TAHUN BARU ISLAM 1441 H

May peace be upon you. 

Heya. 

Dah lama gila aku senyap dalam blog. Setahun laa aku boleh pukul rata. So kali ni, aku tetiba ter rajin untuk membebel. So topik hari ni..hmmm.. Salam Maal Hijrah 1441 H. 

Ish, tajuk tak catchy langsung.

Tukar tukar. 

Hm. 

Tahun Baru Islam. Haa, cun sikit. 

So sempena bermula lembaran baru Islam ni, haku nak bebel sedikit. Bukan bebellaa cuma spilling some inks here in this entry. 
Untuk tahun 1440 H aku dah pernah coret. Sebab tu aku rasa aku patut sambung untuk tahun ni punya pulak. So yeah, seperti tahun lepas, start Muharram adalah tanggal 11 September kalau tak silap aku. Mohon betulkan kalau salah. And tahun ni, 1 September. So that mean, ia masih di bulan yang sama. Haha. 
Dikala aku tengah struggle yang tak seberapa untuk SPM ni, aku bersyukur kerana aku tak online untuk socmed sangat. Banyak dengan Whatsapp dan Google aje. Social media memang aku tak main sekarang. Nanti buku ke laut, aku ke darat. Haha. 

So, yeah. 

Berbalik kepada topik. 

Seperti biasa, aku nak buat reflections sikit untuk sebelum ni. Aku suka bab refleksi ni. Sebab aku nak korek semula apa yang aku dah buat sepanjang Tahun Islam yang lepas. Huhu. Koreksi diri laa katakan. 

Hmm. 

First of all, aku belum mampu menjadi hamba yang menyerahkan segala urusannya kepada Tuhan walaupun haku tau aku hanyalah insan yang bergelar hamba. Bukan hapa laa, mende ni tak senang tau. Lebih lagi kalau tengah fedup, depress about something. Memang terus rasa macam tiada sesiapa di sisi. Bukan kau nak ketepikan Tuhan. No. Tak. Cuma, apabila kesedihan itu menimpa kau, kau totally lost beb. LOST! Lost apa? Lost rasa nak hidup. Macam dah tak de kehidupan kau di dunia ni. Macam, dunia kau gelap semacam. Tak susah pun nak berTuhan ni. Cuma, bila kau dah lupa kau ni seorang hamba, maka automatik terlupa seketika kau ni sebenarnya ada Tuhan dan Tuhan engkaulah yang sebenarnya mentadbir dirimu. Kau hanya bergerak mengikut kehendakNya. Hmm. Susah nak explain. Aku akui aku memang bengap bab mentauhidkan diri walaupun aku study 5 tahun lebih kat maahad. Adess. 

Second, sejujurnya, aku masih belum dapat handle perasaan aku. Apabila aku marah, aku akan biar setan menghanati diri aku. Sebab aku rasa puas bila buat begitu. Lebih lagi, kalau aku merindu,memang jadi pungguk rindukan bulan. Hmm. Susah betul nak handle. Kalau sedih, marah memang aku tak boleh tahan. Aku tak boleh nak bersabar. At last, aku makan carutan dan makian dari diri aku sendiri. Entahlaa. Best kot mende tu. Lepaskan sendiri. Aku tak lepas kat orang kecuali kalau orang tu buat aku. Entahlaaa. Aku belum cukup matang eh? Hal soal dan perasaan ni tolonglaa, lemah siot. Aku rela dibenci daripada disayang kalau macam ni. Susah kot nak menanggung segala perasaan rindu, sedih, marah semua tuu. And nak jadi cerita, aku tak la sebaik yang kau sangka tapi tak delaa sejahat yang kau fikir. Tu ajeelaa. Tapi, haihh.. Susah nak cakap. *garu kepala*

Third, bad/negative thoughts/vibes towards everything. Depends laa. Ada time dia bad thought ni kat sape. Tapi jangan risau. Overall, bad thought ni semua towards diri sendiri. Aku tataulaa kenapa aku memakai aku. Kesian badan aku sebab minda aku selalu bad thought terhadap dia. End up semua yang aku buat pun acuh tak acuh, yakin tak yakin. Jujur, memang aku tak pernah yakin dalam kehidupan aku. Even aku nak khatam dulu pun, serius aku tak percaya. Aku tak percaya dengan diri sendiri doe. Aku menghanatkan diriku sendiri. Kawan dan sahabat² ucap tahniah, aku angguk tak angguk aje. Sebab aku punya kepercayaan kepada diri sendiri tu memang nipis. Adeess. Teruknya aku terhadap diri aku sendiri! Jangan ikut jejak aku ya? Jangan hanatkan diri korang. Hasan kan ia! 

