[K-A-H-W-I-N-K-A-H]

Suddenly, stuck into this thing. 

Tetiba masuk part pasal menatang ni.

Tak rare kut rasanya kalau nak meluah memalam macam ni pasai menda alah yang ramai disukai orang. Sape yang tak suka nak menikah,ye dak? Sedangkan ramai aje yang kawin muda dan kawin awal. Memang jadi kegemaran semua. Aku tau. Jangan nak nafikan pulak. Malu-malu ler tu. Haha. KEGILAAN RAMAI. lol

Bismillah.

Topic kegilaan ramai remaja dan belia terutamanya yang berkapal dan bercintan. Tapi malangnya bila dah berkapal, semua habis disedut dek kerana dah cinta buta dengan pasangan, dan akhirnya bila kejadian yang patut dielakkan itu terbabas, jadilah dia terkontang-kanting ditinggalkan begitu saja oleh pasangannya yang hanat. Mengandung, kena tinggal. Mengandung, suruh gugurkan. Sudah buat zina, buang saja macam tu. Memang dia ingat pasangan dia tu baju kut. Dah lusuh,buruk, dia buang macam tu aje. Sorry aku sentuh pasal ni. Sebab ni berkaitan juga.

Nampak orang kapal syok gila kan? 

Yang iman teguh tu bolehlah cakap, "aku nak cinta Allah aje. Nabi Saw pun aku belum cinta sepenuh hati lagi. Tetiba nak kapal pahal?Aku tak suka kapal-kapal ni. Nanti belayar pun karam."

Yang ni aku suka.

Tapi bila dah cakap camtu,buatlah yang sepatutnya. Kata nak cinta Allah tu, trylah buat ibadah banyak-banyak. Ibadah yang khusus (wajib) perbaiki, permolekkan lagi. Ibadah yang umum, cuba laksanakan. Solat malam,buat baik,tahan mulut dari mencarut, selalu berzikir,bersangka baik and you may list on your own. Kalau kata cinta Nabi Saw, buatlah yang sepatutnya. Ikut sunnah nabi Saw, selalu selawat,buat apa yang nabi Saw buat. Kita hidup di dunia ni bersyariat. Bukan main taram aje.

k. kembali ke topic. KAHWIN. Kawen. Khawen. Whatever it is.

Dulu, aku rasa topic kahwin adalah menda yang best untuk dibicarakan. Well, remaja lagi. Budak mentah tatau apa-apa. Orang yang bercinta bagai nak rak best sebab kena tatang macam minyak yang penuh. Ada yang caring ke kita, yang selalu berada bersama, teman berborak, tempat mengadu, tempat bermanja, nak apa-apa kena bagi, rengek sikit dapat.

Sekarang,persepsi aku berubah. Mungkin sebab aku dah keluar dari sekolah kan. Duduk di dunia luar. Banyak menda yang membuat aku terbuka fikiran untuk memikirkannya. Especially, tentang kahwin ni. And menda lain juga.

Nak kata tak suka kahwin, sapelah yang tak suka? Orang yang abnormal aje tak suka. Haha. Tapi nak kata taknak kahwin pun tak juga. Ada juga hasrat tu cuma macam tetiba ada masalah teknikal bila bincang topic ni. Semacam berat dia. Haha.

Suka tapi benda ni kena fikir masak-masak. Kahwin bukan sekadar main masak-masak kat dapur. Ia lebih dari tu. Banyak menda yang kena fikir. Sebelum, dan selepas. Bahkan semasa dalam alam perkahwinan pun kena banyak fikir juga. Haha. Kk aku tau aku belum kahwin. *julingkan mata*

Apabila aku menyoroti senyap-senyap kehidupan mak abah aku, aku jadi terfikir lama. Bila mak aku kongsikan saat-saat berada dalam alam rumahtangga, aku terus berfikir. Bila abah aku pulak share hal-hal yang berkaitan dengan rumahtangga, pasangan etc, aku terjeda. Sampai sekarang aku berfikir. Benda yang tak boleh kalau tak fikir. Fikir akulah, macam menda ni takkan boleh habis fikir.

Aku memang single-mingle. Malas nak berhubungan. Bagi aku bazir masa aku aje. Dah lah aku ni jenis yang lembap input-storage-output memory, tetiba nak berpasangan pulak. Bikin sesak hotak fikiran aku aje. Crush? Ohho. Dah kena tibai dengan orang lain. Em, gurau je. Dia memang dah ada GF. Harapnya dia kahwin cecepatlah. Malas aku nak cakap lebih. Pasal diri aku sendiri pun aku belum habis ngelamunkan lagi.

Aku pegang kata-kata hakak aku ni.

