Satu Tujuan

 Peace be upon you. Heya. I'm here again.

Let's have a peek talk about our destination. 

Niat yang tulus selalu menghantarkan seseorang ke arah tujuan yang sebenar.

Ain't it?

Niat yang tulus itu hanya kita dan Tuhan saja yang tahu. Kita mahukan apa dalam hidup kita. Apa yang sebenarnya kita inginkan dalam kehidupan yang singkat ini.

Bila niat itu tulus, akan selalu Allah hadirkan ujian bagi mengukuhkan kekuatan dalaman kita kepada-Nya. To be precise, menguatkan lagi tahap iman kita. Sekaligus mengingatkan kita bahawa kita akan baik-baik saja kerana Allah, sentiasa bersama kita.

Ketahuilah bahawa Allah itu lebih dekat dari urat leher kita.

Surah Qaf: 16

Tetapi, semakin kuat kita berpegang kepada-Nya, kita semakin teruji. Kenapa hal itu berlaku? 

Kerana Allah mahu kita pandang kepada-Nya. Hanya kepada-Nya. Menyerahkan segala jiwa raga kepada-Nya. Mengakui segala kelemahan dan kekurangan. Mempersembahkan roh yang tunduk patuh kepada-Nya sebenar-benarnya. 

Di saat itu berlaku, ketahuilah kita akan mendapatkan nikmat yang melebihi dunia dan seisinya. 

Kenapa niat yang tulus akan menghantarkan kita kepada tujuan yang sebenar? 

Niat yang baik-baik pasti akan dibantu oleh Allah untuk mencapai tujuan yang sebenar (read: syurga).

Tingkatan yang tinggi untuk seseorang yang meninggalkan dunia kelak, dia pasti mahukan syurga, bukan? Maka itulah tujuan yang sebenar.

Buatlah bekal menuju tujuan yang sebenar itu. Mulakan dengan memilih perkakas yang bersih, membawa niat yang ikhlas, hati yang menyerah, sebarkan kebaikan, tutupi segala pintu kemaksiatan dan kenistaan, tinggalkan perkara yang tidak bermanfaat dan pinta keredaan manusia di sekeliling.

Semoga apapun mehnah dan tribulasi sepanjang perjalanan, kita tak akan pantas menyerah. Kerana di setiap langkah kecil itu, kita tahu Allah sentiasa bersama kita.

Semoga, tidak sesekali menyerah.

Di mana pun perjalanan kita, pastikan destinasinya adalah sama.

Comments

Popular Posts