Geng TooWelf

Geng TooWelf lengkap hari ni. Semua sepakat untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk melepak. Memasing dah gian teruk nak bersantai bersama.

Macam biasa, studio kecil a.k.a bilik bujang si Eddi yang menjadi mangsa dan dia lagi tak kisah kerana bilik itu diubah menjadi studio sebab diorang jugak. Semangat setia sahabat selamanya gituhlah.

"So, korang nyanyi lagu apa ni? Malay version aje tau", soal Eddi.

"Aku cop si Achik Spin", kata Gig.

"Aku nak Spider", kata Mint.

"Aku si Iklim", sahut Haris.

"Aku Exist", bagitau Jem.

"Aku pilih Izwan Pilus", kata Que.

"Aku nak Bunkface", gumam Kit.

"Wings", balas Syel.

"Meet Uncle Hussin",bagitau Will.

Tak larat nak dengar semua punya pilihan. Mike dikasi kepada Curl yang terdiam di sebelah dengan buku menganga depan mata. Eddi menyepetkan mata. Hailaa budak buku ni! Ulat pun tak macam kaulah! Tau jugak dia berhenti sebab nak isi perut ke melepak ke, bebel Eddi dalam hati.

Eddi mengetuk kuat bahu Curl dengan bawah mike. Curl mengaduh. Dia menggosok bahunya perlahan.

"Hai, baru nak tersedar?", perli Gig. Semua tergelak. Curl buat muka toya. Dia terus merampas mike dari tangan Eddi laju.

"Curl, pastikan sedap eh. Tak sedap, kau nyanyi semua suggestion kiteorang", ugut Mint lalu tersengih nakal. Yang lain sudah bantai gelak. Gila hape nak suruh Curl maraton semua jenis lagu berlainan artis? Sengal punya Mint!

Curl mengerutkan dahi tak paham. Suggestion apa kah? Mana nak dengar kalau dah khusyuk baca Rick Riordan punya buku. Sikit punya syok. Macam masuk dalam dunia fantasi aje. Nasib kena ketuk dengan mike, kalau tak haram nak jejak bumi rasanya. Dia tersengih sendiri.

Pilihan lagu ditekan. Main tekan aje. Bukan dia tahu Malay artist theme yang dikatakan pun sebentar tadi.

Bergema minus one memenuhi ruang bilik studio. Semua mula memasang telinga. Naik aje irama intro, semua tergamam.

"Woi!! Indon?", soal Gig. Yang lain dah bantai gelak. Masakan tidak tahu intro lagu Pujaan Hati yang sering dinyanyikan ketika mereka semua di high school? Lagu Indon zaman childhood. Lagu yang bikin nak muntah tapi seronok disumbangkan kerana senang nak ikut pitch suara penyanyinya.

Curl nyanyi syok teruk macam hape. Tak hiraukan yang lain. Padahal dah bingit satu studio dengan gelak tawa padu sebelas sekawan bercampur aduk dengan suara Curl yang merdu bak bulu perindu itu.

Seketika, Eddi menggeleng. Betullah Curl ni suka buat kepala sendiri!

Spoiler!

Comments

Popular Posts