JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 3)
Setelah penat mencari Juliette, Asiv berehat. Dia memegang sebatang pokok dengan sebelah tangan. Dadanya masih berdebar mengenangkan Juliette yang entah berada di mana. Seketika, Asiv mendongak ke langit jingga hitam. Hari semakin gelap. Dia tidak boleh berehat sewenang-wenangnya. Gadis itu mesti dicari sampai jumpa!
Sebaik melepaskan lelah, Asiv kembali berjalan. Baru beberapa tapak tanah dilangkah, tetiba Juliette muncul depan mata. di hujung sana, gadis itu terjelupuk jatuh. Asiv mengerut dahi. Dia terus berlari mendapatkan Juliette.
“Julie!”
Juliette melempar pandang ke arahnya. Menantinya ke mari.
Bahu Juliette dipegang kejap. “Kau okay? Kau pergi mana tadi?” Riak risau Asiv tidak mampu disembunyikan. tubuh Juliette dibelek depan belakang. nasib tiada apa-apa cedera.
Kedua pipi Juliette ditarik menghadapnya. Dari tadi, wajah itu seakan tertunduk.
Asiv terpempan. Darah berderau turun dari muka. “Kenapa kau nangis? Siapa buat kau?” Darah terasa menyirap melihat air mata Juliette yang mahal telah digugurkan dari mata.
Juliette teresak kecil. Dia menuding ke hadapan.
Asiv memalingkan wajah mengikut telunjuk Juliette. Matanya membesar. Dia tergamam dengan apa yang dilihatnya. Kebun kentang musnah. Tunggang-langgang. Kentang-kentang dikeluarkan dari tanah dan dihancurkan. Pokoknya direntap sampai ke akar. Hangus dibakar. Tiada apa yang tersisa.
Menggigil seluruh tubuh Asiv melihat apa yang disajikan oleh pandangannya. Perlahan-lahan, dia bangun. Tangan yang digenggam kemas dibawa ke hadapan. Dia mulai memejam mata. telapak tangannya melakukan imbasan terhadap kejadian yang telah berlaku, siapa angkara dan waktu si balaci melakukan kerja terkutuk tersebut.
Mata Asiv bertukar merah saga. Tanda kemarahannya memuncak. Berani rakyat marhaen membuat jenayah seperti ini?
Mulut Asiv terkumat-kamit membaca sesuatu. Juliette membesarkan mata. Dia segera memeluk bahu Asiv.
“Stop, Asiv. Nenek tak ajar supaya guna kuasa ke atas kebun tanaman.” Tersedu-sedan dia memberitahu. Asiv dipeluk lebih erat. “Tolong.”
Lambat-lambat Asiv menurunkan kembali tangannya. Dia merenung tapak tangannya yang terasa menggeletar hebat.
“Habis tu, aku nak kena buat macam mana lagi? Apa aku boleh buat untuk kembalikan pendapatan nenek atuk, Julie? Macam mana dengan perasaan mereka? How about our food prep?”
Juliette terdiam. Mereka berdua tahu, beberapa minggu lagi akan tiba musim kering. Di mana, semua kawasan akan mengalami kemarau buat jangka masa yang lama sekitar selama tiga purnama. Tetapi, Greenrich juga pernah ditimpa kemarau selama enam purnama lamanya. Tahun ini, entah berapa lama musim kering itu akan berlangsung.
Tubuh Juliette ditolak perlahan.
“Kau tahu, Julie… aku bukan nak berlagak jadi hero pakai sihir sesuka hati aku. Penggunaan kuasa aku limited sebab aku belum boleh memanfaatkan benda tu dalam darah daging aku sepenuhnya.” Dia terbatuk kecil.
“Aku cuma nak hidupkan semula sekurang-kurangnya satu pokok kalau masih ada. Sebab aku… aku adalah induknya…” pandangan Asiv berbalam. Dia terbatuk-batuk lebih kuat. Dada yang terasa berdenyut sakit dipukul sekuat hati.
“Aku…”
Asiv terus rebah tanpa menyudahkan ayatnya. Juliette tergamam.
Air mata Juliette kembali mengalir seperti paip pecah. Dia cepat-cepat meriba Asiv yang sudah tidak sedarkan diri. Pipi Asiv ditepuk-tepuk kuat namun tiada respon. Dada Juliette ketat dan sebu. Jangan tinggalkan aku, Asiv!
“Asiv!”
Dalam pada terasa sedih kerana Asiv yang tidak sedarkan diri, telinga Juliette menangkap bunyi beberapa tapak kaki berjalan masuk ke kebun. Juliette dapat mendengar sayup-sayup perbualan mereka. Dia segera menarik Asiv masuk ke celah timbunan semak-samun.
“Mana budak special tu? Aku ingat dia muncul buat magik!”
