SJ- Beforestory


23 ramadhan 1442/ 050521- 3/7

Saja tulis sebab mengenangkan tak lama lagi dah nak habis ramadhan. T.T

Taman rekreasi begitu lengang. Mungkin kerana hujan lebat sebentar tadi. Boleh dibilang dengan jari manusia yang berada di sana. Adalah dalam lima orang sahaja yang turun beriadah setelah mendung berlalu dan menggantikan matahari semula. Suasana lembap itu diserikan dengan kilauan pelangi yang cantik melengkung di sebalik awan nipis. 

Hujung mata melirik ke arah sebelah. Lelaki itu tenang menghembus keluar asap rokok dari celah rongga hidung dan mulut. Tiada sebarang bicara yang berbunyi keluar dari peti suaranya. Jeda mengisi ruang mereka berdua.

Sesekali mata hazelnya mengilas ke arah bertentangan dengannya. Puntung yang hanya tinggal dua inci setengah ditarik keluar dari celah bibir lalu dihumban ke tanah. Kaki yang berlapikkan selipar Jepun melenyek kasar puntung sekaligus mematikan nyalaan api rokok.

"You seem so quiet today." Suara Jacky menyapa halwa telinga.

Salad menoleh. "'Ssup??", soalan sang gadis dibalas dengan gumaman saja. 

Jacky angkat kening sebelah. "Sakit ke?" 

Salad yang memandang ke hadapan spontan terteleng wajah ke arah Jacky semula. "Ada nampak macam sakit ke?", soalan berlantun soalan. 

Jacky menatap dalam anak mata hazel itu. "Deep down. Well..", dia mengangkat bahu. Dia boleh baca atmosfera itu.

Salad mendiamkan diri. Mereka berbalas tatapan. 

"I feel..."

Jacky menunggu.

"....empty...."

Dia menghela nafas berat. 

Jacky tayang wajah kelam. "What happened?" 

Salad tarik sengih palsu. "Old story."

"Everytime, old story can't never die when we don't move on from it." Tetiba Jacky bermadah petang sambil sandal menguis-guis rerumput di tanah.

Salad terpana. Tepat terkena batang hidung. 

"Okay. I'm all ears." 

Mulut Salad berdesir perlahan. "As if I told ya." Gumamnya. Dia mengerling ke arah Jacky.

Jacky tersentak. Cap Billabong ditarik rapat ke dahi menutupi sebahagian wajahnya. "Do as you pleased." Suaranya kedengaran berjauh hati. 

Salad terkesima. Mati kata apabila si gadis tidak lagi memanjangkan perbualan tadi. Jari jemarinya ralit menekan punat-punat telefon bimbit Nokia 3310. Khusyuknya beralih arah kepada Snake games di tangan.

Sudah. Merajuk ke? 

Comments

Popular Posts