JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 2)
Menggeletar lutut Juliette sehingga dia terjelepuk sendiri ke tanah. Figura budak lelaki yang kemas berpakaian seperti orang bangsawan itu ditatapnya takut-takut. Wajahnya bersih dan mempunyai bentuk paras yang menawan. Rambut perang mudanya begitu bersinar dan berkilau tatkala dicium matahari yang semakin meninggi. Tiada sebarang cacat atau comot pada budak lelaki yang baru keluar dari kentang besar itu.
Juliette
menggosok kedua mata. Dia melopong luas. Tidak percaya!
“Oi,
kenapa pandang aku macam tu?” Budak lelaki itu pandang jengkel ke arah Juliette
yang jelas ketakutan melihat dirinya.
Terketar
jari telunjuk Juliette naik menuding ke wajah budak itu. “Awak—manusia ke
bunian?”
“Huh!
Manusia la, pandai. Tak percaya, peganglah aku.” Cabar budak lelaki itu lalu
melangkah mendekati Juliette yang masih terduduk di tanah. Juliette meneguk air
liur. Cuak melihat budak kentang itu mampir.
“Tapi—kan
selama ni awak jadi kentang. Kenapa—sekarang jadi manusia?” tergagap-gagap
Juliette menyoal. Dia takut tetapi dalam masa yang sama, hatinya berasa teruja
dengan apa yang dilihatnya.
Budak
kentang itu ketawa seperti orang jahat. “Sebab aku nak la. Kenapa? Salah ke aku
jadi manusia kalau memang aku ni sebenarnya manusia, sama macam kau?”
Eh?
Juliette terkebil-kebil, mencerna kata-kata si budak kentang yang baharu lahir
ke dunia itu.
“Sebab tu
ke awak tak beranak kentang? Sebab awak manusia?” Juliette tayang muka blurr,
melontar soalan semula.
Budak itu
ketawa kuat, jelas mengejek Juliette yang nampak keliru. Dia mencangkung
betul-betul depan Juliette. Pergelangan tangan gadis itu ditarik selamba.
Dibenamkan jemarinya dalam jemari Juliette.
“Rasa
panas tak?”
Juliette
tergamam sebelum mengangguk kecil. Tangan budak itu lebih hangat berbanding
tangannya.
“Tangan
kau sejuk. Dah berapa lama kau di luar ni?”
Mata
mereka bertentangan. Kilauan cahaya dari mata Juliette menyentakkan budak
lelaki itu.
“Dari awal
subuh.” Kata Juliette.
“Oh,
patutlah!” Pegangan diungkai. Budak itu menekap tangan Juliette ke dadanya pulak.
Juliette membulatkan mata. Wajahnya bersemu merah. Kenapa budak ni terlalu
galak menyentuhnya?
“Rasa
tak?”
Juliette
yang masih tergamam memandang wajah budak kentang itu. Perlahan kepalanya
diangguk.
“Rasa
apa?”
Mata
mereka bertentangan lama.
“Err, degupan
jantung?”
Tangan
Juliette terus dilepaskan. “Hah, tau pun! Itu maksudnya aku ni hidup dan
bernyawa. Sama macam kau.” Kata budak itu lalu berdiri. Debu di punggung
dikuis-kuis. Dia menjeling wajah Juliette yang mendongak ke arahnya. Perlahan,
Juliette membelah senyuman lega.
Budak
kentang itu berjalan menjauhinya. Juliette mengejar langkahnya namun tetiba
budak itu berpusing laju ke belakang membuatkan tubuh mereka berlaga tanpa
dipinta. Budak itu terus menolak kasar tubuh Juliette. Jantung tetiba berdegup
kencang sedari bau wangian yang lahir dari tubuh Juliette begitu mempesonakan.
“Clumsy la
kau ni!” bebelnya.
Juliette
muncungkan bibir sebelum tersengih. “Dah awak tetiba pusing belakang, kenapa?
Maaf, saya tak ada niat nak sentuh macam tu.” Perlahan ayat di belakang itu. Malunya
bertingkat-tingkat.
Ketat
wajah budak kentang itu.
“Bagi aku
pinjam baju kau. Aku tak suka pakai baju macam ni.” Pintanya tanpa segan-silu.
Juliette angguk dengan senyuman lebar.
“Jom! Jom!
