SJ beforestory— Sorrowfulness
Dia mendengus kasar. Body Glove ditarik di tepi katil. Dia terus keluar dari bilik. Turun bawah. Nampak tiada orang, dia terus menapak laju ke pintu rumah. Sneaker disarung cepat dan dia menghilang ke suatu tempat.
Matanya melilau ke sekeliling. Dari kejauhan, kelihatan seorang lelaki melambai ke arahnya. Dia tersengih. Port biasa.
Dia menghampiri.
"Duduklah", pelawa lelaki itu.
Dia terus duduk di sebelahnya. Agak jauh sedikit. Beg sandang diriba. Dia menyelongkar isi dalam.
"What's that?", dia teruja. "Drug?", tebaknya. Tersengih.
Dia tersengih. "Aah drug what so called", dia terus mencampak benda itu depan matanya.
"Woii!", Salad menyinga. Benda itu disambut kemas. Dia buka genggaman tangan. Chewing gum?
"New flavour", kata Jacky. Salad membelek bekas kecil itu. Apple. Kening terangkat. Sedap ke? Dia terus membuka penutup. Dua biji terus dikunyah. Not bad.
"Thanks girl", ucapnya apabila melihat Jacky yang memandang ke arahnya. Jacky angguk dua kali. Gadis itu mengeluarkan buku dari begnya. Salad memerhatikan tingkahnya.
"You have to study, don't you?", katanya mengingatkan.
Jacky angkat bahu buat muka tak tahu. "Tak rajin", balasnya.
Salad sengih. Betul betul selamba teruk. Rasanya trial dah dekat. Lagi 3 minggu sebelum PMR yang sebenar bulan 10 nanti.
"Hey, studylah", kata Salad. Matanya memandang Jacky yang buat cengkerik tidak mengendahkan arahannya.
"Balik rumahlah girl", halaunya. Respon tetap sama. Nampak Jacky sudah tenggelam dengan buku novel cover barunya itu. Salad terus menghampiri. Buku yang menganga depan mata gadis itu terus ditarik kasar. Jacky tersentak. Dia memandang Salad. Salad turut terpaku. Kelihatan air mata yang tertahan terus mengalir ke pipi.
Salad tersentak. Jacky terus menenyeh matanya. Kekura tangannya menyeka kasar air mata yang mengalir tanpa segan silu.
"Haih, buat sendu ajelah cerita ni", gumamnya sambil menarik hingus. Gelak sendiri kerana tanpa sedar, dia menangis. Seketika, dia menangis lagi.
"Girl... Are you okay?", soal Salad risau. Buku yang entah apa tajuknya diletak tepi. Fokusnya pada wajah snow Jacky yang sudah memerah.
"Okay.. ", katanya tersekat-sekat. Seketika, tangisan semakin kuat. Dia tersedu sedan. Air mata yang asyik mengalir terus diseka seka kasar. Ah, shit! Why now!
Salad menatap rambut boy cut hitam Jacky. Seketika, dia mengeluh. Tak lain tak bukan, ni mesti pasal benda tu lagi.
"Dahlah.. ", dia terus menarik Jacky dalam pelukannya. Wajah gadis itu disembam pada dadanya. Membiarkan dia menangis di situ.
"Let it all out. Jangan tahan-tahan. Nanti sakit lagi", kata Salad perlahan. Bahu Jacky terhinggut-hinggut menangis. Pilu hati melihat keadaannya. Tak sanggup melihat air mata itu, dia memeluknya. Langkah selamat.
"Thing doesn't work better eh. I understand", bicara Salad perlahan. Tangannya menepuk belakang Jacky. Harapannya, semoga esok-esok kalau terluka lagi, dia sentiasa ada sebagai penyembuh.
一
Aku sentiasa ada untukmu.
Aku dekat tanpa kamu sedari.
Aku jauh namun tetap mampir.
Aku, ada di sini.
Dihatimu.

That was some work there..
ReplyDelete