Tawaran

Semalam aku hampir terlepas peluang untuk menyertai sebuah penerbitan. Mereka berperanan untuk mengasah bakat orang yang ingin menulis secara serius dan rajin. 

Nasib baik diberi peluang sehingga jam 5 petang. Masa tu, lagi 10 minit untuk aku berfikir sama ada nak menerima atau menolak.

Tanpa ragu, aku menerima terus tawaran yang lumayan itu.

Mereka mencari orang yang sudah ada karya tetapi tak tau nak hantar di mana. Pendaftaran pun sangat terhad sebab mereka cari yang benar-benar komited. Alhamdulillah, aku grab peluang itu.

Bila kufikirkan semula, tak salah untuk mencuba. Membuka payung terjun sekali lagi. 

Abang aku pernah berpesan,

'Fortune only knock once.' 

Aku dah lupa kenapa dia kata begitu tetapi memang ada sebabnya. Cuma, memoriku pasal perbualan tu dah lenyap ditelan tahun. Yang pasti, kata-kata tu sentiasa berdengung dalam benak fikiran. 

Peluang memang akan datang hanya sekali tak pernah berkali-kali untuk perkara yang sama. Kalau aku tolak semalam, kemungkinan besar aku takkan ada peluang untuk mengembangkan bakat di bawah bimbingan mereka. Mungkin peluang untuk menulis menjadi lebih susah. Kerana menolak perkara yang mudah. Tak gitu? 

Alhamdulillah. Syukur sangat aku menerima. Walaupun aku masih berasa ragu-ragu dan takut.

Draf novel aku memang banyak. Tetapi, aku hanya mampu peram dalam file je. Tak berani nak publish. 

Tapi kukira, inilah masanya untuk aku bukak file tu semula dan teruskan menulis sampailah tertulis perkataan 'tamat' di hujungnya. 

Takpe. We give it a try. By hook or by crook, tulis sampai jadi! 

Comments

Popular Posts