SJ - Afterstory
22 ramadhan 1442/ 4 Mei 2021-selasa
Hola gais! Harap enjoy baca story sempena ramadhan ni. Happy reading ;)
—
Wajah polos itu nampak termenung jauh. Tangan lebarnya berkali-kali jadi wiper kereta depan mata, namun krik-krik saja yang menyapa. Apa yang tak kena?
"Girl, are you okay?" Soalnya sambil mata mengikuti gerak-geri jemari sang isteri yang sedang melukis doodle kartun Spongebob SquarePants. Tapi sekejap tangan itu berjalan, sekejap lagi berhenti. Macam ada sesuatu yang tak kena.
Pensel 2B berhenti menconteng. Bebola mata Jacky naik memandang ke arah Salad yang yang dekat dengan wajahnya. Dia tersentak.
"Hey, jauh sikit!" Tangannya spontan menolak jauh wajah sang suami. "Buat terkujat ajelah."gumam Jacky rendah. Pipi merona tak pasal-pasal. Sikit nak terkiss tadi.
"Orang tanya ni. Okay tak?" Salad mengulang semula soalannya. Bukan nak buat apapun. Budak ni laa..
Jacky pandang Salad semula. "Huh?"
"Tengok tu. Orang tanya, huh-huh pulak." Omel Salad.
Jacky terdiam. Salad mengetuk-ngetuk perlahan pelipis kanannya. "What's on your mind tu? Can you tell me?"
Jacky terpana. Ish. Nampak pulak. "It's too obvious la girl." Terasa kena perli di situ.
"Umm..."
"Ummmm..?" Sengaja dia menambah harakat 'um' si isteri. Hujung bibir terjongket.
"I just.."
"Wanna me to buy something?"
Tepat anak mata Jacky memandang Salad.
"Oho— It's bingo, I guess?", sebab tekaan kena sasaran.
"No..ah..yess..emm..maybe?", bingung dengan jawapan sendiri, Jacky tarik sengih.
"What stuff?"
Jacky menggaru pelipisnya lembut. Sengihan palsu belum padam.
"Ah, forget it!" Jacky mematikan perbualan. Pensel 2B dipegang semula. Kaki kurus Spongebob dilukis memanjang.
"Sure tak nak cakap?", soal Salad lalu berdiri.
Jacky menggeleng pantas.
"Okay."
Salad terus masuk ke bilik. Keluar semula bilik dengan dompet dan kunci motor sekali.
Baru nak pulas tombol pintu, suara Jacky mematikan perbuatan Salad.
"Nak Starbucks."
Salad pandang wajah Jacky.
"And kek Secret Recipe.."
Jatuh rahang Salad. Tadi tak nak cakap.
"Any event that I missed today?", bukan main demand lagi budak ni.
Jacky tayang gigi bersama muka yang tak bersalah.
"Mengidam sempena 22 ramadhan."
Salad jeling atas. Okay, baiklah. Terbanglah seratus jap lagi. Haii, nasib bini.
Comments
Post a Comment