“Maka, sesialah kita bakar kentang ni! Esok-esok dah kemarau. Kita nak makan apa, gila? Pasir?”
“Salah kaulah suruh bakar! Tak guna!”
Kedengaran mereka bergelut sesama sendiri.
“Tak. Sekarang ni, jom kita cari budak berdua tu. Yang seorang tu boleh jadi kuli. Seorang lagi jadi tebusan. Masyuk kalau kita dapatkan budak tu. Hantar pada istana Greenrich.”
“Betul jugak cakap kau. Hahaha!”
Semakin deras air mata Juliette jatuh ke pipi. Ingatkan dengan menjual makanan ruji, manusia akan tahu bersyukur kerana perut terisi kenyang. Nampaknya, manusia selalu dibodoh-bodohkan dengan ujian bernama nafsu. Nafsu yang tiada bermata dan tiada sifat kenyang. Sentiasa dahaga. Sentiasa lapar. Manusia menjadi lemah apabila nafsu yang menunggang mereka.
Juliette terjeda. Bibirnya diketap erat. Bagaimana mereka mengetahui bahawa Asiv adalah putera Greenrich? Setahu Juliette, cuma sekali saja dia membawa Asiv berjalan ke pekan. Itupun, atas desakan Asiv sendiri.
Juliette berdebar. Menggigil tangannya mengeluarkan knit hoodie translucent dari beg sling. Knit hoodie itu selalu dibawa ke mana-mana. Kata nenek, ia akan berguna ketika kecemasan. Dan kecemasan itu adalah waktu sekarang.
Juliette menyelubungi diri dan Asiv yang dipapah. Digagahkan jiwanya mengheret budak lelaki yang semestinya lebih berat daripada tubuhnya. Dan bertambah berat tatkala roh bergentanyangan di luar jasad. Juliette mencungap. Sesekali dia membetulkan tubuh Asiv yang terlorot dari pegangan.
Dia mengetap bibir. Tangisan tanpa suara menemani sepanjang perjalanan balik ke rumah. Baru tadi, dia berseronok dengan Asiv menangkap ikan di bawah lereng bukit. Tahu-tahu, pulangnya dia membawa Asiv yang sudah tidak sedarkan diri kerana angkara pemusnahan kebun kentang.
…………………………….
Juliette merenung segenap inci wajah Asiv yang begitu rupawan. Begitu lama Asiv tidak sedarkan diri. Sudah berlalu tiga hari. Dia mengetap bibir. Tangan Asiv yang sejuk beku digenggam erat. Cuba menyalurkan sedikit haba.
Dia tidak dapat membayangkan sekiranya kehilangan Asiv sebagai teman rapat selepas nenek dan atuk. Asiv sahabat terbaik yang dia ada. Melihat Asiv yang langsung tidak sedarkan diri, hati Juliette runtun. Dia sampai tidak turun menjual sayuran kerana ingin menjaga Asiv. Dia risaukan keselamatan budak lelaki seperti Asiv. Dalam keadaan lemah seperti ini, hal-hal yang buruk boleh saja berlaku. Dan Juliette tidak mahu akan hal buruk itu menimpa diri Asiv. Cukuplah dengan atuk sudah berjanji dengan darah dagingnya bahawa dia akan menjaga Asiv sebaik mungkin kepada kertas bernyawa dahulu. Kini, genap tiga bulan Asiv berada dalam jagaan mereka.
Juliette merenung Asiv, kalau-kalau ada sebarang gerak tubuh dari budak lelaki itu namun fatal. Dia akhirnya bangun dari kerusi. Pintu bilik dikatup rapat. Wajah sugul nenek dan atuk menangkap perhatian Juliette.
Dia mendekati meja makan. Duduk di antara nenek dan atuk.
“Kenapa ni?”
Nenek dan atuk diam sepi. Terasa berat hati mahu meluah kata yang terbuku dalam hati. Juliette sabar menanti butiran suara keluar dari peti suara pasangan emas itu.
“Jue…” nenek menelan air liur.
“Kenapa nek?”
Nenek menghantar isyarat mata kepada atuk. Atuk rasa bersalah mahu bercakap.
“Sebenarnya, nenek nak pergi mengembara ke pekan Etherland. Di sana, ada pekan terpencil bernama Butterwitch. Lubuk menyimpan pelbagai jenis herba bunga. Ia bagus untuk menyembuhkan sakit unik yang ada pada tubuh Asiv.”
Juliette diam. Dia maklum Etherland kaya dengan herba bunga. Tetapi, untuk ke sana juga perlu fikir banyak cara. Butterwitch, sesuai dengan nama yang diberi, kawasan herba yang khas untuk orang luar biasa yang mempunyai kuasa magik. Untuk Asiv yang merupakan daripada golongan ternama dan wizard muda, layak menerima herba dari pembuatan berkualiti tinggi seperti itu.
