Santapan rohani
Okeh semalam best punya santapan rohani dari deddy yang terchenta. Mungkin aku boleh kata ianya adalah Tazkirah.
Banyak topik yang best. Semua pun best tapi aku sukar nak hurai satu satu sebab banyak sangat and lagi satu, kisah yang main masuk masuk terus kepada penceritaan yang segalanya memang ada pengajaran di situ. So, i give the points aje la.
• Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa, ibrah di sebaliknya.
• Nabi Yusuf yang mempunyai sifat sabar yang tersangat tinggi sehinggakan nabi Muhammmad Saw pun kagum.
• Ahli politik yang bermain dengan rasuah dan wanita, walaupun dahi mereka hitam, orang yang beragama.
• Jangan pernah mempersoalkan kenapa kehidupan kita begini begitu.
• Orang yang buat hidup kita sengsara, tetapi hidupnya tetap senang.
• Kesabaran buat manusia yang ditimpa ujian ujian berat.
• Adakah percaya metafizik itu tahyul semata-mata?
• Setiap kejadian itu ada rahsianya yang tersendiri.
So, sampai situ untuk santapan rohani dan discussion kami bertiga. Jam dah menunjukkan 12 lebih masa tu. Kak Long meneruskan bicara. Masih banyak yang ingin diluah dan dilontarkan. Dan aku, hanya melayan. Kerana mata masih segar untuk saling berkongsi cerita dan pendapat.
So, topik yang best. Ibu sebagai tonggak dalam sesebuah institusi rumah tangga. (kemain title dia 😂😂😂)
Rumah dibina dengan keperluan hidup tetapi rumah tangga dibina berdasarkan tujuan hidup.- Ust.Pahrol Juoi
Di sini, ingin aku menyatakan bahawa seorang lelaki tuntasnya bukan perlu mencari seorang perempuan untuk hidupnya tetapi carilah ibu kepada anak anak kerana ibu yang terbaik mempunyai kuasa yang begitu hebat dalam melahirkan zuriat yang terbaik. Dengan izin Allah juanya. Namun, aku terapkan di sini, mencari wanita yang baik baik itu adalah wajib bagi seorang lelaki. Namun, tidak dinafikan bahawa ada juga wanita yang baik tetapi mendapat lelaki yang tidak baik seperti Asiah dengan Firaun.
Aku nukilkan kisah yang menarik buat teladan kita semua.
Di zaman khalifa Umar Abdul Aziz(maafkan aku kalau tersilap) seorang bapa telah mengadu kepada khalifah Umar mengenai sikap anaknya. Lalu, khalifah Umar pun bertanya kepada anak tersebut. Lalu, anak tersebut mengadu juga kepada Khalifah Umar.
"Wahai khalifah, sesungguhnya ayahku memberikan nama yang buruk kepadaku, tempat tinggal yang buruk dan ibu yang jahat!"
Di sini, penting sangat sangat bagi lelaki mencari pasangan yang baik baik. Kerana ibu yang baik itu mampu melahirkan anak yang baik juga. Dan seharusnya, elemen "mencari perempuan yang baik dan cerdik". Cerdik dalam mendidik anak. Bukan setakat pandai tapi faham. Memahamkan anak kepada agama. Mengenalkan anak kepada Tuhannya. Sebagaimana kata yang mahsyur, awaluddin makrifatullah-awal agama mengenal Allah.
Kakak cerita, ada seorang lelaki yang biasa biasa menghantar anaknya untuk belajar ugama dan akhirnya anak itu sungguh hebat dan boleh menjawab segala soalan yang tidak terjangkau dek akal. Orang pun bertanyakan apa rahsia anak menjadi seperti itu? Si ayah menjawab, saya hanya orang yang biasa biasa tapi isteri saya.
Ibu yang hebat mampu melahirkan anak yang hebat. Kisah² tokoh tokah ulama, para wali, orang orang soleh juga menjadi hebat kerana ada wanita yang hebat di belakang mereka seperti Syeikh Qadir Al-Jailani, Imam Syafi'e, Sultan Muhammad Al-Fateh, Ahmad Ammar, dan para nabi seperti Nabi Muhammad saw, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa.
Jangan pandang remeh hal ini kerana ia bakal menentukan masa hadapan ummat. Siapa yang mencorakkan anaknya dengan didikan yang baik hasil dari perempuan yang baik, maka hebatlah generasi anak anak. Namun, sebaliknya sekiranya tersalah memilih perempuan.
Last but not least, perempuan yang baik dan cerdik, itulah elemen terpenting yang perlu dicari oleh lelaki lelaki soleh yang menginginkan kesejahteraan rumah tangga sehingga ke jannah. Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yang baik dan hebat serta mampu melahirkan generasi yang baik dan hebat juga. Ameeen!
#selfremind
#1425 pm/221119

Comments
Post a Comment