Istiqamah
Hari kembali mendung. Sudah lama tidak merasai dinginnya angin hujan. Aku meloloskan diri dari dapur bersama secawan nestum. Menghampiri daun pintu dan bersila sambil merenung titisan air hujan yang sedikit sebanyak mencengkam kulit kaki yang terdedah di atas lantai. Sesekali aku membelek karya Mas Gun一 penulis favorit terkini ku.
Mataku beralih ke lantai jalan tar di luar rumah. Merenung sendiri. Teringat semula momen perjalanan ku ketika berada dalam suasana harmoni madrasah suatu ketika dahulu. Aku banyak menghabiskan waktu tidur selama mana hujan berderaian di sekolah. Waktu petang, waktu yang terbaik yang akan ku gunakan untuk mengambil hafazan baharu. Seingat aku, itulah satu satunya hal yang aku istiqamah melakukannya.
Aku merasa, istiqamah sangat susah untuk dimulakan. Melainkan dengan hal hal yang kecil. Mungkin seperti selalu buat kawan merasa nyaman, memberikan kata kata yang baik. Itu hal yang nampak remeh tetapi besar bagi yang mendengarnya. Seperti juga, sering menyapu halaman rumah setiap hari, setiap pagi. Walaupun tiada debu pasir, namun tetap juga sentiasa dibersihkan kerana telah menjadi rutin harian.
Seperti itulah istiqamah, at least pada pandangan halus pemerhatian ku. Sebuah rutin harian yang remeh. Namun, sedikit sebanyak boleh ditambah dan ditambah supaya mengundang rasa bahagia tatkala melakukannya.
Istiqamah juga, bagi ku adalah perkara yang tidak pernah jemu dan jenuh untuk dilakukan. Malah, ia penambah pahala untuk hal hal lain yang banyak kelompongan tanpa disedari diri sendiri. Mungkin, ibadah yang banyak dilakukan ternyata punya kecacatan dan kita terasa tidak selesa kerana merasa ibadah tersebut mungkin tidak diterima Tuhan, maka kita melakukan istiqamah untuk hal hal lain. Ibadah ibadah kecil, seperti mengutip sampah di tepi jalan, memberi laluan terlebih dahulu kepada orang lain ketika keluar dari train, tersenyum terlebih dahulu kepada yang memandang, menyapa mesra terlebih dahulu kepada kawan yang terjumpa di simpang jalan dan sebagainya.
Istiqamah, bukan senang tetapi tidak susah. Cukup dengan hal sederhana, cukup sederhana dan menambahkan nilai bahagia dan selesa untuk diri kita. Itulah, istiqamah. Jalani sehari hari itu juga namanya istiqamah. Kerana masih diberi nyawa untuk meningkatkan lagi taraf nilai diri.
Hujan terhenti entah bila. Aku tidak sedar, bila masanya hujan berhenti menitis dari langit. Aku termangu sendiri. Ternyata, hujan juga istiqamah dalam menitiskan air dari awan hitamnya. Ia tetap setia berlinangan air kesedihannya. Supaya alam sejagat mendapat manfaat darinya. Walau ia tahu, betapa ada makhluk yang mencerca dirinya kerana menyusahkan mereka, namun ia tetap utuh dan setia untuk menitiskan titisan air buat mereka yang memerlukan.
Begitulah hal mengenai istiqamah pada hematku. Tak lupa juga, kerana sabda Nabi Saw mengatakan istiqamah itu adalah sesuatu yang berterusan.
Aku tersenyum sendiri. Cawan diangkat. Air sudah mulai sejuk. Cepat cepat aku meminumnya.
1515pm/300320

Comments
Post a Comment