Kesederhanaan
"Abang, can we talk a bit?", pintanya depan pintu bilik.
Suaminya yang sugul itu memandangnya. Dia mengangguk.
"Abang dah rehat ke?", soalnya meminta kepastian. Sang suami mengangguk sahaja. Dia tersenyum lega. Takut mengganggu sekiranya suaminya belum habis melepaskan lelah emosi, fizikal dan mentalnya.
Melihat si isteri yang masih terpaku, dia terus menggamitnya datang dekat. Si isteri menghampiri bersama dulang yang berisi mug dan cinnamon roll di tangan.
Dia memerhatikan suaminya yang menyisip mug ke bibir. Teh tarik yang menjadi kegemaran suaminya sejak bernikah setahun lalu. Usai, cinnamon roll berkat ajaran daripada Mama digigit perlahan oleh sang suami. Seketika, terpana sambil memandang kuih itu. Sedap lain macam. Dia terus menggigit sampai habis.
Jeda. Dia tenang memerhatikan tingkah laku suaminya.
"Abang", serunya. Mata hazel itu memandang ke arahnya. Dia tersenyum manis.
"Terima kasih untuk semua ni", ucapnya tulus. Tersentak sang suami. Kenapa bunyi macam hidup tak lama dah ni? Dia menelan air liur. Wajah cuba ditenangkan. Jangan fikir yang bukan-bukan. Takut nak bayangkan sekiranya dia menduda dalam usia perkahwinan yang baru setahun jagung.
"Terima kasih untuk kehidupan yang abang bina bersama saya", ucapnya syahdu. Tangan kiri si suami dipegang erat.
Dia mendengar. Seketika, dia tersenyum. Kepala isterinya digosok perlahan.
"Sounds so heavy la", tuturnya.
Isterinya tersenyum.
"Abang, saya bahagia dengan kehidupan kita sekarang. Saya tak nak lebih. Saya nak abang ada sentiasa di sisi saya aje. Itu lebih dari cukup", dia mula berbicara. Membuka pekung di dada.
Suaminya tetap mendengar. Mata mereka saling bersatu dalam keheningan malam.
"Saya selesa hidup begini walaupun hidup kita sederhana. Saya suka bersederhana untuk kehidupan kita. Sebab kita tak perlu sangat memikirkan hal-hal yang bukan kita punya. Saya mencintai kesederhanaan yang abang binakan untuk rumah tangga kita ni. Saya bersyukur dengan sederhana, abang".
Ada sesuatu yang tersirat yang ingin disampaikan oleh sang isteri, namun belum terasa click.
"Saya harap abang tak terbeban cari rezeki untuk kita. Cara sederhana ini lebih indah dan membuatkan kita lebih akrab dan saling memahami satu sama lain. Kalau abang terfikir untuk mecari kerja lain yang lebih berat, yang lebih masa, walaupun gaji lebih lumayan, kita takkan ada masa untuk berbicara dari hati ke hati lagi selepas ini macam sekarang. Saya takkan dapat melihat abang menjamu apa yang saya hidangkan, kita takkan ada our-precious-time bersama sekiranya kerja abang banyak dan berat, mungkin sekiranya apabila berdua, tapi saya diduakan kerana abang fikirkan tentang kerja abang. Masa bersama menjadi kurang. Masa bersama tiada kualiti. Walaupun, mungkin rezeki itu lebih banyak."
"Tetapi, saya rasa, sederhana itu lebih banyak keberkatannya. Kenapa perlu mencari wang yang lebih-lebih kalau hidup ini sudah sungguh diberkati? Kita hanya berdua. Belum bertiga, belum beramai lagi."
Dia tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Sekali sekala, jemarinya mengelus lembut pipinya.
"Sayang nampak abang kusut ye sampaikan sayang cakap macam ni?", soalnya. Tenang. Si isteri mengangguk.
Air muka sang isteri berubah keruh. "Saya risau, keberkatan ini hilang sebab kita inginkan habuan yang lebih. Kesederhaan sepatutnya mengajar kita menjadi insan yang lebih bersyukur dengan segala apa yang ada dan bersabar dengan apa yang belum ada. Tak semestinya, sesuatu yang nampak besar itu lebih berkat malah lebih menyekat kebahagiaan hati yang sepatutnya sentiasa dekat."
"Sayang, tingginya falsafah sayang pasal sederhana ni", usik sang suami.
Dia menggigit bibir. Mula terasa sedih. Si suami paham atau tidak ni?
"Saya cintakan kehidupan seperti ini, abang", suara terasa bergetar. Tetiba terasa sendu hati.
Sang suami tersenyum. Tangannya naik mengusap-usap lembut rambut lurus isterinya. Dia faham apa yang disampaikan olehnya.
"Abang faham. Terima kasih sebab ingatkan abang supaya tak terleka dengan wang ringgit dan sentiasa bersederhana", ucapnya ikhlas. Seketika, pandangan mereka bersatu.
"Terima kasih, sayang", tulus ungkapan sang suami. Dahi luas si isteri kucup syahdu.
δΈ€
Rumah tangga yang harmoni akan sentiasa menenangkan apabila terlahir daripada ahli di dalamnya sifat membangun komunikasi yang baik dan sihat. Tiada suatu pertengkaran dan kata kata kesat melainkan akan terubah kepada luahan yang berbentuk nasihat. Tiada suatu ketidakpuashatian melainkan akan saling berbicara antara keduanya. Kerjasama antara kedua belah pihak sangat penting demi menjaga kemaslahatan rumah tangga. Semoga esok-esok kita boleh membangunkan komunikasi sedemikian.
Kesederhaan itulah qanaah. Merasa cukup dengan apa yang ada. Apa yang ingin saya sampaikan adalah, tiada halangan sekiranya kita ingin mencari pendapatan yang lebih tinggi demi menyara keluarga, namun yang harus kita perlu dan wajib titik beratkan adalah sebuah keberkatan di dalam rezeki yang didapati. Bukankah Allah menyuruh kita mencari rezeki yang halalan toyyiban? Halal dan baik? Selagi mana, rezeki itu terdapat di dalamnya dua perkara yang Allah telah sebutkan dalam al-Quran, maka kita akan terjamin selamat untuk rezeki kita. Lagi pula, sesungguhnya semua rezeki berada dalam tangan Allah. Maka, usah terlalu takut sekiranya rezeki tidak mencukupi kerana Tuhan terlalu kaya untuk menampungi rezeki semua makhluk-Nya. Hatta, ulat yang berada dalam batu juga tetap hidup kerana rezekinya yang dijamin Allah, apatah lagi manusia seperti kita. Semoga, rezeki yang sentiasa datang tidak melekakan kita dari mengingati bahawa hanya Allah lah yang memenuhi segala bentuk rezeki itu.
"Keberkatan itu lebih terasa nikmatnya ketika mana kita merasa kecukupan dengan rezeki yang sederhana".

Subhanallah
ReplyDelete