SaladxJacky (Happy New Year)
"Baru ingat nak lepak kat luar."
Salad pandang wajah Jacky. Dia tarik senyum nipis. Benda yang tidak dapat diagak adalah masa depan. Hatta, sedetik lagi pun takkan pernah ada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku.
Mereka berdua merancang untuk keluar bersiar siar pada hari terakhir 2024. Twins— Along, angah, akan dihantar ke rumah Anje dan Bean. Namun takdir menyediakan perkara sebaliknya. Twins itu tetiba jatuh demam entah kenapa.
Jacky bersimpuh di birai katil twins. Dia baru selesai mengelap bahagian lipatan tubuh angah manakala Salad menguruskan anak sulung mereka.
Dari siang, mereka terhalang dari keluar. Sibuk menguruskan anak anak yang sakit. Jacky sesekali mengusap ubun ubun angah dan along. Salad memerhatikan dalam diam. Dia tahu Jacky kecewa namun perkara itu cuma dibisukan saja. Biar isterinya yang memulakan usul dahulu.
"You dah penat, kan? Tidur la dulu. Demam dorang ni dah kebah sikit I rasa." Kata Salad. Dia mencapai penembak suhu lalu dihala ke dahi along. 36.9. Angah, 37.0.
Jacky pandang wajah Salad. Dia menghela nafas pendek. Riak wajah itu pantas difahami Salad.
"It's okay now. Dorang dah pun tujuh tahun. Demam sikit takdelah merisaukan sangat. You rehat la."
Jacky menggigit bibir. Salad dikerling. Salad angkat kening sebelah.
Seketika, kedengaran bunyi bunga api bertalu talu di luar rumah. Salad tarik sengih. Dia berdiri lalu menarik tangan Jacky.
Mereka keluar ke balkoni bilik. Menatap kanvas langit gelap yang dihiasi dengan bunga api di segenap penjuru arah. Di mana mana, orang sedang meraihkan tahun baharu.
Wajah Jacky berubah ceria. "Wah, cantiknya!" Dia melipat kedua lengan di palang sebelum menopang pipi dengan siku. Bibir terukir senyuman panjang tanpa sedar. Melihat bunga api, hilang segala keletihan menjaga anak sakit sejak siang tadi. Ibarat satu petikan jari, semua masalah lenyap tanpa bayang.
Salad turut melayan scenery malam tahun baharu. Ekor mata sesekali ke sebelah, memandang sang isteri yang gembira walaupun sekadar melihat pemandangan bunga api. Dating yang diharapkan sejak tadi diganti dengan pemandangan itu. Hikmah pada hari ini. Sungguh, malam ini adalah hikmah yang lebih baik daripada nak dating siang tadi. Rahsia Tuhan, cuma yang merenung ibrah sahaja yang merasakannya.
Salad melingkar lengan ke bahu Jacky. Jackt menoleh ke sisi. Tersenyum manis.
"Lawa gila kan? Lama I tak layan bunga api ni." Luah Jacky. Kebanyakan waktu, tatkala kedengaran bunga api, ada saja kesibukan yang tak memungkinnya untuk melayan bagai nak rak. Tetapi kali ini lebih nikmat rasanya walaupun ya— sekadar bunga api. Perkara yang kecil tetapi baginya sangat besar. Ia mampu melunturkan segala kepenatan emosi dan fizikal setelah sehari berhempas pulas menjaga anak yang dilanda demam.
Salad tersenyum. Angguk. Bibirnya jatuh mengucup pipi Jacky. "Happy new year, sayang."
Jacky tersentak.
"Happy new you, my darling. May Allah bless our lives and days this year." Bisik Salad.
Jacky melakar senyum manis. Pipi Salad dicium. "Amin. I love you, my man." Bisiknya pulak.
Salad sengih. "Why not boy?"
"Not anymore. You dah besar panjang." Seloroh Jacky. Salad tertawa kecil. Giggle.
"I love you more, sayang. Thanks for everything you've done for our little family." Dahi Jacky dikucup. "I'm looking forward being grow old with you."
"Same here. May 2025 bring more fun and kind things for us all." Kata Jacky. Sisi kepala terasa berat sedikit. Salad menyandarkan dirinya di sisi Jacky. Tangan yang berlingkar di bahu diturunkan. Pinggang isterinya dirangkul erat.
Mereka sama sama memandang ke arah bunga api yang menerangi seluruh alam pada malam hari.
2025, semoga baik baik saja buat semua.
1215am | 010125
Comments
Post a Comment