Sembang luah

 Pada pagi 1 rejab 1445H 2024M, aku bukak semula blog aku yang dah 1 tahun 9 bulan aku tak sentuh. Jenguk mungkin sekali dua dalam tempoh yang kusebutkan tadi.

So, nak cerita apa pagi buta ni? Aku tengah sahur. Pastu dapat idea nak sembang. Walaupun lebih kepada berbicara kepada diriku sendiri.

Punyalah laju masa berlalu sampai aku pun tak dan nak menyedari bahawa dah 7 buah antologi aku dah join— for the past 2020 till 2023. Aku senaraikan kat bawah.

Senarai antologi yang telah disertai;-

1) Anekdot kisah hidup (Sekolah Penulisan Ramadan 2020) terbit tahun 2022

2) Cerpen Igau Janji (Projek Menulis 2022) terbit tahun 2022

3) Anekdot 9 bulan 10 hari (SHE- Syahidah Hassan Ent. 2022) terbit tahun 2022 

4) Anekdot Memori Zaman Kecilku (Bulan Terbit 2022) terbit tahun 2023

5) Cerpen Kenangan (Bulan Terbit 2022) terbit tahun— ongoing

6) Cerpen Ujian (Bulan Terbit 2022) terbit tahun— ongoing

7) Anekdot Memori Zaman Sekolah (Bulan Terbit 2023) terbit tahun—ongoing

Kalau perasan, ada 3 buah yang belum terbit. Kenapa? Sebab terlalu banyak karya yang nak diterbitkan untuk dilancarkan di sebuah majlis buku nanti. Jadi, kira macam terdrag la. 

Tahun ni, 2024, aku rasa macam nak mulakan tahun dengan menyertai 1 lagi antologi yang bernama cinta. Aku harap susur galur cerita tak berselisih la dengan cerpen-cerpen sebelum ni. 

Tahun ni aku nak pasakkan mindset untuk siapkan sebuah manuskrip dan beri pada mana-mana rumah penerbitan. Doakan aku ya. Jadi, mengenangkan itu impian tinggi buat tahun ni, nak tak nak memang otak aku sentiasa busy la ni. Ke mana pun aku pergi. 

Sebenarnya, nak menulis ni perlukan jadual dan disiplin. Kata seorang penulis bestseller. Tapi aku nak tambah. Perlu konsistensi dan fokus yang tinggi jugak. Kadang aku jadi tak fokus sebab urus anak, urus rumah, balik kampung setiap bulan. Jadi, konsisten aku hanya tahan seminggu dua je boleh. Sebab tu, aku pulun nak mati sebelum balik kampung. Supaya otak tak bising menumpahkan ilham dan idea yang berkibar dalam tempurung fikiran. 

So, bulan 1 ni fokus menukang cerpen. Bulan 2 start untuk menukang draf novel. Kemas, buang, tambah, cantikkan plot dan karakter. At least, setengah tahun pulun, setengah tahun lagi, membaja. Tahun depan kut-kut menuai, kan? Siapa tahu. 

Semoga aku ada rezeki diterbitkan novel sendiri. Bila pun tahun tu, bila pun hari tu, pasti bakal tiba. Yang penting tak putus asa. 

If you tired, learn to rest. Not to quit.

Hopefully, kita semua berjaya dalam apa jua yang kita impikan selama ni. 

Amin ya rabbal alamin.

0526am|130124


Comments

Popular Posts