Syukur vs Sabar


"Kau tau, semua orang boleh bersabar tetapi tak semua boleh bersyukur", suara Salad memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Mereka melepak di tepi air terjun pada malam itu. Sekali sekala, tubuh akan terkena tempias air yang tidak diketahui punca sebenarnya itu.

Padi menoleh ke sebelah. Dia jongket kening. Salad tersenyum.

"Senang cerita. Bayangkan kau hafal sehelai page hafazan baru. Kau boleh bersabar ketika berusaha pulun nak mengingatnya tetapi bila kau dapat dua page tu, ada tak kau ucap alhamdulillah? Paling comand lega kerana Allah permudahkan. Pernah tak kau terfikir mende tu?"

Padi tersentak.

"Ustaz Rasyid ada share dalam ceramah bulanan semalam. Beliau tegaskan, apabila kita dah memorize satu ayat al-quran, then we should be thankful to Allah, be grateful eventhough it's only one ayah. "

Padi memberi ruang untuk Salad berkata-kata. Jarang dapat mendengar Salad membebel macam sekarang ni.

"Surah Ibrahim. Allah dah prepare siap-siap ganjaran bagi orang yang bersyukur, Allah reward lagi banyak-banyak. Tapi kalau tak bersyukur ni, hmmm... Azab Tuhan itu sangatlah pedih", suaranya mendatar. Sedih. Dia menunduk memandang kaki sendiri.

Padi tersenyum. Dia memeluk bahu Salad. Salad menoleh ke arahnya.

"Orang mukmin itu ajaib kau tau? Bila susah, bersabar. Bila mereka senang, mereka bersyukur. Tapi betul cakap kau. Memang tak semua yang boleh sangat bersabar tu akan bersyukur jugak. Rate antara keduanya tidak sama. Berbeza. Kan Tuhan berfirman "sesungguhnya manusia itu sedikit sekali bersyukur"? Memang, antara semua, bersyukur nampak lagi senang tapi payah nak buat. Sabar tu dengar macam payah tapi senang lagi nak buat dari bersyukur.. ", Padi menambah. Salad mengangguk kecil.

"Tingkatan yang tidak sama. Walhal, mereka tu sememangnya kembar yang tidak terpisah dari sifat orang mukmin."

Padi menggumam. Dia memandang Salad. Tangan di bahunya dijatuhkan.
Kelihatan Salad seperti berada dalam dunianya sendiri. Seperti ada sesuatu yang berat sedang difikirkannya.

"Kau OK Lad?", sapa Padi.

Salad yang termenungkan air terjun di hadapan mata menoleh ke sebelah. Wajah Padi ditatap. Seketika, dia mengeluh berat.

"Share la dengan aku. Free your mind tu. Macam berat sangat aje", pujuk Padi.

Salad diam.

"Masih isu yang sama?", soal Padi menebak.

Salad lambat-lambat mengangguk.

Padi menghela nafas pendek.

"Mind to spill?", pujuknya lagi. Salad memandangnya semula. Padi mengukir senyuman. Kemudian mengangguk.

"Kau tau, aku paling takut kalau akulah antara orang yang tak bersyukur tu. Aku takut disebabkan rasa tak bersyukur aku ni, Allah tarik balik nikmat-nikmat yang telah Allah berikan pada aku. Aku bukan tak de adopted family pun. Aku tak sunyi. Aku ada kau, aku ada Anje, aku ada Ustaz Mustaqim, aku ada Waled, aku ada everyone. Tapi, aku takut disebabkan aku tak bersyukur Allah kurniakan aku semua orang ni, Allah tarik perlahan-perlahan nikmat tu.  I'm feel scared,Di", suara Salad kedengaran menggeletar.

Padi tersenyum. Dia menepuk belakang Salad. Salad kembali menatapnya.

"Tapi kau sudah cukup bersabar selama ini Lad. Jangan cakap kau tak bersyukur. Betulkan mindset kau Lad. Allah bantu kau dengan menghadirkan semua orang yang kau sebut tadi tu, sebab Dia lebih tahu. Allah bagi kau merasai kasih sayang semua orang sebab Dia tahu kau kesedihan kerana kasih sayang daripada manusia yang sepatutnya kau tidak dapat.

Janganlah terus hukum diri sendiri. Kau dah cukup bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kat kau", kata-kata Padi lembut cukup menusuk kalbu.

Salad tunduk menekur kaki di papan tangga. Kocek sweatshirt dirapatkan ke pinggang. Dia menghela nafas panjang.

"Kau kena faham konsep tak bersyukur tu macam mana. Orang yang tak bersyukur ni orang yang tak puas hati dengan apa yang telah diberikan kepada dia. Rasa nak lebih dan lebih lagi. Kalau dah ada rumah yang besar harga satu juta, nak lagi yang lebih mahal. Nak lagi besarkan rumah. Nak lagi megahkan rumah dia.

Kalau ada isteri yang cantik, pandai masak, pandai bercanda. Nak lagi cari yang lain. Yang lebih cantik, lebih muda dari bini first, lebih pandai lagi.

Orang tak bersyukur ni, orang yang takkan pernah puas dengan apa yang ada. Itu orang tak bersyukur yang sebenar, Lad. Bukan kau. Aku kenal kau macam mana. So stop cakap useless macam ni", tegas bicara Padi mengetuk fikiran Salad. Dia memandang Salad. Bahu Salad dipegang kejap. Salad mengangkat wajah.

"Allah tau siapa hamba-hamba-Nya yang sedang struggle untuk sentiasa kekal bersyukur dan bersabar, Salad. Allah tau apa yang kau tak tau", pesan Padi.

Bibir Salad menggeletar. Mata masuk habuk. Perlahan-lahan air matanya merembes keluar. Dia berpaling dari wajah Padi. Mata ditenyeh-tenyeh kasar. Hati rasa berbuku.

Padi senyum.

"Allah takkan sia-siakan struggle dan titipan doa-doa kau Salad", Padi tiupkan semangat dalam diri sahabat dunia akhiratnya.

Salad tersedu perlahan.

Padi membiarkan namun tidak pergi dari situ. Dia tahu Salad memerlukannya tatkala itu.

Comments

Popular Posts