Noon rant

 May peace be upon you. Heya.

Kita telah masuk bulan terakhir untuk 2024. Anak aku pun dah mencecah 2 tahun 11 bulan. Sekelip mata, tetiba dah 3 tahun. Hmm. Masa begitu pantas berlari menelan waktu dan setiap detik.

Walaupun di luar panas terik, ia tak menjadikan aku jadi kering idea untuk meluah sepatah dua kata dalam blog. 

Syukur dah seminggu ni cuaca kembali terik. Tak macam seminggu sebelum itu. Tapi ini dekat kawasan akulah. Dengar cerita kat belah pantai timur semenanjung macam belum reda lagi dengan banjir tu. Kesian dorang. Semoga semua dipermudahkan segala urusan. Ada dengar cerita seseorang, katanya tahun ni belah sana terlalu awal ditimpa musim tengkujuh. Biasanya bulan 12 kena berjaga-jaga dah. Rupanya tahun ni, pertengahan bulan 11 air dah mula naik. Unexpected thing.

Hujung tahun ni jugak, penyelenggara aku berhenti menyelenggara segala projek penulisan. So, ada dua yang tak sempat release. Antologi cerpen kenangan dan anekdot zaman sekolah. Tapi tak apalah. Tahun depan, aku ingat nak join lagi. Kalau ada yang menarik. Insya-Allah.

Akhir tahun ni, rasa nak pulun siapkan manuskrip novel aje sampai awal tahun 2025. Harap diberi fokus yang tinggi, idea yang baik baik, dipermudahkan segala urusan berkait manuskrip and so on. Insya-Allah. 

Pasal kesihatan, semalam dua benda tetiba terjadi. Satu, ulser di hujung lidah and sesuatu yang tak boleh cakap kat sini. Makin bertambah ujian aku hujung hujung tahun ni. Bengkak di bibir belum kunjung surut lagi. Hmm. Semoga kerana sakit yang sedikit ni, aku berjaya siapkan manuskrip novel dan lulus untuk terbit nanti. Amin ya rabb.

Oklah. Tu aje.

Doei.

1251/ 031224

Comments

Popular Posts