang kau ada ke..sebab semua tu Dia yang bagi. Dia
boleh tarik bila-bila masa , dimana jua. Sebaliknya Allah pandang hati kau.
Hati kau jugalah tempat yang boleh Allah ditect bersih ke tak bersih. Jahat ke
tak jahat. Riak ke tak riak. Di situ segala-galanya. Hati itu puncanya.
Sebab tu orang yang banyak buat
amal pun belum tentu dapat masuk syurga. Melainkan semuanya kerana rahmat
Allah. Kasih sayang Allah pada kita. Tapi tidak bermaksud kita tak berbuat amal
di dunia. Amal tu penting. Lagi-lagi amal jariah,doa anak soleh,dan sedekah
yang akan menjadi peneman dan penerang untuk kita di kubur kelak.
Setakat yang aku jelas. Kalau
salah,mohon tegur.
k.
Comments
Post a Comment