I love you
AILEEXMINN (Part |)
Mereka bersiap untuk tidur. Minn menarik gebar hingga ke tengkuk. Ailee di sebelah menepuk bantal sebelum melabuh kepala di situ. Bunyi cengkerik mulai kedengaran sayup-sayup sebagai latar muzik lullaby di kampung milik ibu bapa abah.
Minn menatap siling. Bilah kipas yang sederhana menyumbang bunyi keriuk-keriuk. Sedikit ngilu menerpa halwa telinga.
"You tak pernah cakap 'I love you' kat I."
Luahan Minn yang secara spontan itu membuatkan kepala Ailee laju menoleh lipat maut ke sebelah. Terentang kerutan di dahi.
Mata yang meminta untuk dipejam sejak tadi kembali segar. Terbang rasa mahu lenyap dari bumi nyata. Ayat Minn betul-betul mematikan angan Ailee untuk beradu.
Tak pernah cakap 'I love you'? Minn ni biar betul? Ingat Ailee ni teruk sangat ke sampai tak reti confess macam tu?
Ailee mencongak kembali dalam kepala. Serasa ada dua kali dia menyebut perkataan keramat itu. Ketika dia dan Minn bergaduh besar perihal Fud satu ketika dahulu. Eh, tambahan. Minn ada buat satu confession masa tu. Dan Ailee membalas tulus. Adalah dalam tiga kali semenjak mereka sudah berkahwin ini. Tapi, kenapa Minn kata dia tak pernah luah pulak?
"Minn. You nak cari gaduh ke ni?" Tajam pandangan Ailee.
Minn menjeling Ailee sekilas. "Dengan perkataan tu pun you kedekut kan?"
Ailee ketap gigi. Dia pejam mata sebelum membuka kembali. "Suka hati you la nak kata apa."
Ailee memusing tubuh membelakangi Minn. Gebar ditarik ke dada. Malas nak layan karenah Minn. Sejak siang, ada aje nak digaduhkan. Perihal alpukat sampai ke Isyak baru settle. Lepas tu, ini pulak yang terjadi.
Naik hairan Ailee dengan sikap Minn. Semakin hari, semakin pelik. Sejak mengandung, keluar perangai yang tidak pernah Minn tunjuk. Seolah-olah Minnnya yang dulu sudah diganti dengan orang lain. Cuma muka saja yang masih sama. Kelakuan tak payah cakap. Haram nak sama.
"Tak guna la you ni!"
Serentak dengan itu, belakang Ailee mencium telapak kaki Minn. Ailee yang tak nampak tingkah Minn terus tertelangkup menekur lantai kayu bilik. Ailee mengaduh kuat. Sedari dia ditendang sehingga jatuh dari katil, membuatkan hatinya mendidih.
Ailee mengetap gigi. Menggigil penumbuk di sisi. Tajam anak matanya menikam tepat ke arah Minn di atas katil. Muka merah isterinya ditatap garang.
"Hanya kerana I tak sebut 'I love you', you nak sambung buat perangai macam budak-budak tengah malam buta macam ni, Minn? Seriously? Huh!" Ailee mendengus kasar.
Minn ketap bibir. Turun naik nafas dengan sindiran Ailee. Mata terasa hangat.
"Ailee tak guna!" Tempik Minn geram.
Ailee tarik muka. Jelingan pedas dihadiahkan kepada Minn sebelum dia memusing tubuh. Badan dihempas atas lantai kayu yang sejuk tanpa sebarang lapik. Ailee pujuk mata supaya lena. Tidak berdaya nak melayan perangai Minn lagi. Penat! Sambung esok ajelah Minn.
10 minit berlalu.
Mata Ailee berkedip lemah. Tanda roh sudah mula mahu berkeliaran dalam alam mimpi. Nafasnya turun naik dengan detakan yang perlahan dan teratur.
Manakala, mata Minn sudah membulat luas. Pusing kiri, tak kena. Pusing kanan, semakin resah. Gebar terus ditolak. Tak boleh jadi ni!
