suara vs teguran

Ada situasi yang begitu menarik perhatian aku. Mungkin orang sangka biasa, tapi aku fikir ia luar biasa.

Situasi tersebut ialah, bilamana adik aku set alarm untuk bangun pagi dengan berbagai jenis lagu sebagai ringtone dan volumenya adalah full. Manakala, aku set alarm dengan ringtone yang common, bunyi laut, bisikan pantai yang memang ada dalam pilihan ringtone alarm.

Dan, apa yang terjadi adalah, adik aku haram jadah nak bangun bila alarm dia berbunyi padahal alarm dia tu satu rumah boleh dengar. Sampai aku dah bangun dalam keadaan marah dan mencarut kat dia yang masih tido mati. Dah tutup, muncul pulak ringtone lagu lain selang beberapa minit kemudian. Weh, siapa tak bengang doh? Guna alarm lagu heavy metal bagai? Aku pun bangun dalam keadaan marah dan kejut dia sekali. Tapi dia tak bangun. Siap mengelat lagi.

Then, tiba masanya alarm bunyi pantai menderu lembut dan perlahan. Dia tetiba bangun. Membebel sebab tengok aku yang tuan punya badan alarm fon tak bangun. Dia kejut aku sambil membebel. Aku terjaga. Obviously, aku akan terjaga sebab bunyi suara orang. Jarang bangun sebab alarm ni. Kalau set alarm, terkadang bangun terkadang terlajak jugak.

Di sini, aku nak cerita satu analogi based on my perception.

Melihat situasi di atas, aku boleh simpulkan bahawa manusia itu terkadang tak perlu pun orang menjerit jerit pada dia. Lebih lagi kalau dia buat salah. Menegur tidak perlu sampai marah marah, membebel sampai ke langit. Kerana, sejatinya teguran secara lembut itu yang menang kerana mampu menyentuh hati hati yang ditegur. Siapa suka kena marah? Tiada seorang pun yang suka walaupun mereka berbuat salah. Berbuat salah itu biasa. Maka, nak tegur, tegurlah secara biasa jangan berbisa.

Sejatinya manusia itu rencam. Maka, teguran pun kena bermacam. Macam ustaz Adnin cakap, ada yang kena tegur kasar, baru nak sentap. Ada pulak yang kena tegur lembut, dah sentak. Lain orang lain teguran. Gunakanlah pendekatan secara mendalam dan lahiriah terhadap orang lain. Kerana, setiap manusia itu istimewa dengan cara mereka sendiri. Kenalilah seseorang terlebih dahulu sebelum nak bercakap kasar terhadapnya. Kerana tak semua yang menegur itu adalah orang yang inginkan perubahan baik berlaku kepada orang yang ditegur, sebaliknya tersimpan rasa angkuh dan ego di dalam hatinya. Justeru, Berhati-hatilah dalam berkata-kata.

Memetik kata kata Ustaz Pahrol Juoi, "Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan".

Sepertimana kisah aku dan adik aku tadi. Maka,jom jadi orang yang bijaksana!

#selfremind
#1803pm-311019
#endofOctober

Comments

Popular Posts