Persoalannya, di mana nak dapatkan sampan?
Butterwitch sembilan puluh peratus adalah kawasan air.
“Tetapi, atuk tak bagi sebab nenek dah tua.” Nenek mencelah.
Juliette termangu. Otaknya ligat berfikir cara untuk ke Butterwitch. Mama dan papa pun tidak pernah mahu sedekah satu biji sampan pada atuk nenek. Dia mengetap bibir sebelum dihela panjang.
Sedang mereka termenung, Juliette tetiba menghentak meja. Wajah durjanya berganti senyuman lebar. Dia naik ke bilik lalu berlari turun sambil membawa satu bekas kotak.
Dia membuka kotak yang penuh dengan bunga herba yang sudah kering. Ditunjuk kepada nenek dan atuk.
“Boleh ke nenek atau atuk hidupkan bunga-bunga ni? Bunga ni Jue petik masa di Etherland dulu. Mungkin tidak sehebat Butterwitch, tapi mungkin boleh membantu Asiv sedikit.”
Nenek dan atuk pandang ke dalam bekas. Dibelek-belek bunga cyntius, mythief, crocher dan bermacam lagi. Mereka saling berpandangan.
“Kalau bunga ni hidup, Jue nak bagi Asiv makan ke?”
Senyuman Juliette mengembang hingga ke pipi.
……………………
Bunga-bunga herba pelbagai jenis itu digabungkan lalu disimpan dalam bekas pasu. Diletak air dan disimpan berdekatan dengan tingkap. Juliette membuka langsir seluas alam. Dia berpaling menghadap Asiv. Sudah tujuh hari budak lelaki itu terbaring lena.
Dia duduk dekat dengan Asiv. Tersenyum lirih ke arahnya.
“Awak nak tahu tak Asiv… bunga yang wangi macam bau vanilla rose tu bunga liar yang susah nak dijumpai kat Etherland. Tapi, saya jumpa cyntius tu kat kaki gunung Furq, satu-satunya gunung kat Etherland.”
Juliette diam. Mengambil nafas yang terasa berat seperti emosinya sekarang.
“I bet you will love bau floral musk. Itu bunga mythief. Masa saya jumpa bunga tu, betullah saya kena mencuri seperti nama pokoknya.”
Juliette tertawa perlahan. Hambar.
“Tapi saya suka mythief. Selain bau dia yang wangi, dia juga mampu menenangkan jiwa. Meredakan emosi saya ketika mama dan papa ambil keputusan untuk buang saya ke sini. Saya—tidak tahu punca asal parents saya humban saya ke Greenrich ni. sebab saya—bukan asal sini. Saya dari Etherland…”
Bola mata Asiv berkedip lemah tanpa disedari Juliette.
“Saya lebih suka Etherland sebab orangnya baik-baik tak macam Greenrich. Orang kat sini suka mengambil kesempatan pada nenek dan atuk. Mentang-mentanglah mereka dah tua, orang suka pijak. Orang Greenrich tidak berapa hormat pada orang tua, tak macam Etherland yang berbudi bahasa. Tetapi, entah kenapa, saya diletakkan di sini. Saya… rindukan Etherland. Saya rindukan tapak kelahiran saya.”
Jari kanan Asiv bergerak kecil. Namun, masih tidak disedari Juliette yang kini menundukkan wajah.
Juliette teresak kecil. Terhenggut bahunya menangis dalam diam di tepi Asiv.
Terasa dagunya dicuit lalu ditolak ke atas. Juliette tersentak. Membulat matanya memandang wajah Asiv yang begitu dekat.
“Aaa—awak dah ba—?”
Asiv tersenyum lembut.
“Tak. Aku belum mati lagi. Baru aku tahu, hati aku dah kena curi oleh si penggemar mythief rupanya.” Asiv berseloroh membuatkan Juliette terkebil-kebil. Air mata gadis itu lantas diseka dengan ibu jarinya.
Melihat Juliette yang blurr, Asiv gosok kepala gadis itu. Rambut kuningnya tidak lagi bertocang. Rambut yang semakin panjang itu dibiarkan lepas ke dada, ikal ke bawah.
Panjang senyuman Asiv. “Nampak lagi lawa kalau macam ni. Julie si ikal kuning.”
Juliette berkerut sebelum membesarkan mata seluas alam. Dia menekup mulut dengan kedua tangan. Hanya ada seorang lelaki saja yang suka memanggilnya seperti itu!
Asiv mengerdip mata sebelah. Senyumannya lebar.
“Hai. Baru ingat pada aku ke?”
~to be continue the next day~

Comments
Post a Comment