REVIU BUKU: TUNAS



Siapa yang tak kenal Hlovate? Rasanya budak-budak early nineties tau siapa beliau ni. Zaman-zaman masa Alaf21 mencanak naik, dan macam terasa bosan dengan karya penerbitan tu, beralih kepada Jemari Seni pulak. Yang pasti, Hlovate ranking first dalam carta hot author bagi penerbitan JS. Yang lain-lain macam Noor Suraya, Pingu Toha, Imaen. Tapi untuk JS, aku addict kat Hlovate sorang aje. Hiks.

Novel Tunas cetakan bermula 2008. Jangan cakaplah berapa kali printed dah. Boleh kalah author lain sebab karya Hlovate ni masterpiece tau. Bukan calang-calang orang macam beliau ni. Kalau kau rasa Teme Abdullah, Mato, Alifnunwau nymous tu orang yang misteri, Hlovate lagi la berganda misterinya. Kau takkan dapat trace siapa dia sebenarnya. Haha. Aku penat cari dan geledah semua tempat sebab nak tau beliau ni sape sebenarnya. Ada tanya jugak, ustazah aku yang adore kat beliau, beliau pun tatau. Haha. Hlovate sangatlah misteri dan low profile. Nak contact, kat Facebook je. Kalau nak helo-helo pergilah. Aku belum try lagi. Hehe.

Okay. Back to the topic.

Novel Tunas ni pasal budak-budak nakal yang panjang akal. Bermula dengan budak girl yang bernama Addin Shah. Budak yang datang-datang kolej bawak mini compo. Gila tak gila? Jatuh rahang budak satu bilik dia. Addin ni nampak senyap tapi amek kau. Dia bagi ajar sikit budak Eve yang buat kecoh menghina makanan masa diorang makan kat dewan buat kali pertama. Addin selamba badak pergi kat dia, warning dengan cara 'baik'. Bermula dari situlah perang antara diorang bermula. Masing-masing pedajalkan satu sama lain. Addin ada tiga orang sahabat. Jen, Pa'e dan Fisha a.k.a budak bilik dia.

Budak berempat ni kalau dah berjumpa memang haru-biru. Ada aje hal diorang buat. Ketua dia sape lagi, Addin la. Banyak kes yang diorang dah buat sepanjang menjadi budak form four. Aku tanak jadi spoiler. Haha.

Addin budak penjenayah rasa bebas buat jenayah gila-gila dia bersama sahabatnya. But, masuk four five, masak dia bila terpilih jadi head girl. Tambah masalah, bila kena suruh guide budak taiko bernama Benz Alif Sulaiman, budak baru form five yang Addin tengok serupa kutu rayau dengan gelang azimat, gelang besi, pakai necklace besi, rambut depan kalah langsir tingkap, rambut belakang panjang bawah leher, telinga bersubang bentuk cincin, jari pulak tersarung cincin tengkorak. Baju tak payah cakap, memang tak tuck in. Memang takde muka student langsung. Addin rasa allergik tengok mamat tu. Bermula perang apabila Addin sebagai head girl menegur cincin yang Benz pakai. Benz boleh buat selamba teruk depan head girl dia. Memang berasap kepala start dari situ. Bermulalah sejarah diorang yang membawa hingga ke zaman dewasa.

Cerita ni obviously kisah zaman budak high schooler. Siapa yang nak mengenang zaman study dan bernakal, zaman dimana berchenta dengan subjek-subjek yang allergic, buat kes terkantoi, kena buli dengan kawan, buat hal macam tak de apa, zaman gaduh-gaduh antara girl dan boy, i am honourly recommended this novel for you. Surely, korang akan suka sebab really colourful cerita ni. Terasa macam nak jadi budak-budak sekolah semula bila baca Tunas ni. Tak menyesal, aku gerenti cakap. Banyak kesengalan dalam cerita ni yang buat korang tak kering gusi.

Banyak sangat kenangan Addin Shah bersama teman-teman dia. Lagi syok, bila dia buat MOu dengan Mags7. Memang jadi geng sejati la. Satu kepala. Masing-masing budak penjenayah. Haha.

Maaf sebab kali ni sempoi aje cara aku review. Untuk karya Hlovate ni, aku tak boleh nak pakai ayat berbunga sebab beliau pun jenis yang sempoi.

Dan, paling aku suka dengan Hlovate adalah kerana karya beliau bersifat "membumi". Takde nak berdrama sangat. Drama yang boleh kau cope dan terima akal. Bukan macam novel cinta kat luar tu. Penulisan Hlovate menitik beratkan dan overall pasal kehidupan. Itu yang aku suka. Takde macam feeling dalam scene berlakon drama tu. Start kau baca aje page one, kau akan masuk dalam satu ruang kehidupan dalam cerita tu. Surely, dah masuk tu, kau akan berasa selesa dan benda pertama yang kau akan terlintas dalam fikiran adalah " eh, macam related aje". Terasa dekat di hati gitu. Touchable sungguh, tak tipu.

Bagi sesiapa yang belum kenal beliau, silalah baca karya-karya beliau. Lain daripada yang lain. Senang nak faham dan relatable. Dan banyak jugak la benda yang bikin pening sikit sebab nampak sangat Hlovate sangat banyak meneroka benda-benda yang jarang orang tuliskan. Tiada rasanya manusia yang boleh cope dengan cara penulisan beliau ni. Superb gila. Korang akan faham kenapa aku cakap cam ni bila dah baca karya beliau. Hehe.

To my everdearest you, 

Live life

Love life

Mistakes are inevitable

And it's THAT

That makes life invaluable

Its a gift from the Almighty, yes? 

Be thankful, always. 

May Allah bless

-Hlovate

Comments

  1. Zaman sekolah menengah🤔
    N bru taw, hlovate ni misteri penulisnya😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts