Movie


 Berbaring di atas rumput yang setinggi tiga inci. Ibarat berbaring atas katil yang empuk walaupun hakikatnya keras seperti batu. Petang yang redup. Semua budak masih bermain games. Kecuali ahli soccer termasuk Eddi. Mereka naik awal kerana penat berlatih. Berlatih bagai nak gila pagi tadi. Jadi siangnya hanya seround dan tamat begitu sahaja. 

Curl dan Eddi santai menyilang tangan dan dibawa ke belakang menjadi bantal di kepala. mereka berdua menatap awan yang berwarna biru pastel. 

"Weh."

"Yo."

"I miss us, somehow."

 Curl menggumam perlahan. 

"Holiday nanti aku ingat nak jam lagu-lagu Neyo, Black Eyed Peas, Greenday, Backstreet Boy, Hoobstank. Tak pun, Fort Minor!"

"Baik kau round movie Malcolm X lagi better. Gain knowledge jugak." Perli Curl pada langit. Eddi pantas menyepak hujung selipar curl. 

"Kau dah kenapa? Studio tu untuk instrument aje bukan movie."

"Tak salahkan nak buat maraton movie pun? TV gedabak apa." Bidas Curl.

"Movie apa?" Eddi menyoal acuh tak acuh.

"Sultan Mehmet || , Turkish version with english subtitle was so lit dude! Jom seround!" Ajak curl bersungguh. Mata bersinar bak matahari berseri pagi. Eddi buat muka.

"Tak habis dengan history la! Hisyy...malas aku!" Tempelak Eddi geram.

"Kau ni tak feel langsunglah! Kau ingat generation dari kau, mak kau, moyang sampai ke atas tu semua bukan history la? Makan selipar Adimax aku ni baru tau!" Curl merengus kasar sambil mengubah posisi kepada duduk. Tangan cepat mencabut selipar sebelah kanan lalu diangkat ke udara. Sikit lagi nak layangkan dekat budak Eddi ni ha.

Eddi menjeling tak puas hati. "Itu generasi bukan sejarah, ngeng!"

"Spm history kau dapat apa?"

"A-."

"Tak layak dapat A pun. Sejarah kalau setakat hafal tapi tak faham, buat apa? Takde beza la kau dengan budak 5 tahun kalau gitu." Perli Curl selamba.

Eddi menjulingkan mata. 

Comments

Popular Posts