[FAILED]
Bismillah.
Tajuk ni tak best mana pun. Sepertimana orangnya yang
tidak special langsung. Tak femes, tak hot, tak smart. Literally,yes. That’s a
sides of me. Orang macam aku memang macam tu. Haha.
Bila bercerita pasal kejayaan, hmm, kejayaan korang
mesti dah banyak kan? Mesti dalam umur sekian-sekian, ramai yang dah berjaya
achieve menda yang dia impikan,kan? Betul dak? Ok korang tengah listkan dalam
kepala hotak korang sekarang ni. I can see that. Haha.
Serius. Patah hati aku tengok kejayaan korang. Haha.
Setakat ni aku tak de kejayaan lagi. Belum ada
achievement yang aku dah capai selama 22 tahun aku hidup ni. Kesian.
Menyedihkan. Sadis. Aku tau sahabats aku akan marah kalau aku kata cam ni. And
they’ll say,
“Ada je achievement yang kau dah dapat.
Jangan nak poyou sangat. Aku sepak jap lagi!”
Haha. Mungkin ada. Mungkin belum ada.
Tapi,macam aku cakap sebelum ni, mana ada stalker blog
aku ni oii. Aku cakap sengsorang je. Lagipun blog ni dah macam privasi aku dah.
Diari sehari-hari aku. Menda yang aku tak boleh cakap atau luah kat orang, aku
akan gi sini untuk melepaskan segalanya. Biar ada yang terasa. Biar ada yang
tertampar. Aku tak kisah. Sebab aku tatau siapakah manusia-manusia yang terasa,
touching and blahblahblah tu.
Mungkin 20 tahun lagi,akan ada makhluk yang akan
tersentuh blog aku lalu dibacanya. Yep, I welcoming you,beb. No harm. masuk. Douzo. Aku suka orang baca
apa yang aku tulis. Sebab dorang boleh bagi pandangan terhadap apa yang aku
luahkan dan kongsikan. Tapi aku tak suka juga sebenarnya. Bukan tak nak kena
judge. Tapi,kekadang fikiran tak sama,kan. Kau cakap sekian, aku cakap sekain.
Haha. Jauh bezakan. Tapi, sapelah yang sudi nak baca perkongsian aku ni? Piciss
aje. Bukan ada papepun. Macam diari kosong. Umpama kau melepak dan borak
kosong. Lebih kurang ahh.
Ok. Kembali ke dashboard.
[FAILED]
Aku nak kata kat sini. Aku orang yang jenis tak boleh
kalau tak berusaha. Nak tak nak,aku kena berusaha. Dan aku kene usaha tu bukan
biasa-biasa tapi LUAR BIASA tau. Haha. Jadi aku lemah satu jiwa. Kalau menurut
psiko, macam tu lah. Dan hakikatnya. Sedih doe. Tidak hidup dalam lingkungan
gifted. Talented. Yang ada cuma work-harded. Lama-lama kena warded. Haha.
Aku benci situasi di mana aku kena berusaha untuk
segala-galanya. Nak dapat sesuatu, kena usaha yang bukan sedikit. Ada orang
yang sekali usaha dah dapat. Ada pulak orang yang dia usaha lebih sikit, baru
dapat. Tapi kalau macam aku ni, memang kena terlebih rajin untuk usaha. Kecewa.
Namun itulah halnya.
Tetapi satu menda yang aku tak nak komplen lelebihla.
Sebab memang dah redo la kononnya.
Kenapa kau lebih dari aku?
Kenapa kau usaha sikit,dah dapat?
Kenapa kau pandai,aku bodoh?
Kenapa aku perlu usaha sampai sakit,kau pulak relax
macam bangang result bagus?
Kenapa, kenapa dan kenapa?!
Hahaha. Example gaiss. Terdetik aje menda-menda ni
dalam hati tapi tak perlu diluah di bibir sebab aku faham aku macam mana. Sebab
aku memang tak layak mempersoalkan. Sebab aku tau semua rezeki orang lain-lain.
Kan?
Aku selalu meletakkan mentality terhadap diriku sebagai
sorang yang [FAILED] sebab itulah yang aku nampak kat dalam diriku. Aku buat
apa-apa pun tak jadi. Aku tatau kenapa. Mungkin aku sendiri yang buat sesuatu
yang salah sampai menjejaskan segala menda yang aku lakukan. Aku jadi frust.
Lalu,bila aku buat sesuatu, aku akan buat sambil lewa sebab aku tau bukan aku
dapat pun menda tu. So,buat apa nak bajet-bajet berjaya? Haha. Teruk beno
mentality aku ni hoi. Kesian kat soul aku. Dapat tuan macam ni. Hm.
Oh, kau merajuk la ni?
Am I really?
Kahkahkah. Kindof. Penat aku pujuk diri sendiri untuk
bangkitkan semula semangat supaya sentiasa berfikir, kejayaan adalah milikmu!
