Spotcheck rambut
Mereka melepak bersama di hujung padang bola sepak selepas berlatih games masing-masing. Curl ralit menatap awan yang putih seperti kapas. Entah apa yang menarik. Eddi menogok kasar air Cactus masuk celah kerongkong. Botol kembali diputar tutup. Letak sebelah.
Eddi pusing kepala memerhatikan gelagat curl. Rambut ala-ala samurai versi kerinting si kawan jadi tumpuan.
"Weh, dengar cer ada spotcheck besar-besaran minggu ni". Bagitaunya.
Curl pandang Eddi dengan muka toya.
"Kenapa dengan spotcheck?" Muka blurr sebab tak berapa fokus. Sibuk fikir buku apalah yang ummi akan belikan bila dah habis Juzuk 14. Tak sabar pulak nak tau!
Eddi tepuk dahi. Betullah Curl ni kalau bab-bab spotcheck terus hilang ingatan. Tak pernah nak mengingat bila akan spotcheck. Kalau spotcheck besar-besaran pun, muka dia paling selamba badak antara semua budak. Tak taulah dia makan apa sampai jadi sempoi sebegini. Aku pulak yang gigil melebih tengok perangai dia ni!
"Esok spotcheck rambut, gila!" Bagitau Eddi geram sambil menarik sunbeard Curl. Curl mengaduh kecil lalu menampar tangan Eddi.
"Sakit ngek!", marah Curl. Eddi menyengih.
"Habislah kau. Kena botakkan macam orang naik haji", ejek Eddi. Dia tau sangat Curl sangat tidak suka perkataan botak tu.
Curl menampar kepala Eddi. "Kau diam. Petang ni jugak aku balik!", dia terus bangun. Eddi dah tergelak sakan sambil memegang perut. Sakit perut tengok gelagat Curl yang terlalu menyayangi rambut curlnya. Sebab itulah gelaran Curl dianugerahkan kepadanya dari geng TooWelf.
"By hook or by crook!", Ketegasan Curl berkata-kata membuatkan Eddi menjadi bertambah geli hati melihatnya.
Curl memandang ke arah Eddi yang terbahak² menggelakkannya. Dia menjeling geram. Rambutnya diramas² lembut. Ish, tak sanggup dowh botakkan rambut perang via curl ni. Aset aku kot. Warisan dari ummi tercinta.

Comments
Post a Comment