Medd_Adad 2

"Medd.. "

Medd menoleh ke arah Adad yang mengambil tempat di sisinya.

Adad memandang ke arah TV yang terpasang.

"Kau perasan tak aku menyanyi tadi? "

Medd kerut dahi. "Bila? "

"Dalam kereta tadi.. "

Medd melongo. "Oh, yang awak membebel apa ntah tadi tu? ", Adad memandangnya lalu mengangguk.

"Kau dengar?", pipi Adad mula panas. Tetiba malu menyelimuti diri.

Medd merenung wajah Adad. Seketika, dia terkebil-kebil.

"Dengar apa?", soal Medd semula.

Adad tetiba kejung. "Kau tak dengar?"

Medd pantas menggeleng. "Dah cucuk bluetooth earphone kat telinga, nak dengar apanya?", katanya semula kepada Adad.

Adad ketap gigi. Dia menepuk dahi. Hilang terus blusher Mary Kay dari pipi. Hampeh punya Medd! Sikit punya feeling aku nyanyi dedicated kat dia, dia boleh pakai wireless earphone? Berapa banyak menda alah tu yang dia ada? Aku nak buang, serius. Aku nak buang!! Demmm!

Dia ketap bibir. Geram! Rancangan gagal!

Medd di sebelah senyum mengusik. "Awak nyanyi lagu apa? "

Adad buat muka bodoh. "Negaraku!", omelnya  geram dan terus berpeluk tubuh. Putus semangat mahu bercakap!

Tawa Medd meledak. Adad tutup telinga. Hati bengkek gila.

Comments

Popular Posts