Hiding Love

Dia yang begitu jarang mengungkap bahasa bahasa cinta terhadap aku.

Dia yang begitu rapat menyembunyikan segala perasaan bahagia, kasih, cinta, harapannya terhadap aku.

Dia yang begitu mencintai diriku sedalam dalamnya tanpa perlu mempamerkan segala tindak tanduk kasih sayangnya terhadap aku.

Mungkin, dia juga pemalu. Malah lebih lagi daripada diriku.

Aku begitu senang melihatnya seperti itu. Dahulu, kelihatan dia seperti seorang yang begitu kasar melayan diriku. Dia juga terkadang tidak memperdulikan aku. Malah meninggalkan aku keseorangan.

Namun, setelah aku mendengar kata kata keramat daripada celah bibirnya ketika ibunya meminta penjelasan, kenapa dia begitu kasar terhadapku, aku semakin yakin dengan tingkah lakunya.

"Abang mahu menjaga hati abang. Abang takut sekiranya terlanjur melayani dia, abang menjadi tidak keruan. Biar kasar, kerana itu hanya muslihat supaya abang tidak kelihatan malu menyimpan perasaan terhadap gadis perawan seperti dia. Dia gadis yang baik, ibu. Abang tidak mahu merosakkan keindahan dirinya".

Dan, aku tahu dan yakin. Bahawa cinta ini berbalas dalam sepi.

Terima kasih kerana mencintaiku.

Comments

Popular Posts