Midnight rant
Peace be upon you.
Di saat aku mahu melelapkan mata dan anak pun dah lena. Tetiba aku gerakkan badan dan anak aku pun celik semula. Adoi. Jadi mak mak ni hidup tak pernah tenang selagi anak masih bawah 3 tahun. Ada aje perangai dia orang.
Disebabkan aku rasa stres sampai hati pun dah meraung sedih, aku pun masuk bilik air. Amek wuduk.
Untuk pertama kalinya aku mengambil keputusan untuk tenangkan diri dengan membasahkan anggota wuduk. Terlingas di hatiku bahawa wuduk juga mampu bersihkan bukan saja yang zahir tapi yang batin juga. Aku harap dengan air wuduk, aku menyucikan sekali dosa dosa lama yang aku pernah lakukan.
Semoga dengan itu juga aku diberi ketenangan menghadapi makhluk kecik yang berbagai ragam kerenahnya.
Aku sebenarnya nak rant pasal penulisan. Tak kusangka sudah hampir 10 antologi yang aku ikuti.
Aku tetiba dapat idea untuk antologi cerpen ke-9. Jadinya aku terus daftar. Cerpen tu cerpen bulan Mac.
8) cerpen cinta- deadline awal Mac
9) cerpen ampuhnya doa- deadline akhir Mac
So, yeah. Aku dah ada draf dua dua cerpen ni. Satu dah edit, satu je belum.
Aku rasalah kan, aku akan menyertai setiap bulan kalau ada kekosongan antologi cerpen/anekdot dan kalau ada bajet. Tetiba datang semangat untuk menukang cerpen. Tetiba datang semangat nak menajamkan akal fikiran dalam menulis.
Cuma sayang, aku tak dapat menyertai bengkel penulisan cerpen sebab kekangan wang. Semoga ada rezeki di lain hari. Amin.
Untuk masa akan datang, rasanya perlu sisihkan sedikit wang untuk projek projek penulisan/ bengkel penulisan. Kena buat tabungan lepas ni.
Ok tu saja. Tata.
0101am|220224
Comments
Post a Comment