[TUMPANG]
Bismillah.
Hari ini saje nak try buat cerpen ala-ala urban shortmomentstori. Haha. Kepada orang tu,sediakan tisu siap-siap. Kalau tak nangis pun, acahlah korek hidung ke..haha. hmm, you know who you are.
..
MALAM YANG
SANGAT SEPI. Deretan rumah gelap. Kawasan perumahan itu mengalami black out
pada malam ini. Baru berlalu 10 minit yang lepas setelah kejadian itu. Ketika
itu dia baru selesai on the phone dengan kakaknya yang berada jauh di bumi
Eropah. Dia menghampiri balkoni. Duduk bersila, santai di atas mozek itu.
Sejuk. Pipinya ditampar angin malam yang mungkin mencecah 20 darjah celcius.
Sempat disarung sweater ke tubuh. Pemberian kakak kesayangan-warna gothic hitam
merah. Dia mendongak ke langit. Tersenyum kecil.
Matanya menangkap kerlipan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit yang luas. Sungguh menawan. Di antara semua bintang yang ada, satu yang telah menarik pandangannya. Dia menatap lama bintang itu. Ada yang menyatakan sekiranya bintang yang paling terang itu adalah satelit. Dia tidak tahu. Betul atau tidak. Yang seingatnya, ketika menyertai kem suatu masa dahulu, ada tiga jenis bintang yang sejajar. Bintang itulah yang menjadi alat kompas bagi para pelayar di lautan ketika zaman dahulu. Masa itu belum ada kompas lagi. Semua manusia tatkala itu menggunakan alam sebagai rujukan. Namun sekarang, sekiranya ada lagi manusia yang berujuk kepada alam, habis dicemuh dan dikatakan tahyul. Walhal, benda itu telah lama menjadi bahan rujukan orang-orang terdahulu.
Matanya menangkap kerlipan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit yang luas. Sungguh menawan. Di antara semua bintang yang ada, satu yang telah menarik pandangannya. Dia menatap lama bintang itu. Ada yang menyatakan sekiranya bintang yang paling terang itu adalah satelit. Dia tidak tahu. Betul atau tidak. Yang seingatnya, ketika menyertai kem suatu masa dahulu, ada tiga jenis bintang yang sejajar. Bintang itulah yang menjadi alat kompas bagi para pelayar di lautan ketika zaman dahulu. Masa itu belum ada kompas lagi. Semua manusia tatkala itu menggunakan alam sebagai rujukan. Namun sekarang, sekiranya ada lagi manusia yang berujuk kepada alam, habis dicemuh dan dikatakan tahyul. Walhal, benda itu telah lama menjadi bahan rujukan orang-orang terdahulu.
Dia
menghela nafas pendek.
Baru
perasan. Walaupun semua kawasan gelap dek kematian api, namun cahaya bulan yang
membias telah menerangi alam semesta. Seluruh kawasan seolah-olah berada pada
waktu subuh. Subhanallah! Langit begitu terang dek lampu bulan. Bulan memang
bersifat menerangi sepertimana Nabi Muhammad SAW yang menyuluh cahaya makrifat
kepada seluruh umat alam semesta yang teraba-raba dalam kegelapan jahiliah.
Matanya
tetiba panas. Terkenang pada Nabi Muhammad SAW. Siapalah dia? Nak diumpamakan
seperti bintang sebagaimana para sahabat baginda SAW, memang takkan layak.
Namun, kata-kata Syeikh Zainul Asri, ulama Kedah mengatakan,”yang tak layak,
tak layak tulah yang nak kena bagi layak.” Dia mengetap bibir. Sungguh, jauh
dunia dengan akhirat!
“Oit!”
Bahunya
kena goyang lembut. Dia segera berpaling ke arah itu. Muka orang tu dah
berkerut.
“Kau menung
apa doe? Aku panggil banyak kali tadi..”,soal sahabatnya lalu duduk di
sebelahnya. Tangan memegang dua muk lalu di letak di depan sila. Semerbak bau
milo dan asam jawa.
Key
tersengih. Dia mengerling sekilas ke arah Five.
“Abang
kau..”
Five sengih
lalu ketawa. “Hahahaha!”
“Hahahaha..”
“................”
“.......................”
“Kau biar
betul?”
Key jongket
kening.
“Kau
ni..Kau jangan doe. Aku bagitau dia sat lagi..”
Key sengih
lebar.
“Apalah..”,bahu
Five ditolak. “Kau ingat aku ni apa? Macam tak de boy lain selain dia kat dunia
ni?”, Key ketawa. Five sengih.
“Yelah. Kan
parent aku dah restu korang....hahahhaha”, dia gelak.
Key buat
muka menyampah.” Helo, dia tak de hati kat aku pun doe..”,bidasnya malas.
