REVIU BUKU : LAUTAN LANGIT




Ada beberapa orang yang meminta saya untuk me review buku-buku yang telah saya baca. Dan akhirnya, baru sekarang saya terpanggil untuk menulis review.

Buku ini merupakan buku pertama yang saya baca untuk penulisan Indonesia. Dan, penulis Indonesia pertama yang menjadi favourite saya. Call sign beliau adalah Masgun. Buku ini merupakan buku yang kedua setelah Hujan Matahari. Saya beli ketika tahun 2018 bersama Hujan Matahari dan memilih untuk membaca karya beliau yang kedua terlebih dahulu kerana lebih penasaran mungkin :)

Saya bagai digam untuk mengenalinya setelah ada sahabat yang bercerita mengenainya. Dia tahu saya mencintai buku, jadinya kami selalu berbual mengenai mana-mana buku yang pernah/sedang/telah dibaca.

Buku ini terbahagi kepada empat bahagian : sepertiga malam, pagi, siang dan sore. Untuk sepertiga malam, ianya kata-kata aluan yang sarat dengan makna yang mendalam.

"Luasnya hati tidak pernah bisa kita saksikan wujudnya. Setiap orang yang kita temui tengah bergelut dengan dunianya sendiri. Dunia yang tentu saja sebagaimana dunia yang kita pijak hari ini, memiliki lautan dan langit. Tempat yang luas untuk menampung segala keresahan dan ruang yang luas untuk dimaknai. Tempat itu adalah hati". 

Secara overall, orang yang meminati sastera dan kesenian dalam penulisan, akan jatuh cinta dengan karya Masgun. Walaupun ianya sastera dan agak berat, namun apabila dihayati, kita akan dapat merasakan feel yang mindblown kerana baris kata-kata puitis ini seolah-olah sedang mengetahui isi hati kita. Dan obviously, buku ni sepusing mengenai hati.

Penulisan Masgun untuk kesemua buku beliau meletakkan gaya bahasa santai dan lembut namun tajam maksud yang tersirat. Tetapi, tidak bermaksud kita akan terasa macam ditembak ke hati. Cumanya, kata-kata aksaranya akan telus meresapi kalbu kerana beliau ternyata menulisnya dari hati.

Buku ini juga hasil daripada penelitian Masgun mengenai hal-hal sederhana yang terkadang malah jarang manusia memikirkannya kerana ia bukanlah perkara yang begitu penting. Tetapi, bagi beliau, segala apa yang beliau rasakan, ditulisnya menjadi sebuah kata yang indah dan mendalam. Ternyata, hal-hal kecil yang kita sering abaikan itulah hal yang begitu penting untuk kita memaknai kehidupan kita.

Selain itu, buku ini secara total nya merupakan book of life. Di dalamnya, sarat dengan pelbagai ungkapan bermadah santai dan sederhana tetapi, deep pengertiannya. Pendek kata, sebuah karya yang epik kerana bercampur-baur antara sastera, dakwah dan nasihat.

Setiap kali saya down dengan life saya, saya pasti akan membelek semula isi buku ini. Kerana bagi saya, selalunya apabila saya menginginkan sesuatu penjelasan kenapa saya fed up dengan life saya, kenapa hidup terasa seperti susah, buku ini pasti ada jawapannya. Dan ia seolah-olah sahabat di kala saya bersenandung kesedihan. Tidak buku ini, saya akan belek yang lain kerana rencah penulisan Masgun semuanya tentang kehidupan, tentang menatapi sesebuah liku-liku kehidupan.

Saya merekomendasikan buku ini buat mereka yang sering tertanya dengan kehidupan mereka, mereka yang sukakan penulisan yang puitis dan romantis, sederhana, santai tetapi berantai, simple words but heavy content, boleh dapatkan buku ini. Pasti akan jatuh cinta berkali-kali dengan buku ini kerana kamu akan menemui sesuatu yang tidak disangka-sangka di dalamnya.

"Esok atau lusa, kamu akan tahu bahawa untuk menerima itu membutuhkan hati yang lebih lapang dan fikiran yang lebih jernih. Bahawa manusia tidak pernah ada yang sempurna. Bahawa manusia tidak ada yang bersih dari dosa tapi kita diajarkan untuk mengenali mana orang-orang yang sedamg bergerak menuju-Nya dan mana yang menjauhi-Nya. Kerana Dia akan mempertemukan orang-orang yang sedang dalam tujuan yang sama".

"Kata seseorang, laki-laki yang baik itu akan membuat cemburu perempuan lain terhadap istrinya. Bukan yang membuat cemburu istrinya pada perempuan lain. Begitu juga sebaliknya bagi perempuan."

"Hidupmu diciptakan sedemikian rupa untuk mengujimu dan tidak pernah ada ujian hidup yang melebihi kemampuan seseorang. Itu keniscayaan. Pikiran kita sendirilsh yang membatasi semua itu. Pikiran kita menggerakkan seluruh langkah kita menjadi keliru. Pikiran kita mendorong kita untuk melakukan hal-hal yang semakin jauh dari titik terang."

Comments

  1. Alhamdulillah, macam nak belek2 jga🤔.. Bleh review buku lain yg suda dibaca😀

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts