Space -prolog-

Tangan kanan menyeluk poket sweatshirt tanpa lengan. Tangan kiri mengeluarkan batang rokok dari celah bibir. Nafas dihembus kasar melalui hidung. Berkepul asap rokok memenuhi ruang di sekelilingnya. Seketika, puntung disedut rakus lagi. Hembusan yang panjang melalui bibirnya yang sedikit gelap itu. Gelap kerana genetik bukan kerana kerap menghisap rokok.

Puntung yang tinggal seinci setengah dihumban di celah sneaker. Dilenyek kasar. Dia menghela nafas pendek lalu menyandarkan tubuh di bangku batu berwarna kelabu itu. Berpeluk tubuh sambil memejamkan mata.

Stres.

I need a space.

Space.

Space.

Freedom.

Dia membuka matanya semula.

Freedom?

Bibirnya tersenyum sinis. Lagi apa tadi? Space?

Dia tetiba ketawa sendiri. Lebih kepada mengejek diri sendiri.

What space, Howl?

What are you babbling about?

Dia gelak lagi.

Matanya ditutup semula. Ingin menjemput ketenangan hati dalam ketegangan minda.

Space.

I really need that.

Seketika, mata terbuka lagi. Dia mendengus lemah.

Hufff.

Comments

Popular Posts