Keempat, is sakit. Ish, macam² sakit ni haa. Tak boleh bincang banyak dia. Haha. Sakit hati, sakit kepala, migrain, sakit mental, sakit gangguan, sakit lutut. Haha. Macam orang tua bha. Adehh. Add on sakit aneamia. Aduh, ni memang tak boleh bincang laa. Kalau aku buat something tu, memang aku cepat penat. Patutlaa aku duk pelik, aku dah semput dan sesak nafas bila kemas bilik dulu. Aku pelik gila. Apsal kemas bilik aje kot! Dah penat gila macam kemas satu rumah. Rupanya sebab aku hidap aneamia ni haa. Aduh. Lagi, sakit mental tahao nak terajang katil keluar tingkap. Huhu. Malas nak cerita. Nanti trigger balik. Mental ni hanya dua orang yang tau. Orang yang bagi aku memang special laa. Terbaik punya orang. Haha. Migrain aku tatau kenapa aku kena. Tetiba. Mungkin aku fikir hal negara kot. Lol. Sakit gangguan sebab, well hapijah kan? Memang ada jin khas laa untuk aku. Haha. Lol. 

Lima, khidmat. Ni susah aku nak cakap. Perangai aku daa haram jadah sekarang ni. Hati kotor sangat beb tahap tak boleh hadam. Hanya aku yang tau perangai hanat aku ni dan... Seseorang. Harap boleh bertahanlaa dengan perangai hanat aku ni. Huhu. Khidmat di sini yang aku maksudkan adalah, khidmat terhadap parents terutamanya. Ini, aku jujur memang aku agak payah sedikit. Macam mana nak cakap? Susah laa. Kita kena ftf baru aku boleh discuss dengan kau. Haha. Tapi taklaa aku ni derhaka. No. Just ada kepayahan siiiikit. 

Last, kebaikan. Yah. Walaupun hanat macam mana, kebaikan itu tetap kena ada dan kau sedaya upaya untuk cipta demi saham akhirat kau. Hidup takkan lama. Kejap aje. Esok esok aku dah mati. Kau dah mati. So, bekalan ikhlas tu kena ada untuk kita menghadap Tuhan semula. Takpe kalau amal sedikit dan kecil pun sebab Allah tak akan nilai ia besar atau kecil tetapi penilaian itu adalah dengan melihat hati (keikhlasan) mu. Tak guna sedekah RM100 ribu kalau kau duk tunjuk tunjuk kat FB pun. Totally bastard man! Please, sembunyikan kebaikanmu daripada mata manusia sepertimana kau menyembunyikan dosamu. Belum tentu, yang baik tu baik selamanya. Dan belum tentu yang jahat itu jahat selamanya. Belum tentu pendosa tak masuk syurga, belum tentu ahli ibadah itu bukan ahli neraka. Semuanya adalah daripada penilaian Tuhan. Kau ikut neraca manusia, memang takkan adil sampai kiamat. Thats it. 

Koreksi diri sendiri itu amatlah penting. Bukan untuk orang lain pun tetapi lebih untuk kemaslahatan dirimu sendiri. 

Last but not least, muhasabah laa diri kita. Sehari hari kita mesti akan terbuat dosa pada Tuhan, terbuat silap pada manusia. Kepada yang tersinggung dengan aku, maafkan aku yaah. Manusia, adakah yang sempurna? Yang mana tak puas hati, boleh cakap kat aku. Kita bincang baik baik. Takde masalah sebab aku pun bukan jenis pendendam cuma pemendam aje laa. Hm. 

Tu ajela kot. 

Thanks for read! 

Doei. 

Comments

Popular Posts