Tulisan ini,

Sebuah tulisan.

Sama ada ia hanyalah barisan susunan kata-kata yang cukup biasa dan sederhana,

Ia adalah sebuah rasa.

Yang terbit daripada dasar kalbu seseorang.

Pastinya, tulisan itu dinukil kerana ingin berbicara dengan diri sendiri. Sedikit hanya untuk dikongsi. Selebihnya tetap untuk tatapan cerminan refleksi diri sendiri.

Begitu cara dia. Atau mungkin penulisan seseorang juga, beranggapan yang sama.

Tulisan ini, untuk diri sendiri sebenarnya.

Tulisan ini, madah bicara yang tidak pernah habisnya.

Tulisan ini, menyampaikan sebuah rasa yang dirasai sebuah jiwa.

Tulisan ini, permainan kata teka teki kepada diri sendiri.

Tulisan ini, berbunyi rindu untuk berbicara kepada seseorang.

Tulisan ini, merangkap sahabat yang tidak jenuh mendengar.

Tulisan ini, punya pelbagai rasa ketakutan dan pengharapan kepada sesuatu.

Tulisan ini, ungkapan sebuah rahsia yang terucap dari benak hati yang teguh menyembunyikannya.

Tulisan ini, tetap menjadi sebuah rasa kepada sesuatu.

Tulisan ini, adalah jiwa.

Comments

Popular Posts