Cinta di Kala Senja
Diam-diam, aku menghayati simfoni cinta waktu senja.
Aku tak pernah memahami sekiranya aku jatuh cinta, cinta itu mencukupi atau tidak. Namun, setidaknya aku sedaya upaya untuk menumbuhkan kecintaan ku. At least, terhadap seseorang yang aku simpan namanya kemas di dalam hati.
Aku membancuh teh O. Untuk dia yang kurang suka akan kemanisan, aku cuma meletakkan setengah sudu. Untuk aku yang sangat mencintai manisnya gula, aku membubuh dengan satu sudu penuh.
Rasanya, cinta mungkin begitu pada hematku. Aku menumpahkan segala rasa manis cinta ke dalam air hubungan kami bersama. Agar ketepatan kasih sayang aku dapat rasai olehnya.
Setidaknya, ini bagi ku. Bukan bagimu.
"Bancuhlah air dengan ketepatan manisnya. Sekiranya terlebih gula, manisnya akan membuatkan berulang kali meminum air putih. Namun, jika terkurang, rasa nikmatnya hilang. Maka, bancuh dengan tepat rasa. Seperti itu juga dengan cinta."
Setidaknya, bagi aku.

Comments
Post a Comment