“Single is Simple. Couple is Trouble.”

Simple and reasonable answer.

Aku salut juga kat orang yang kenal tak sampai seminggu, then decided untuk kahwin terus. Aku suka cara macam tu. Simple. Just easy. Just naiss. Yang paling menyampah, couple havoc gila macam dah kahwin, tetiba bila nak halalkan hubungan, mulalah menggeliat. Ada yang nak halalkan, dah halal, cerai. Pulakkk. Sebab tu, aku rasa marriage ni something complicated. Yang sukar nak tebak. Kadang dah berkenan, dah berpunya. Kadang tak suka, kena pinang tetiba.

My opinions.

Kahwin ni aku memang seriuosly tak boleh handle lagi. Aku mengajar budak sekarang ni pun aku jadi short-tempered. Tak boleh kawal emosi aku. Rasa nak marah aje. But still in control la. Cumanya, aku akan lepaskan pada diri aku sendiri. Dah reda sikit, aku akan fikir balik. Memang tak layak nak kahwinlah kalau urus emosi, perasaan pun aku belum pass.

Aku tak nak jadi PARENT YANG TAGUNEE. Aku belum layak lagi. Aku tau sebab ni diri aku sendiri. Nak berjuang tu memerlukan pengorbanan yang bukan kecik. Aku takut. Aku takut aku musnahkan harapan anak aku sendiri. Aku takut aku jadi parent yang tak bertanggungjawab, yang tak beri perhatian kepada anak aku, tak beri kasih sayang yang selayaknya dorang dapat dari aku. Itu..itu yang aku takutkan. Dan ini lagi menyeramkan dari bersemuka dengan hantu. Serius. Menda kahwin memang tak boleh pandang kecik. Baru aku faham, bila junior aku kata,Love is Commitment.

Bila dah suka, mesti nak kahwin. Dah kahwin, mestilah timbul komitmen tu. Komitmen sebagai parent la yang paling berat. Tak semua yang dah bergelar parents ni, bertanggungjawab. Kadang agama dah cantik. Akhlak pulak jelek. Kadang pandai akademik,tetiba agama langsung tak pass. Kadang semua pass, tetiba tak reti hormat orang tua.

Sebab tu, aku risau aku jadi parent yang mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya aku pikul. Memang lah aku boleh belajar menda tu. Tapi menda tu rasanya semuanya practical kut. Aku ni dah lah jenis kekok. Hais. Layak ke aku ni ? haha.

Aku tak risau sangat kalau bab memasak ni. Sebab aku pun kira jadi tukang masak juga kat rumah. Aku tak risau bab-bab kecil macam tu. Tapi yang merunsingkan hati adalah, mampukah aku jadi parent yang baik?

Bilamana anak aku meluah, aku jadi pendengar yang baik?

Bilamana anak aku merungut, aku tegur dengan kasih sayang?

Bilamana anak aku manja, aku beri perhatian ?

Bilamana anak aku bersalah, aku bagi hukuman yang selayaknya?

Anak-anak sememangnya memerlukan attentions ibubapa. Lagi-lagi masa dorang masih kecik. Sape lagi yang nak melayan karenah dorang kalau bukan parent? 

Takkanlah suruh dorang minta manja kat bibik pulak (kalau hire pembantu rumahlah). Tak masuk akal. Mestilah dorang nak kita. Parent dorang.
Sebab tu, bagi anak perempuan, kekasih pertama mereka adalah ayah mereka sendiri.

Daddy is their heros.

Aku tak sanggup tengok anak aku dimanjakan oleh orang lain, minta kasih dengan orang lain. Macam tak guna title as a parent tu sendiri. Hmmm.

[K-A-H-W-I-N-K-A-H]

Winkah kita bila dah kahwin? Menang kah? Itu ke goal kita semata-mata di dunia ni? Dah kahwin, rasa dah dapat syurga dunia. Yes. Rumahtangga tu memang syurga dunia tapi boleh jadi lubang neraka juga. Kalau kita tak reti nak bertanggungjawab dengan tanggungjawab yang perlu kita galas sepanjang hidup berumahtangga dengan pasangan kita. Itu bukanlah kemenangan yang sebenar. Kemenangan perkahwinan yang sebenar itu apabila kita belajar untuk memperbaiki kekurangan kita dan memperelokkan kelebihan yang kita ada.

That’s it. Yang faham, Alhamdulillah. Yang tak faham, angguk-angguk je la. Haha. salah silap tutur bahasa, boleh drop komen. Ampun maaf dipinta ye.

Jangan salah sangka, ini cuma opinions aku. aku tau opinions korang-korang lain lagi. Apapun, terima kasih singgah. K.

Comments

Popular Posts