Aku rasa aku ada baju ala-ala budak lelaki sebelum ni. Bolehlah bagi kau
pakai.” Juliette berdiri di hadapan budak itu. mengira jarak ketinggian mereka.
Tidaklah jauh mana. Tingginya separas dengan telinga si budak kentang.
Budak
lelaki itu terkedu lalu memalingkan wajahnya ke sisi. Panas wajah kerana
ditatap Juliette tetiba.
Juliette
intai wajahnya. “Siapa nama awak?”
“Tak
penting semua tu.” Dia menonong laju ke hadapan.
Juliette
mengejarnya. “Pastu nak panggil apa? Potato boy? Mr. Potato? Sweet potato? Haha.
Dah nama macam makanan aje.” Dia terhibur dengan cadangan nama hasilnya
sendiri.
Mati
langkah budak lelaki berambut perang muda itu. Merah kulit kuning langsatnya
mendengar tawa Juliette. Mencerlung tajam dia memandang ke arah gadis sebayanya
itu.
“Asiv.
Nama aku Asiv. Ingat tu.”
Asiv terus
melangkah mendekati daun pintu rumah.
Juliette
tersenyum mekar seperti bunga kembang pagi. “Baik!” dia menyaingi langkah laju
Asiv. Tiba depan pintu, nenek dan atuk tergamam melihat orang asing di hadapan
mereka.
“Siapa
budak ni, Jue?” soal nenek.
Senyuman
Juliette melebar. Bahu Asiv disenggol dengan bahunya. Asiv buat muka jengkel.
Juliette dijeling.
“Inilah
budak kentang yang tak berbuah tu. Asiv nama dia!” Riang Juliette
memperkenalkan Asiv kepada nenek dan atuknya.
Atuk
terpempan. Nenek katup mulut dengan kedua tangan.
Asiv
mendekati nenek dan atuk. Dipandang wajah sepasang warga emas itu. Senyumannya
bertukar manis. Kepala ditundukkan, bahu direndahkan.
“Saya Asiv
Franklin. Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik selama sepurnama ini.”
Ucapnya penuh santun. Tubuh kembali ditegakkan.
Tercengang
atuk dan nenek mendengar nama keluarga Asiv. Putera raja Greenrich! Mungkinkah
inilah dia putera raja yang dikhabarkan sudah hilang entah berapa lama sebelum
ini?
……………………………
Perniagaan
mereka menjadi lebih masyuk dengan adanya jualan kentang yang semakin meningkat
jumlah pembelinya. Jualan sayuran mereka masih berlangsung seperti biasa, namun
tidak serancak jualan kentang. Ramai dalam kalangan pembeli yang focus dalam
membeli kentang kerana ia lebih mengenyangkan berbanding barli. Selagi medium
itu ada dijual oleh keluarga McWilliam, orang-orang kampung akan bertumpu
kepada mereka.
Tetapi,
tidak kurang juga yang tidak yakin dengan penjualan kentang itu. Sesetengah daripada
mereka begitu was-was dengan kentang yang dijual. Sudahlah harganya rendah,
boleh dapat kentang yang begitu gemuk dan empuk. Tak tercapai akal mereka
dengan kebaikan yang ditawarkan. Dalam fikiran, mereka berandaian yang
bukan-bukan tentang asal usul kentang tanaman McWilliam sekeluarga. Di kala,
semua tanah tidak mahu membuahkan sebarang kentang, boleh pulak keluarga tua
itu mampu menuai begitu banyak kentang. Kentang berkualiti tinggi pulak tu!
Yang dijual dengan harga murah. Langsung tidak masuk akal!
“Entahlah.
Pohon barli aku pun bulan ni belum boleh dituai-tuai lagi. Dia ni, kentang tuai
bukan main, sebulan sekali dapat! Masyuk la dia.” Cebik.
Si kawan
menjeling. “Rezeki dia. Entah dari mana dapat. Mungkin guna ilmu lama dia la
kut.”
Kawan
ketiga terkejut. “Seriuslah, dia amalkan ilmu itu dalam jualan dia?”
Kawan
kedua angkat bahu. “Mana tahu.”
“Mustahil
dia boleh pakai lagi ilmu dia tu. Aku tak sense sebarang ilmu magik dia lagi.
