Live the moment

Spec ditanggalkan dari batang hidung. Matanya dipejam rapat. Tangan dibawa ke pelipis, diurut perlahan. Bibir menghela nafas panjang.

Entah apa yang difikirkannya. Berat semacam. Bibir mengeluh perlahan. Seketika, matanya dibuka sedikit memandang ke hadapan. Tubuh disandar pada spring chair ala-ala pengurus syarikat dalam kebanyakan drama Melayu. Lambat-lambat, kakinya menolak perlahan lantai. Spontan, kerusi berpusing-pusing bersama tubuh yang keding itu. Serasa, fikirannya turut ligat berputar memikirkan sesuatu.

Masa depan.

Hidup kalau tak senang, bukan kehidupan namanya. Dah kata jadi manusia yang diberi akal fikiran, memang banyaklah hal yang bermain dalam minda. Sesuatu benda takkan dicipta kalau takde sebab. Semua benda yang terjadi pun sangat banyak sebab dan pembelajaran yang boleh digunapakai untuk mengelakkan daripada terjatuh ke lubang dua kali. Atau tak pun, jadi memori. Tak pun, supaya lebih memberi pembelajaran sebab sejatinya, manusia kan sering membuat kesilapan sama ada disedari atau tidak. Sama ada disengajakan atau tidak. Sama ada hal kecik ataupun besar. Semua berada dalam rumah kehidupan yang dijalani sekarang.

Manusia yang rugi itu adalah manusia yang tidak belajar daripada kesilapan, bukan? Sudah tahu jatuh berkali-kali dalam lubang yang sama, tetap begitu-gitu ajelah perangai dia. Bukan nak take action terhadap apa yang dah berlaku. Bukan nak alert akan pengajaran yang sudah terkena ke batang hidung sendiri.

Dia mengeluh perlahan. Kaki menahan kerusi dari bergerak. Mata kembali terpejam. Seketika, matanya berjalan ke arah tingkap panjang mencecah pinggang. Lambat-lambat dia bangun menghampiri. Tangan menyelak langsir plain biliknya. Matanya menatap ke luar jendela. Angin sepoi-sepoi bahasa cinta menampar lembut pipinya. Dia mula berasa sesuatu.

Sebuah ketenangan.

Bibir mengoyak senyuman panjang. Langit yang berwarna keemasan ditatap sungguh-sungguh. Poket seluar diseluk. Camera Iphone X ditekan. Dia menangkap pemandangan di waktu senja itu. Tidak mahu kehilangan momen terindah一 at least, untuk hari ini.

Kita sering mengabaikan the present moment yang berada di dalam waktu kehidupan. Terkadang, bekerja sungguh-sungguh sampai tidak enjoy dengan the present moment itu. Sering terlupa bahawa dalam hidup yang penuh dengan ujian dan cabaran, kita lupa seketika untuk stop dan memandang sekeliling, untuk merasa present dalam waktu yang tidak akan berulang lagi pastinya. Kita terlupa untuk merasai bahawa tiada salah untuk berhibur di kala berhadapan dengan segala macam ujian dan cabaran kehidupan. Dan yang pasti, di saat itu, kita hanya banyak berkeluh kesah dan menyalahkan nasib yang telah ditetapkan oleh kita.

Senyuman di bibir masih segar. Begini rupanya rasa hati bila berhenti menyalahkan situasi yang menekan kehidupan dan beralih sedikit untuk memandang dan menatap keindahan yang Tuhan telah sedia ciptakan buat tatapan hamba-hamba-Nya. Setiap kesulitan akan pasti berakhir dengan kemudahan. Setiap kesakitan akan pasti hilang dengan kesembuhan. Setiap yang berduka pasti bersuka di akhir kalam. Semua benda takkan lama. Semua benda akan berlalu diikuti oleh waktu yang berlalu pergi jauh. Diganti dengan waktu yang lain. Hari ini hujan, esok belum pasti. Hari ini tersakiti, esok belum tentu lagi. Begitulah hidup dalam kehidupan alam ini.

Matahari yang tenggelam ditatapnya. Terkesima sebentar. Baru nak snap gambar, tetiba kedengaran suara si kecil di luar pintu.

Si kecil yang baru berusia 2 tahun merengek-rengek. Air matanya berjuraian ke pipi. Dia terkejut.

"Ololo.. Sayang.. Nape ni?", dia terus mendekati si kecil. Anak kecilnya itu didukung. Dia menyeka air mata si comel.

"Daddy... ", rengek si kecil. Tangan montelnya memeluk erat leher daddynya.

"Where's Mommy?", soalnya. Si kecil masih merengek. Menggeleng dalam pelukan. Dia tersenyum. Menghilang ke toilet la kot tu. Dia membawa langkah semula ke jendela.

"Look", arahnya kepada si kecil. Anak perempuannya yang berambut ikal itu lambat-lambat menjauhkan kepala dari leher sang ayah. Matanya memandang ke arah jendela. Matahari mula terbenam. Matanya bersinar. Terkesima.

"Apa tu daddy?"

"Matahari.. Cantikkan?", katanya. Si kecil mengangguk.

"Macam Daddy.. ", katanya polos. Dia memandang Daddynya.

Dia tersenyum. "Nope laa. Macam sayang.. ", pipi gebu pau itu dikucup geram. Mengekek ketawa si kecil.

一

"Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear". -Hlovate

Comments

Post a Comment

Popular Posts