Rindu sekolah
Dia terdampar atas sejadah seusai solat asar. Enak sungguh rasanya terbongkang petang- petang sebegini. Seketika, dia mengenangkan Ustaz Zamani,jiran sebelah yang akan bertandang ke rumahnya selepas maghrib nanti. Ustaz yang diberi amanah untuk menyemak hafazannya selama bercuti sekolah sebulan ni. Kadang-kadang Abi akan menyemak sekaligus mengulang hafazan bersama dengannya kalau Abi terlebih rajin. Tetapi, jarang benda tu berlaku.
Oh, crap! Aku belum mengulang juzuk 10 lagi! Adoii...
Dia menukar posisi kepada meniarap. Wajah disembam dalam lipatan lengan berbalut jubah solat berwarna hitam itu.
Ustaz Zam merupakan seorang alumni daripada sebuah sekolah tahfiz yang terkenal di Pahang. Bersahabat baik dengan Abi yang hanya selesai menghabiskan setengah al-Quran sahaja. Entah sebab malas nak habiskan satu al-Quran atau tak mampu atau atas alasan lain. Tetapi yang pasti, Abi selamba badak kata malas nak sambung.
Dia terus mamai. Tanpa sedar, dia terbongkang selama dekat 2 jam atas sejadah baldu tebal yang Umi beli kat kedai India di Tanah Merah.
Dia spontan terjaga apabila mendengar suara keras seseorang menengking kuat. Reflex. Dia terus duduk dengan mamai. Bibir mendengus geram dengan mata masih tertutup. Ish! Apa lagi yang Abi tempikkan tu? Bebelnya sebal sambil menggaru lengan.
Perlahan-lahan tubuh ditolak ke atas. Dia bangun. Keluar dari bilik solat kecil dan menuju ke bilik bujangnya. Kolar jubah hitam ditarik keluar dari leher. Diganti dengan baju T kelabu yang terdampar atas katil single. Seketika, jasadnya hilang ke bilik air untuk mengambil air wudhuk.
Langsir diseret ke tepi. Angin petang yang sungguh mendamaikan. Hening di kala senja. Bibirnya mengoyak senyuman. Angin disedut dalam-dalam lalu dilepas perlahan. Fresh!
Al-Quran di atas meja bersebelahan dengan tingkap bilik dikerling. Kerusi ditarik. Dia melabuh duduk. kalamullah jenama Cordoba Karya Bestari pemberian sumbangan daripada pihak tertentu kepada maahad dibuka. Dia tersenyum panjang.
Bilalah bukak sekolah semula? Rindu pada sang asatiz dah mula menggebu. Rindu nak mengulang hafazan dengan Ustaz Akram. Rindu nak dengar tazkirah Ustaz Solah. Rindu nak tadah telinga dengan bebelan Ustaz Nawal. Rindu dengan semua.
#ramadhan
#day26

Comments
Post a Comment