Minn turun dari katil. Ketap bibir melihat keadaan Ailee yang mengerekot tidur tanpa alas. Dia menarik gebar lalu menyelimuti tubuh Ailee.
Minn merebahkan diri di sebelah Ailee. Bahu Ailee dicuit.
"Ailee."
Tiada sahutan.
"Ailee." Cuba lagi.
"Hmmm..." Gumam Ailee.
"Cakaplah 'I love you'." Pinta Minn. Bahu Ailee dicuit-cuit.
"Hmmmmmmm.." Ailee menepis. Menggumam dalam keadaan separa marah.
"Ailee. Please." Rayu Minn. Suara sudah sendu.
"Ish, tidurlah." Ailee tarik selimut lalu memeluknya ke dada.
Minn ketap bibir. Air mata mulai bergenang. Langsung tidak faham akan diri sendiri. Cengeng tak kena tempat.
"Ailee..." Seru Minn. Air liur berpasir. Kolam air mata menanti untuk pecah.
Spontan Ailee menepis tangan Minn yang berlabuh di lengannya. Dia bangun lalu berpusing ke belakang.
"Apahal? You ni tak habis—"
Membesar mata Ailee melihat air mata Minn yang jatuh ke pipi. Tergamam sehingga tak dapat menyudahkan semburan ayat yang laju berderu keluar dari celah bibir tadi.
Minn teresak kecil. Dia menutup muka dengan kedua tangan. Sekaligus menyapu air mata yang degil berjuraian ke pipi.
Ailee terkedu. Rambutnya digosok-gosok kasar. Dalam mamai, dia dapat tangkap esakan Minn yang semakin lama semakin kedengaran.
"Minn. Kenapa you nangis?" Rendah Ailee bertanya. Dia lemah bab memujuk Minn. Walaupun berjaya akhirnya, tetapi penuh dengan pertikaman lidah. Bukan senang mahu melunasi sebuah pergaduhan. Walaupun hal remeh seperti siang tadi.
"I tak boleh tidur selagi you tak cakap magic word tu." Terketar suara Minn.
Ailee mengeluh kecil. "I dah pernah cakap sebelum ni, kan?" Lembut dia memujuk. Walaupun hati sudah mendongkol geram sebab terpaksa delay tidur.
"You cakap sebab nak pujuk aje. Bukan sebab betul-betul maksudkan apa yang you cakap tu. Sebelum kahwin, bukan main sweet. Lepas kahwin, dah dapat I, you dah jadi lain. Cakap I love you pun susah." Susah payah Minn berkata. Sempat diperli sang pengarang jantung itu.
Ailee hela nafas panjang. "Dah nama magic word. Mana boleh guna selalu. Love doesn't need word Minn. Action speak louder than word. Tak cukup ke dengan perhatian yang I bagi? Tak cukup ke dengan apa yang I buat untuk you setakat ni? Tak cukup ke dengan simbol kasih sayang dalam perut you tu?sebesar mana la perkataan tu berbanding apa yang I buat untuk you?" Soal Ailee tegas. Hilang terus mamainya. Pandangannya ditatap tepat ke muka Minn yang masih bertutup dengan kedua tangan milik sang isteri.
Terdiam Minn dibuatnya. Ailee menarik kedua tangan Minn jatuh ke sisi. Pandangan mereka bertaut dalam kesamaran bilik. Lampu jalan membias masuk celah langsir. Membolehkan Ailee membaca riak wajah Minn.
"Tak boleh ke you sebut perkataan tu?" Serak Minn menyoal rendah. Dia bangun dari pembaringan. Duduk tidak menghadap Ailee.
"I tak suka sebut benda tu kalau tak terdesak."
Zapp.
Minn terpegun. Air mata menitik semula. Terhiris hatinya mendengar luahan jujur Ailee.
"Sampai hati you..." Terhenggut bahu Minn mengongoi sendu.
"You tak sayang I ke? Kalau betul sayang, kenapa kahwin dengan I? Kenapa nak sungguh-sungguh dengan I? Kenapa...dera perasaan I?" Tangis Minn.
