Complicated vs Complex

Aku menggigit ais batu yang aku keraskan dengan box cube dalam peti atas. Penuh sebekas dengan ais batu yang aku pulun refill semula setelah aku tuang keluar box cube. Bunyi kunyahan sebijik macam tengah makan popcorn. Aku bawa keluar mug ke balkoni.

Senja mula melabuhkan tirai kamar. Sekejap lagi, akan berganti dengan pekat malam. Harapnya, malam ni ada bintang buruj la. Aku teringin nak menatap dada langit. Sudah lama rasanya mata ini tidak berkejaran mencari cari dan meneka neki bentuk buruj yang berkelipan di ruang angkasa.

Milo tabur aku kacau dengan straw besi. Berdeting bunyinya apabila berlaga dengan ais batu yang hampir membanjiri permukaan mug. Kecur air liur. Aku berhenti lalu menyedut perlahan air buatan ku sendiri.

Mata melekat pada ruangan senja langit. Cantik. Indah. Sempurna. Seperti penciptanya. Aku tersenyum simpul.

Tetiba terjengah semula kata kata seorang pemuda dalam kotak fikiran ku.

"Hidup wanita sering rumit bukan?"

"Kenapa awak berpandangan sedemikian?", soalku laju.

"Hendak memilih baju pun sudah berjam. Inikan lagi nak memilih pasangan. Sudah tentunya, jauh lebih rumit".

Aku tersenyum. "Dikesempatan lain, wanita juga merasakan sedemikian untuk para lelaki", bicaraku perlahan.

"Maksud awak?"

"Kalau hati sudah tertarik kepada seorang perempuan, luahan itu tidak diterjemahkan sama ada ke arah perbuatan mahupun perkataan. Bukankah itu jugak suatu hal yang merumitkan?"

Lelaki itu terdiam sejenak.

"Walk the talk. Itu prinsip kami as a noble man. Tak kan sesuka hati mahu menyatakan suka walhal ianya tiada keseriusan untuk berhubungan. Lagipun, taktik tulus dan serius seseorang terhadap gadis yang dicintai adalah dengan menyatakan kepada walinya bukan dirinya."

Aku berdiam. Menunggu dia untuk melanjutkan perbahasan.

"Seseorang itu mengambil masa untuk berfikir tentang suatu hubungan. Bukan namanya lelaki serius sekiranya terus menyatakan sayang dan bercinta dengan gadis kesukaan dia. Tetapi, action speak louder than word. Bertemu dengan wali si gadis. That's the real noble man."

"Bagaimana pula dengan awak?", soalku.

Lelaki itu tersentak. Wajahnya terasa tertampar. Dia berdehem. "Saya akan menikah dua bulan lagi. Doakan saya", pintanya. Aku tersenyum sambil mengucapkan amiiinn perlahan.

Aku tersengih mengingati perbualan itu semula. Dapat aku rasakan bahawa dia adalah lelaki yang berusaha untuk menjaga hatinya namun terkadang hati itu juga akan tersasar dan terjatuh ke tempat yang tidak sepatutnya.

Antara lelaki dan perempuan, kedua duanya rumit. Complicated thus complex. Tidak adil sekiranya wanita dicop complicated walhal lelaki juga cukup complex dengan sifat perahsia mereka. Manakala, wanita pula berubah ubah sikapnya. Mungkin, itu yang membuatkan kaum lelaki kurang memahami akan perasaan wanita.

Aku tahu bahawa lelaki itu sifat semulajadinya terarah kepada hal hal berat dan rumit. Manakala, wanita, hal sekecil mana pun akan sentiasa bermain dalam mindanya. Mungkin, benda semacam itu juga yang membuatkan lelaki berpandangan bahawa woman are complicated creature.

Dan hal hal kecil seperti kata contoh : merajuk kerana tidak di mesej seharian. Sesetengah wanita akan terusik kerana perkara remeh ini. Bagi aku, segala kunci untuk membuka pintu kepada sesuatu perhubungan adalah dengan mengadakan komunikasi yang baik antara pasangan.

Bukanlah lelaki itu tidak memahami, bahkan wanita yang selalu mengandaikan supaya lelaki memahami mereka terlebih dahulu walhal pada seorang lelaki, selagi tidak dibawa bicara sesuatu hal, memang harapan untuk mereka mengetahui hal tersebut. Sebagai wanita, mungkin boleh stop untuk mengandai andaikan sesuatu. Sekiranya mahukan sesuatu, talk direct.

Tiada lelaki yang complex melainkan wanitalah yang membuatkan mereka menjadi complicated.

Salah faham yang sering berlaku di antara lelaki dan wanita, seorang suami dan isteri, seorang bos dan pekerja, seorang kakak dan abang.

Rumit? Tidaklah serumit mana. Sekiranya pandai untuk berbicara dan ada komunikasi baik antara keduanya.

"Alang, masuk. Lewat dah ni", suara Along menegur di sliding door balkoni. Aku tergamam. Oh, crap! Dah maghrib!

Aku terus masuk ke dalam bersama mug di tangan.

Comments

Popular Posts