Permintaan
Bola dibaling deras ke arah budak yang pakai baju Mataf 9. Tepat mengenai belakang tubuhnya. Dia menarik sengih sebelah bibir. Yuhuu aimed!
Curl mengaduh sakit sambil melipat lengan menggosok belakang tubuh. Damn! Siapa yang suka-suki membaling tapi mata ke tanah ni?!
Laju kepalanya berpaling ke belakang.
Peck dengan muka selamba badak merenungnya dari jauh. Curl mengerutkan dahi. Aku ada kacau ke budak bermasalah ni?
Peck mendekati Curl dengan sengihan. Bahu Curl ditarik kasar lalu dipeluk.
Curl menyiku perut Peck. "Bakul jaring dah patah ke sampai badan aku pulak jadi mangsa kau?" Soalnya geram.
"Aku perlukan kau. Kau kena bantu aku. Eh, tak tak! Kiteorang." Pinta Peck.
Curl mengerutkan dahi. "Minta tolong? Laa, aku ingat nak cari gaduh tadi." Peck menyengih.
"Next week, ada persembahan qasidah dari sekolah (si salad). Kiteorang nak kau participate jadi budak yang buat opening ceremony. Boleh kan?" Bagitau Peck.
"Aku kena buat apa?"
"Baca mana mana surah secara bertarannum."
"Memang tak la!" Dia merengus marah. Bulat mata pandang wajah Peck yang desperado. Peduli apa aku dengan samseng hafiz Mataf ni?
"Boleh la. Kau aje harapan terakhir kiteorang. Kali ni je serius. Lepas ni, aku minta orang lain pulak." Kata Peck dengan takat suara seakan merayu. Hilang segala keselambaan bila bertemu dengan budak sorang ni. Nampak aje innocent, tapi keras kepala dia boleh tahan stoic! Aku pun tak sempat nak input!
Curl menyepetkan mata. Sikit punya ramai budak dalam Mataf ni, aku jugak yang diangkut! Kalau bacaan taraf Besir Duraku tak pe jugak. Ni baca macam nak semput!
"Bawak je Misyari macam yang kau biasa bawak time solat jemaah. No hal punya. Tu pun cukup bagus." Peck cuba menggula budak kepala stoic di hadapannya.
Curl mendengus. Aku lemah bab orang minta tolong ni. Minta tolong pun benda baik. Lagi rasa bersalah kalau tak bantu.
"Bantu orang letak limit abang. Kalau benda tu baik, teruskan. Sebab takut dihantui rasa bersalah bila sedar sedar orang tu pergi dulu sebelum kita dapat menjadi manfaat buat dia. Bukankah kita sebenarnya diuji dengan nakkan pahala free atau tak masa tu? Penuhi hajat orang lain tetapi pastikan berhati hati dalam setiap keadaan."
Kata-kata hikmat sang ummi bergema dalam kotak fikiran.
Curl pandang Peck. "Duet dengan qasidah budak kita ke?"
"Tak sure. Ada kemungkinan. Benda ni belum pernah lagi setakat ni. Get prepare je la." Bagitau Peck. "So, apa kata kau?" Matanya serius menatap muka snow milik Curl.
"Bring it on, bro."

Comments
Post a Comment