Lelaki yang Baik,
"Awak rasa, lelaki yang baik itu seperti apa?", soalnya telus.
Aku terdiam. Seketika tersenyum nakal. "Kenapa? Awak jatuh hati?"
Dia tersenyum. Kepala menggeleng perlahan.
"Saya cuma nak tahu. Sebab tiada penanda aras yang tepat", katanya polos.
Aku diam sejenak.
"Ayah saya bukan orang baik. Saya tak ada abang. Adik saya kaki club", ceritanya mendatar. Bernada pilu. Aku tergamam. Tanganku menepuk belakangnya. Dia menoleh. Tersenyum.
"Jadi, saya ingin tahu. Macam mana cirinya seorang lelaki yang baik itu", pintanya lagi.
Aku tersenyum. Tangan beralih menyentuh ubun ubunnya.
"Lelaki itu baik apabila kita juga baik. Apabila kita sebagai wanita tetap kekal menjaga diri, lelaki juga bereaksi yang sama tanpa kita ketahui. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya."
Dia mula fokus mendengar.
"Lelaki yang baik, pasti tidak akan tega menyakiti hati."
"Lelaki yang baik, pasti akan menjaga kita dengan sebaiknya. Kerana setianya wanita itu memerlukan naungan seorang lelaki."
"Lelaki yang baik, pasti akan membuatkan peluang kelam kita menjadi bersinar semula. Dia tidak tega melihat kita tersungkur. Dia, memberikan motivasi dan kehidupan kepada kita."
"Lelaki yang baik, pasti akan menjaga maruah kita. Nilai yang ada pada diri kita akan dijunjung tinggi olehnya. Dia akan mengangkat martabat kemuliaan yang ada pada kita".
"Lelaki yang baik, pasti bersabar dengan sikap dan tingkah laku kita. Kerana dia tahu, kita insan yang lemah, maka dia yang kuat akan sentiasa membantu kita disamping bersabar dengan pertumbuhan diri kita".
"Lelaki yang baik, akan sentiasa berada di sisi. Jauh dalam kerinduan, dekat dalam rangkulan."
Aku tersengih. "Seperti itulah lelaki yang baik."
Dia tersenyum. "Awak sedang dilamun cinta", bagitaunya sambil menatap dalam mataku. Aku tersentak. Merah pipi kerana ternyata tersingkap suatu perasaan yang cukup sulit itu.

Comments
Post a Comment