SJ beforestory— Understand's define
"Do you even understand yourself?", soalnya bernada sarkastik.
Dia jongket kening. Apa kehal minah ni punya soklan?
"Define your understand. Then, you will know the answer", jawab Salad. Malas nak layan. Tahpapetah.
"You'll never get enough with your definition", kedengaran semacam disindir. Salad sengih selamba.
"As if I care", jongket bahu.
Jacky mendengus laju. Kening berkerut-kerut melihat perangai Salad yang suka buat pelik.
"You will never deserves the right answer when it comes to understand just to solely hear into one's. If so, everyone even don't budge it. Understand is such biggie meaningful for someone who need to be understood. Another tight bond with careness word. Not just a word for one's ear, but a remedy for soul", Salad menyudahkan kata-kata sambil memandang ke hadapan.
Sebab itu, tatkala berhadapan dengan masalah, seboleh-bolehnya dia tidak akan melepaskannya melainkan dengan orang yang tertentu. Terkadang, ada orang yang cuma memahami dari kata-kata yang dilontar, namun bukan pada kalbu yang meronta-ronta untuk diselamatkan. Memahami kata-kata jauh berbeza dengan memahami dari hati. Hati akan detect dengan hati yang punya hubungan kuat dalam memahami. Kerana itu, pentingnya sifat pemahaman dalam sesebuah perhubungan. Sejauh mana kita memahami seseorang dari hati, sejauh itu menentukan perhubungan kita dalam sesuatu hubungan berjaya atau gagal.
Memahami, bukan sekadar untuk telinga. Namun, lebih kepada hati.
Jacky terus senyap tak berkutik di sebelah. Salad mengerling sekilas. Kelihatan Jacky bermain belek-belek dengan botol air Cactus yang tinggal separuh itu. Tangan Salad terus menyambarnya. Jacky tersentak. Menoleh cepat ke arah Salad yang sudah membuka cap botol dan tumtum air laju masuk celah kerongkong. Bulat mata Jacky.
Habis satu botol tanpa setitik air ditinggalkan. Muka Salad selamba macam tak de hape. Dia di sebelah dah kena salai. Panas pipi! Bibir diketap erat. Tetiba malu menyapa hati. Isn't that another stage of what we called? Undirectly-kiss! Sayur ni pun laa..kalau betul-betul sayur tadi, dah lama aku bubuh jadi cover dalam roti sandwich. Isk!
"But, luckily you chose me over somebody", gumam Salad perlahan. Tersenyum. Ikhlas. Matanya memandang wajah Jacky yang kemerahan.
Jacky terpaku melihat senyuman itu. Isk! Gula berapa kati dia letak dalam senyuman tu? Buat silau hati aku aje!
"I mean, you'd already break up with your buaya-darat-boyfriend hari tu", dia menambah dengan sengihan nakal. Berdesup kena tembak serasa hatinya. Jacky ketap bibir kuat. Tu pulak yang diingat! Tambah merah pipi!
"Nah, he don't deserves me though", ucap Jacky buat muka toya. Padahal hati dah hampir kejung.
"Are you saying that I deserves you anyway?", sengihan nakal makin menjadi-jadi. Kening dah diangkat serupa player yang nak try awek baru.
Betul rasa nak masuk dalam sweater sendiri! Malu berhasta-hasta dengan Salad!
Jacky terus berdiri. "Let's go. Lapar pulak!", ajaknya tetiba. Salad tersengih. Dia turut berdiri. Melihat Jacky yang mula nak melangkah, terus dipaut lengan yang bersweater itu.
"Bukan arah tu la, girl", celahnya lalu menarik lengan itu. Jacky terpaksa pasrah. Kenapa hari ni rasa tak boleh nak selamba badak macam Salad? Boleh jadi badak berendam adalah!
Dia memandang tangan Salad yang melekat di sweater. Dah sebijik macam kiddo yang tak reti nak berjalan arah mana. Dia merenung belakang badan yang tersarung baju microfiber sleeveless itu. Perlahan-lahan, tangan kirinya memegang dada. Jantung beralun tak sekata. Tolonglah, wahai hati. Jangan nak berdrama feeling-feeling entah kejadahnya kat sini. Bibir mengeluh perlahan. Memang ni ke rasanya kalau tak pernah bercinta tetiba kena hadap terus? Patutnya masuk kelas hari tu. Nak jugak belajar cara handle hati yang tak boleh nak duduk diam bila one's soul usik one's heart cam ni. Serius, kalau hari-harilah menghadap perangai selamba Salad ni, boleh admit hospital terus aku. Sangat unexpected behaviour from this Salad boy!

Ouhoh, what an idea the writer use, and the terms use in this entry is really another side of the writer🤭
ReplyDelete