Ailee diam. Kejadian sebegini sudah terbalik. Sebelum ini, dia berada di tempat Minn. Beria-ria meraih kasih sayang Minn yang berhati batu ni. Sekarang, lain pulak jadinya.
Ailee geleng kecil. Tangannya naik ke pipi Minn. Jemari telunjuknya menguis air mata yang bergayut di kelopak mata itu.
"Dah la Minn. This is sooo not you la. Buruk dah muka you nangis macam ni." Kata Ailee selamba.
Minn angkat muka. Pantas dada Ailee ditumbuk-tumbuk geram. Ailee mengaduh namun dibiarkan saja perbuatan Minn. Biarkan dia puas melepaskan geram. Walaupun bukan di tempat yang sepatutnya.
"I hate you, Ailee!"
Ailee tarik sengih.
"Annoying sangat perangai! Dia boleh jadikan rambut orang jadi pil tidur dia. Orang nak kena wish 'I love you' sebelum tidur pun susah! Dah pi blah la!"
Minn menyembur geram. Ikutkan hati, nak aje tumbuk muka tu biar bergegar sampai ke otak. Supaya faham bahawa perkataan keramat tu tak adalah susah sangat nak disebut!
Ailee tarik tangan Minn. Minn cuba menarik semula namun cengkaman Ailee tidak memungkinkan hal itu berlaku.
"I dah pernah sebut la sebelum ni. Janganlah fitnah I kata tak pernah sebut." Kata Ailee.
Minn mencebik. "Itu dulu. Entah-entah dah berbulan lamanya. Dah expired!" Sebelah tangan menyeka sisa air mata. Tak guna nak menangis kerana Ailee. Buat sakit hati aje. Sendu yang tidak berbaloi. Takde pulangan!
Ailee tarik sengih. "Tak perlu renew. Bukan dapat apa pun."
Minn mengetap gigi. "Fine. Orang tak romantik memang macam ni. Sebut 'I love you' macam nak kena sebut rahsia negara gamaknya." Minn menyentap pergelangan tangannya dari cengkaman Ailee.
Minn mahu bangun namun terus ditarik lengannya sehingga dia terduduk semula.
"Nak pergi mana?"
"Nak tidurlah!"
Sengih. "Kata tak boleh tidur tanpa magic word tu." Usik Ailee.
"Takpe. Tak luak dah." Minn membalas laju. Rasa sedih tadi sudah berganti sakit hati.
Sengihan Ailee tidak putus. Minn terus dipeluknya. Minn segera menolak tubuh Ailee. Orang dah tak sudi, baru nak terhegeh. Huh!
Ailee merebahkan tubuh bersama Minn dalam pelukan. Minn menjauhkan tubuhnya. Tawar hati.
"Sayang, magic word tu magik tau. Sebab tu, I tak guna selalu. I takut bila setiap hari ungkapkan perkataan tu, I dah tak rasa apa-apa dah. Sebab dah terlalu biasa. Sebab tulah, I tak sebut. I tak text. Nanti jadi tak special. Tapi, memandangkan you pun dah merajuk malam ini, okaylah. I will consider nak sebut benda tu. Tapi, tak selalu la ya? Kalau I ingat, I sebut. Kalau tak, my bad. I hope you understand this." Luah Ailee panjang lebar. Pipi Minn dielus lembut.
Minn terkesima. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Ailee. Nak ubah diri sendiri pun susah. Inikan lagi manusia lain. Yang memang karakternya sudah jauh berbeza dengan diri sendiri. Berlainan jantina, background dan kehidupan sebelum hidup berpasangan.
"I tak romantik. I tahu tu. Cukup romantik pada perbuatan. Perkataan kadang boleh menipu. Dan, I memilih untuk jujur bahawa I sayang you from the bottom of my beart melalui neraca perlakuan bukan perkataan."
Ailee redup menatap tepat anak mata Minn.
Minn gigit bibir. Luahan hati Ailee membuatnya semakin mencintai lelaki itu.
Minn balas pelukan Ailee. "Thank you sebab fahamkan I." Hangat terasa mata.
Ailee tarik senyum. Ubun-ubun Minn dikucup syahdu.
"Good night Minn I."
Comments
Post a Comment