Peminjam

Heya.

It seems, I have to write down what I think something good for my self-reflection.

Through my hard times a few weeks ago,

I do think its really good for just let thing go. Let it go and tawakal a'la Allah.

That's it.

Untuk ini, sejenak aku berfikir..

Alangkah baiknya sekiranya hati kita sentiasa diperbaiki dari masa ke masa.

Alangkah indahnya sekiranya hati kita terus menerus meredhai apa yang telah berlaku.

Alangkah cantiknya sekiranya hati kita istiqamah dalam menuntut keredhaan Tuhan.

Untuk setiap kejadian yang terlatar dalam kehidupan ini.

Untuk setiap langkah kaki yang meniti dalam perjalanan hidup ini.

Untuk setiap waktu yang dilalui oleh setiap insan yang bekerja menghidupkan kehidupan ini.

Alangkah seronoknya, sekiranya sedemikian!

Namun, tidak pada diri ini.

Belum mampu untuk melakukan segala itu. Hati kotor tak boleh cerita. Aku masih belum mampu.

Aku, perlu bermula dari awal perjalanan semula. Ibarat seorang bayi yang bertatih untuk berjalan.

Namun, ku sedari.

Tidak selamanya aku mahu dan hanya terperuk dan terpenjara dalam kebodohan diri sendiri.

Aku tahu, aku harus memulai langkahan.

Maka, aku cuba melangkah. Dan terus melangkah.

Untuk mendapatkan hati itu.

Untuk menghidupkan jiwa itu.

Untuk memenangi kalbu yang bersih dan memerangi jiwa yang kotor itu.

Bukan demi hati itu.

Tetapi kerana Pemilik Hati itu.

Sungguh, aku hanya peminjam hati itu.

Maka, ingin ku berpegang kepada amanah-Nya.

-290819

Comments

Popular Posts