“Tapi kau
ada kan? Kan?Kan?”,Five sengih nakal sambil menjongket-jongket keningnya.
Key terus
menolak tubuh Five.” Bengo....koff..koff...koffffff...”, tak habis mencarut,
terus dihalang dek batuk yang kuat. Batuk kering.
Five
menggeleng perlahan. Senyumannya pudar. Belakang tubuh Key ditepuk-tepuk
perlahan.
“Kau ok
tak?”,soalnya risau. Wajah Key yang merah menjadi jawapannya.
“Aku..oooo....koff...kofff..kofffffff”,tersekat-sekat
suaranya. Inilah jadinya apabila tidak mencari penyelesaian bagi batuk yang
dari minggu lalu timbul.
Five
menepuk sedikit kuat dari tadi. Dia menarik tangannya semula lalu mencapai satu
muk yang berisi air asam jawa. Masih panas.
Disua ke
muka Key. “Nah!”
Key
mencerlung tajam memandang muka Five.”Aku tak suka asam jawalah,ngeng!”
Kena ngeng
sebijik. Five hanya sengih. Dia maklum sangat sahabatnya itu benci akan asam
jawa dan spesiesnya. Tapi,kenapa perlu kisah? Nak cepat sembuh,kena telan
jugak. Suka tak suka, tolak tepilah.
“Haila kau
ni. Songehlah! Macam Kak Limau tau!”, omel Five lalu mengambil tangan Key dan
meletakkan muk di tangannya.
Key
tergelak.” Kak Limau mana pulak ni?”
“Hahahahhahahahaha....”
Ketawa
macam kena hysteria. Key menggeleng kepala. Muk didekatkan pada hidung. Baru
mencium bau. Tau sangat pekat, likat dan confirm...
“Aku tak
lekat gula pun tadi..”,selamba saja Five bagitau sambil dia mula menghirup milo
sejuknya.
Mata Key
membesar. “Sengal kau!”
Five
memandang Key. Mata dia turut sama bulat.” Kau ni.. kalau tak mengenangkan kau
ni kawan aku, dah lama aku cili mulut kau tu tau! Asyik nak mencarut aje...”,
geram dibuatnya.
Mulut Key
terus terkatup. Tak bunyi apa dah lepas tu. Perlahan-lahan dia memujuk hatinya
sendiri agar menelan air itu sampai licin. Tak nak kena marah lagi oleh Five.
Aduh,macam budak kecik!
Hidung
dipicit. Cepat-cepat air itu ditelan sekali harung, sekali nafas. Seteguk, dua
teguk , sepuluh teguk..dan habis! Licin!
Semput dia
dibuatnya. Bulat mata Five memandang sahabatnya tak berkelip. Gila apa budak
ni? Senafas aje?
Muk
ditangannya dirampas kasar. Lalu ditumtum rakus oleh Key. Mata kembali
terbeliak. Memang sah nak kena pelangkung!
“Hoi! Air
aku la!!”
Key sengih.
Muk kembali disua ke muka Five.
“Sikit je.
Tak luak mana pun..”,tak bersalah. Siap sendawa depan Five. Memang lah budak
sorang ni. Menguji iman betul!
Key kembali
menyandar di pintu sliding. Five yang serupa nenek murai berleter disebelahnya
tidak diendahkan. Dia tersengih aje. Tangan di silang ke dada. Matanya kembali
redup memandang bulan yang menerangai alam sejagat raya.
“Five...”,
seru Key perlahan.
Tika itu, Five sudah mula membelek-belek Samsungnya. Dia
menggumam tanda menyahut panggilan Key sambil mata tak lepas dari skrol
newsfeed Instagram.
“Cantikkan
bulan...?”, Key mula berbicara. Perlahan.
“Hmmm...”,gumam
Five. Rendah.
“Tapi
takkan selamanya ada di situ...”
“Pastu kau
ingat siang karang cam ne? Takkan masih bulan kut? Kiamatlah dunia..”,omel Five
kepada IG siapa tah. Nasiblah kena tempias bebelan.
Key sengih
lalu mengerling ke arah Five. Dia kembali menatap cahaya bulan yang terang
tiada diapit dengan mana-mana awan.
“Macam tu
lah juga aku...”
Five diam.
Tidak menjawab seperti tadi.
“Akan tiba
satu hari nanti..aku akan berganti dengan orang lain..”
Masih sepi.
Hanya bunyi nyamuk yang ingin mencari pemangsa dalam pada black out itu.
“Maksud
aku..takkan selamanya aku dengan kau..”
“Kita akan
terpisah juga...”
“Tapi tak
lah maksudnya kita putus persahabatan...”
“Cuma....”
“Masa untuk
aku beredar dari sini....semakin singkat....”
Diam.
Key
menghela nafas berat.