Tapi, ada sesuatu yang menarik untuk kita perhatikan.” Tajam matanya mengerling
ke arah gerai kentang yang dipenuhi orang itu. dua orang kawannya turut
mengecilkan mata, mahu memerhatikan apa yang dilihat oleh si kawan seorang.
Namun, tiada apa yang menarik perhatian pun. Mereka buat muka sebal.
“Alaa,
budak tu tak ada hari ni.”
Dua
kawannya mengerutkan dahi. “Budak?”
Sengih.
“Budak tulah aku rasa yang bawak tuah pada keluarga McWilliam ni.” dia menebak
yakin. Seketika, dia terus mengajak dua kawannya itu beredar dari situ. Tidak
mahu orang naik hairan mengapa mereka sibuk berkumpul sementelah yang lain
sibuk berjual-beli. Dalam kepala, dia berharap agar dapat berjumpa dengan budak
lelaki itu lagi. Mungkin… tuah juga akan mendekatinya sepertimana keluarga
miskin McWilliam.
……………………………
Selama
dalam jagaan keluarga McWillam, semua keperluan Asiv dipenuhi. Tiada yang tidak
dijaga. Bahkan, makan dan minumnya begitu berdisiplin. Asiv diberi makanan yang
sihat dan mengenyangkan. Sebelum kehadirannya, nenek, atuk dan Juliette makan
sekadarnya. Tetapi, sejak adanya Asiv, kebanyakan makanan yang terhidang di
meja makan adalah makanan mewah. Ia boleh dikatakan sedemikian disebabkan
pendapatan keluarga McWillam menjadi berganda-ganda setelah penjualan makanan
ruji Greenrich. Tetapi, penjualan kentang tidak sempat diexport ke tempat lain
kerana orang ramai berebut untuk mendapatkan kentang bermutu tinggi dan sedap
keluarga McWillam itu.
Berkat
Asiv, mereka kini boleh merasai makanan yang enak dan lebih mengenyangkan.
Asiv
mendongak melihat Juliette yang berdiri atas bongkah kayu pendek berhadapan
dengan dapur arang. Kelihatan gadis itu menggaul-gaul sesuatu. baunya yang
meruap ke udara membuatkan perut Asiv rancak berkeroncong.
“Kau masak
apa tu?”
Juliette
pandang ke sisi bawah. Tersenyum melihat Asiv yang seakan menelan air liur. “Kenapa?
Dah tak sabar ke? Eh, saya nampak air liur awak meleleh la!” Usiknya.
Asiv
membulatkan mata. Pantas dia mengelap tepi bibir. “Hee, mana ada! Kau tipu aje
kan?”
Juliette
ketawa kecil. Terhibur memandang Asiv yang kalut. Padahal muka budak itu sakan
bersinar-binar menanti masakan selesai dimasak. “Saya masak sup kentang.”
Mata Asiv
membulat teruja. Dia menggosok kedua tangan. “Wah, sedapnya! Bila nak siap?”
“Kejap
lagi. Nenek ada masak fries. Khas untuk awak.” Beritahu Juliette. Dia mengintai
nenek di sebelah. kentang yang digoreng sudah masak dan ditoskan oleh nenek.
Asiv
tambah teruja. Seronok dengan nenek yang melayan karenahnya mahu makan fries
setiap malam. Tetapi, nenek kata tak boleh makan selalu. Nenek beri keizinan
buat Asiv untuk makan seminggu dua kali saja.
Selesai
memasak, mereka makan bersama di meja petak yang memuatkan empat orang di ruang
tamu.
Asiv terus
menarik pinggan kosong. Fries yang masih panas dicedok ke dalam pinggan. Dia
terus memakan kentang hiris itu panas-panas.
“Hati-hati!
Panas tu.” Teguran nenek tidak dihiraukan. Asiv tersenyum riang. Nenek sudah
menggeleng perlahan. Juliette di hadapannya cuma tersenyum kecil melihat
telatah Asiv. Dia menghirup sup sebelum mengunyah seketul kentang. Atuk
memerhatikan wajah rupawan Asiv dalam diam sambil menggigit sweet potato panas.
“Suka
sangat kamu pada kentang ya.” Atuk berseloroh.
“Suka!”
Asiv menjawab dalam keadaan mulutnya penuh dengan fries. Juliette tahan pinggir
bibir dari tertawa.
“Patutlah
seronok duduk dalam kentang!” Juliette mengusik. Nenek dan atuk tertawa
mendengar kata-kata cucu mereka.
