Cinta yang Mahal
Bagaimana seseorang begitu patuh dan tetap menyayangi pasangan hidupnya dengan perasaan cinta yang sentiasa mendalam bahkan semakin hari semakin kuat rasa sayang dan cinta itu?
Aku mulai terfikir sesuatu.
Perasaan yang tiada sebarang cinta tidak memungkinkan seseorang akan merasa untuk mencintai. Bagaimana ingin mencintai tetapi hati tidak selari dengan erti kata cinta kepada seseorang?
Bagaimana hendaknya akan melahirkan rasa empati atau sekurang-kurangnya simpati terhadap seseorang sekiranya tiada perasaan kasih di dalam hati?
Hati tempat meletak segala perasaan bahkan cinta dan simpati.
Dan aku terasa cemburu akan kesetiaan Ibu terhadap Ayah.
Pagi seusai subuh, sudah mengajak Ayah berbual ringan. Malah, sering ku lihat mereka mengaji bersama-sama bahkan sekiranya Ibu tersalah sebutan makhraj atau tajwid, Ayah akan menegur dengan penuh kasih sayang. Sesekali, mereka tergelak bersama. Bercanda seolah-olah hidup dalam dunia percintaan mereka berdua.
Ibu tidak jemu melayani karenah Ayah malah selalu menyantuni Ayah dengan baik sekali. Tanpa pinta, Ibu akan menyediakan kudapan petang kesukaan Ayah. Malah, setiap kali lunch, permintaan aku selalu saja diabaikan malah terpaksa meminta Ayah akurkan permintaan aku. Sekali-sekala, aku juga ingin dimanjakan oleh Ibu yang terlalu menyayangi Ayah. Perhatian Ibu memang selalu penuh buat Ayah seorang.
Aku jadi penasaran. Cemburu itu memang wajib kerana sering terabai. Namun, Ayah cekap melihat rajukan diam aku lalu diajak beliau untuk berbual dan bergurau senda sepertimana dengan Ibu. Aku tersenyum selepas itu. Terasa tenang dengan cara Ayah memujuk ku.
Malah, sebelum tidur, Ayah akan memesan kepada Ibu untuk menjenguk aku di dalam bilik. Kata Ayah, nanti selepas itu dengan ayah sampai pagi. Tak terlayan lagi aku yang tunggal ini. Dengan akurnya, Ibu menjenguk dan kami berbual mesra sebelum Ibu pamit.
Ibu sangat cintakan Ayah. Ayah juga begitu.
Terkadang aku berfikir, inikah cinta yang sebenar-benar cinta? Sekiranya ya, aku berpendapat bahawa cinta sebegini terlalu mahal kerana hati yang berhubung dengan hati yang lain begitu kuat connectionnya. Sehinggakan, melihat wajah keruh Ibu atau kata-kata Ibu yang seakan pelik walhal bagiku sama saja, sudah membuat Ayah menjadi tak keruan. Tentunya Ayah risau namun dengan lagak yang masih tenang. Mungkin, di dalam hatinya, ombak sudah memukul kuat dasar laut, siapa tahu?
Aku sungguh cemburu dengan cinta yang mahal yang dicontohkan oleh Ibu dan Ayah.
Mungkin, boleh menjadi impian aku bahawa aku hanya mahukan cinta yang mahal itu.
Itu impian aku bermula sekarang.
Hasil daripada kecintaan Ibu kepada Ayah yang sentiasa tumbuh mekar melalui bahasa cinta mereka dan perbuatan-perbuatan tulus mereka.

InshaaAllah aamin.. Moga beroleh impian yg diimpikan👍🏻🔥
ReplyDelete