“....Seperti
kau kata tadi..Bulan takkan selamanya berada di langit. Keesokan harinya,
matahari akan menggantikan tempatnya...”
“Aku juga
akan macam tu...Kita..kita akan terpisah...”
Five masih
diam. Key malas nak menoleh. Dia hanyut dalam perasaannya sendiri.
“Bulan dan
matahari menumpang di satu tempat yang sama..seperti aku yang menumpang kat
rumah kau sekarang ni...”
“Hidup
menumpang ni..mengenangkan aku kepada siapa diri aku sebenarnya..Aku Cuma
menumpang aje..”
“Dengan
sesuatu yang sebenarnya asing dengan aku..namun, terjalinnya hubungan mahabbah
ni, maka persahabatan pun timbul dengan asbab mahabbah antara kita..”
“Kalau
tidak terpisah di sini..akan terpisah antara dunia..Tapi,lebih parah jika akan
selamanya tidak ketemu lagi di sana nanti..”
Key senyum
kecil.
“Tumpang...Aku
dah menumpang lama kat kau ni...Bukan setakat menumpang rumah, makan free, tido
free, malah kasih sayang pun aku dapat free.. dari korang sekeluarga.. “
“Aku berasa
bersalah sebenarnya kerana menumpang semua kat kau. Bukan bersalah la tapi more
kepada segan..even family aku didn’t buy that..”
“As you
know, Hlovate even said before..There’s a times when stranger like family and
family like stranger.”
Key
menghela nafas pendek.
“Aku
bersyukur sebab Allah temukan kita. Aku boleh anggap kau sebagai sahabat and
even a sister..”
“Aku
harap..yang jadi matahari kau nanti akan lebih baik dari aku..lebih bagus dari
aku yang berperangai keparat ni.. yang macam nak kena minta penampar aje setiap
kali mengusik kau...hahahaha”,ketawa yang sangat plastic.
“Hmmm...kau
sememangnya bulan..sebab kau banyak mengajar aku erti kehidupan dan
persahabatan..dan aku hanya layak jadi matahari sebab selalu kasi panas kau.
Buat kau marah, suka menjemput kegusaran dalam hati kau..kahkahkah..”
Dia ketawa
bagi menghilangkan kecanggungan situasi. Suara pun sudah lama serak. Serak
kesedihan atau memang sebab gatal tekak, tak tau lah.
Mata sudah
mulai merah. Namun, Key cuba menenangkan hatinya. Siapa tak sedih kalau dah nak
berpisah tak lebih 20 hari lagi? She’s starting to count now. Count the
memories that lies between them. Friendship memories.
“Terima
kasih, Five.....”
Five
menggumam.
“Sebab sudi
menumpangkan aku yang bukan siapa-siapa ni..Tak pasal-pasal kau kena care pasal
aku pulak sepanjang aku duduk sini..”
Key senyum
lirih. Dia menolak bahu Five. Five buat muka macam toya semacam.
“Thanks a
lot,Five..”,ucapnya tulus. Five berpaling ke arahnya sekilas.
PAP!
Lampu
kembali menyimbah ke muka mereka. Key teruja. Dia sengih. Air mata yang hampir
bergenang diseka cepat. Muka Five dipandang sekilas.
“Weh,aku
masuk dulu. Nak join bebudak tu marathon movie..K bye..”, bahu Five ditepuk
perlahan. Dia berdiri dengan muk ditangan. Kaki melangkah pergi masuk semula ke
dalam rumah.
Five
melepaskan nafas yang berat. Air mata yang bertakung penuh di birai terus
mengotori pipinya tanpa segan silu. Dia menangis tersedu-sedu. Butang save
ditekan. Segala kata-kata Key yang touching sebentar tadi dirakam dari awal.
Sedari Key akan bermadah panjang macam tadi, dia mengambil peluang. Sebab dia
tahu, Key bukannya berani nak tulis menda-menda jiwang karat macam tadi. Dia
tahu spill through lips aje. Bila menulis, memang satu hapak pun terus kaku.
Suka sangat meluah menda-menda menyedihkan seperti itu.
Air mata
kembali mengalir. Samsung digenggam kuat. Siot punya Key! Tercemar muka aku
yang comel lagi gebu ni!
“Kau
bulan..aku hanya layak jadi matahari aje..”
Five
mengetap bibir. Sedih.
“Tak Key.
Tak. Aku bukan bulan. hakikatnya kau adalah bulan ,yang boleh menceriakan hidup aku
selalu dengan perangai gila kau tu..dan aku hanya layak menjadi matahari...”
Mata
kembali basah dengan air mata pilu.
Moga
persahabatan kita hingga ke akhirnya. Hakikatnya, kita saling
tumpang-menumpang. Tiada seorang pun yang mampu hidup sendiri di dunia ni.
Seperti bulan...dan matahari.
Comments
Post a Comment