Asiv buat
muka namun dia akhirnya tersenyum sama. “Seronok. Terasa hangat selalu. Macam
kena peluk seseorang.” Luahnya gembira.
“Oh, itu
sebab Jue yang peluk Asiv macam peluk bantal busuk dia.” Giliran nenek mengusik
Juliette.
“Eh, nenek
ni! Mana ada la!” Bidas Juliette cepat.
Asiv
pandang wajah Juliette yang bersemu merah. Dia ketawa kuat. Puas hati kerana nenek
ada membantunya untuk mengusik gadis ceria itu. Nenek dan atuk tergelak sekali.
Juliette monyok namun hanya sekejap saja. Akhirnya, dia juga ketawa riang
bersama semua.
…………………………….
Tergamam
Asiv melihat Juliette yang cekap melontar tombak ke dalam sungai air cetek
separas atas buku lali. Dua purnama duduk bersama gadis cerdas itu, ada saja
keunikan yang dipamerkan olehnya. Perlakuannya tidak ubah seperti seorang gadis
dewasa yang nomad. Semua perkara boleh dilakukan dan begitu mengkagumkan Asiv
seperti sekarang. Tombak yang menikam seekor ikan putih ditarik keluar. Ikan
yang menggelupur dicampak masuk ke dalam baldi besi yang dipegang Asiv.
Terkial-kial Asiv menangkap. Hampir terjatuh dia akibat batu-batu sungai yang
licin.
“Hati-hati
Asiv!” Tegur Juliette.
“Kau ni
macam hero la.” Laung Asiv. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Juliette
yang melilaukan mata ke arah permukaan sungai melempar pandangan tepat ke wajah
Asiv. Dia ketawa kecil. “Ini namanya survival skill.”
“Tahulah.
Tapi, patutnya aku yang tangkap bukan kau.” Jatuh maruah Asiv melihat kecekapan
Juliette si gadis lincah dan aktif dalam segenap perkara. Cakaplah nak buat
apa. Pasti Juliette tahu buat. Bukan macam dia. Tahu menyorok aje. Dalam
kentang pulak tu! Nasib baik, Juliette memujuknya dengan mengatakan kentang
sedap kalau digoreng. Namanya menjadi mewah. French fries seperti kata nenek.
Juliette
sengih. “Awak pandai sambut masuk baldi pun dah macho dah.” Pujinya ikhlas
dengan senyuman manis. Asiv terkedu. Baldi berisi tiga ekor ikan dipeluk erat.
Dia tertunduk melihat dalam baldi. Terasa sejuk hati dengan kata-kata gadis
itu.
Asiv
kembali melengak. “Berapa ekor lagi kau nak—?”
Kelibat
Juliette tetiba tiada di pandangan. Bulu roma Asiv pantas menegak. Hampir
tergelincir baldi dari tangan. Julie?
Baldi
diletak tepi. Jantungnya berdebar-debar kencang.
Kaki Asiv
laju berlari walaupun berat dibebani dengan air cetek. Kepala berpusing ke sana
sini mencari figura tubuh gadis bertocang kuning itu. Serasa seluruh darah dari
tubuh disedut keluar kerana ketakutan yang amat. Julie? Mana kau pergi?
“Julie!” Dia
berteriak memanggil nama gadis itu berulang kali. Kakinya kembali mencecah
darat. Baldi dicapai. Dia mencari Juliette dalam keadaan remang senja.
Takut-takut gadis itu dibawa pulang ke dunia lain memandangkan hari sudah mahu
gelap.
Asiv tidak
dapat membayangkannya. Dia menggeleng pantas. Dia tidak mahu berfikir
sedemikian. Cari selagi boleh cari. Kalaupun Julie termasuk ke alam lain, dia
boleh menggunakan kuasanya untuk menarik Julie balik ke dunia asal. Dalam
kepala, dia takut dimarahi oleh atuk dan nenek. Juliette menjadi amanah yang
dititipkan daripada pasangan tua itu kepada Asiv. Sama seperti dirinya yang
menjadi amanah buat keluarga McWilliam.
Asiv
menelan air liur. Otaknya ligat mencari klu akan keberadaan Juliette yang lenyap
sekelip mata. Depan mata pulak tu!
~Continue next day~
Nice masterpiece... 👏👏👏
ReplyDeleteGood job....🌸