Haha. Itu semua dusta,kata akalku. Cett! Akal tak membantu langsung. Penat hati
aku berperang. Penat. Tired.
Akhirnya..
Aku membawa diri. Kecewa. Retak dengan sikap sendiri.
Lalu, beberapa bulan lalu, akak aku balik rumah. Dia
banyak bagi semangat dan cerita menda psiko kat aku. Banyak sangat info dan
sharing dia. Dia kata.
“Kalau kau tak yakin pada diri kau, cer
buat menda ni setiap pagi. Kau berdiri depan cermin. Kau sebut semua yang ada
pada kau. Kau baik, kau rajin, kau cantik, kau pandai,blablabla..Sambil sebut
tu,kau tatap muka kau sendiri. Kau lemparkan senyuman yang lebar setiap kali
kau menyebut. Insya-Allah, kau akan rasa somethings lepas tu. Cer try buat
selalu. Kau akan nampak perubahan tuu...”
Aku buat. Aku try. Ala kadar aje. Kahkah. Oklah,
menjadi juga. Tapi aku ni tatau la. Dengan diri sendiri pun nak malu kucing.
Bukan ada orang lain pun. Aku dengan biasan aku aje. Tapi malunya tu tetap ada.
Adoila. Aku sendiri tak paham. Nak malu kejadah dengan diri sendiri,kan? Tapi
itulah aku. Malu salah tempat betul. Macam tak betul aku rasa kalu cakap
sengsorang ni. Sebab tu aku jarang-jarang amalkan menda tu. Haha.
Ada sebabnya aku jadi sorang [FAILED] ni.
Antara factor dia, selalu direndahkan. Memang,
sesetengah orang bila direndahkan lagi dia akan tunjuk satu hari dia akan
buktikan dia berjaya. Tapi aku kalau dah kena rendahkan, memang terus surrender
ah. Malas nak layan. Malas nak berusaha. Haha.
Macam ni..
Sebenarnya..
Pedih hati aku..bila..
Aku melukis, kena herdik.
Aku membaca, kena marah.
Aku menulis, kena kondem.
Terus, nak aku buat apa?
Pelik. Tapi tulah manusia. Macamlah aku tak boleh
berjaya kalau aku melukis dll.
Benci betul.
Frust menonggeng. Lalu aku terus memusnahkan masa depan
aku. Malas nak fikir lebih. Lepas SPM, ada rezeki sambung belajar lagi, aku
akan terus masuk. Walau aku tau masa tu umur aku dah memang lambat, apa nak
buat la.. Tapi tolong, jangan doakan aku kahwin masa tu. Aku belum achieve
apa-apa lagi sepanjang hidup aku ni.. biarlah aku capai dulu impian aku.
Walaupun impian aku selalu berubah-ubah macam hati-yang selalu berbolak-balik.
Ya Allah, tetapkanlah hati hambaMu ini. Biar apapun terjadi, aku harap aku
dapat achieve at least,
something that I’ve never thought to get. Hoho. Bunyi macam lebih
kepada mustahil. Tak pe, at least aku try. At least eh. Bunyi buruk benar.
Macam terpaksa dalam kerelaan. Haha. Apa-apa jela *juling mata ke siling*
Kesimpulan gaiss.
Aku akan berusaha. Tapi dengan cara aku sendiri. Aku
tak boleh bagitau cara aku berusaha macam mana. Sebab,lain yang dirancang,akan
lain yang dijalankan. So,it’s better to keep it as a secret. Aku ni memang
spesies yang pelikk banyak. Tak payah heran. Sebab aku lahir pun rare juga.
Haha. Memang aku ni [FAILED] person, but I know that’s temporary. Rezeki aku
tak sama dengan orang. Aku tak boleh jeles apatah lagi nak membawang akan
rezeki seseorang. Aku meredoi cara macam ni. Sebab lain orang, lain cara
berusaha, fikrah and so on. Cuma aku nak kata kat sini, Overthinking just will make you even worst. It’ll burn up
your soul and you’ll die if you don’t make a move. And yeah, if I
said I’m [FAILED] , that’s only becuz I’m overthinking ‘bout that. And maybe
bcuz I just don’t believe myself. Poff.
Aku nak share kata-kata Low Guat Tin.
“YOU ARE WHAT YOU THINK YOU ARE.
I always believe that we become what we
think we are. If we have poor self-esteem, its because we think we are stupid
or ugly or worthless.
Stand in front of a full-length mirror and
look at yourself. If you feel good about the image in front of you, you’ll feel
good the whole day. But if you as much as say ‘yukss’, then you’ll feel lousy
throughout the day. You have allowed your perception of youself to mess your
day!”
“No, I can’t..
I’m no good at..
I’ll never be able to..
I’m always not..
WE ARE INDEED OUR OWN WORST ENEMY.”
Comments
Post a Comment