JULIETTE AND POTATO BOY (CHAPTER 4)

“Asivienct!”

Juliette menyeru nama sebenar Asiv. Dia bangun dari birai tilam. Tubuhnya seraya dipeluk erat oleh Asiv yang sudah berubah dewasa secara tetiba. Yang menghairankan, tubuh Juliette juga mendewasa seperti Asiv.

Menggeletar tubuh Juliette. Dia menolak lembut bahu Asiv. Namun, kedua tangan Asiv masih tidak melepaskan pinggangnya.

Wajah Juliette disimbah darah bergelen-gelen. Panas muka dengan perbuatan selamba Asiv. Malu juga satu hal kerana Asiv yang kecil tetiba berubah menjadi besar.

“Apa semua ni, Asiv?” Juliette tidak berani bertentangan mata dengan lelaki itu.

“Julie.” Seru Asiv lembut selembut bayu yang berdesir. Lambat-lambat Juliette mendongak.

“Read this carefully.”

Asiv mencantum dahi mereka. Spontan, segala macam memori yang pernah terlakar dalam sejarah hidup mereka kembali berlayar dalam minda Juliette. Mata Juliette membundar luas. Dia menyerap segala perkara yang terpampang itu. Fikiran mulai dibanjiri dengan detik-detik yang dipamerkan secara pantas dan laju sebelum hilang satu per satu.

Juliette mengambil jarak. Terasa jantung berdebar kencang dengan segala macam memori yang dikongsikan oleh Asiv. Kepalanya menggeleng-geleng deras. Tubuh terasa menggigil.

“It is what it is, Julie.”

Juliette menggeleng lagi. Air mata terhambur keluar tanpa dapat dikawal.

“Kau lupa sebut tiga jenis bunga yang berada dalam pasu tu. Dua bunga cerah kelopak pink putih yang seakan kembar tu, dewa penyembuh. Winter and cloudy. Tapi, dalam tu jugak kau sekalikan dengan pokok bunga deadclover iaitu dewa kematian. Deadclover telan semua bunga yang baik itu, Julie.”

Juliette terpegun. Dia memandang pasu tembikar buatan atuk di hujung sudut bilik. Kelihatan hanya tinggal deadclover berkelopak hitam biru gelap yang masih hidup. Bau tengik deaclover meruap naik, menyengat sehingga ke lubang mucus. Auranya yang begitu kelam membuatkan bulu roma Juliette menegak.

Juliette memandang semula Asiv. Tetiba terasa hujung kainnya basah. Juliette tergamam. Kini, mereka berada di sungai lereng bukit pada kedalaman air separas betis.

“Huh?” Hujung kain dress segera disingkap. Dia meminta penjelasan melalui riak muka kepada Asiv yang tidak lepas dari memandangnya sejak tadi.

“Kenapa semua ni terjadi?”

“Kita kena pergi dari sini segera, Julie.” Tangan gadis itu ditarik.

“Tunggu. Jelaskan dulu!”

“Tak ada masa!”

“Asiv!” Juliette mengeraskan tubuh. Tidak mahu mengikuti Asiv. Entah ke mana lelaki itu mahu membawanya dengan menggunakan kuasa sihirnya.

Asiv menghela nafas panjang, mendengus kecil di hujung. “Kau nak aku mati macam bunga-bunga healer kau tu ke?” akhirnya itu yang ditanya. Hanya itu yang mampu memancing perhatian Juliette terhadapnya. Dia tahu, sudah tiada maknanya dia berada di rumah itu lagi kerana ada manusia-manusia yang mahukan nyawanya.

Darah di pipi berderau turun. Pantas Juliette menggeleng berkali-kali. Seram. Takut. Tidak sanggup. Semuanya bercampur baur menjadi sebuah perasaan yang berat.

“Tapi, bagaimana dengan—”

“Kalau macam tu, tarik nafas dalam-dalam.”

Juliette ingatkan Asiv akan mengira satu hingga tiga. Tahu-tahu, pinggangnya ditarik kemas rapat ke dada dan terus direbahkan diri mereka ke dalam permukaan air. Dunia terasa berpusing laju dan teramat panjang. Gelap gelita dan sejuk sehingga ke tulang hitam.

Asiv terbangun. Dia terbatuk-batuk kuat. Mereka kembali ke zaman kini di sebuah pantai di pinggir Etherland. Selesai melepaskan lelah, dia bangun mendapatkan Juliette di gigi air yang tidak sedarkan diri. Tubuh gadis itu diperhatikan. Macam tiada sebarang pernafasan. Kulit tubuhnya juga pucat lesi. Agaknya terkejut dek menongkah arus dunia zaman lalu dan kini kut. Asiv memanjangkan leher ke kiri, kanan, hadapan dan belakangnya. Kosong tiada penghuni di laut Brunee itu. Maklumlah waktu sudah senja.

Asiv menatap wajah kekasihnya yang pucat membiru.

“Tolong jangan mati dulu, Julie.” Bisiknya. Nafas ditarik panjang. Dia mendekatkan wajahnya ke muka Juliette. Hidung gadis itu dipicit. Mulutnya meniup udara ke dalam mulut Juliette. Dilakukan beberapa kali dengan diselang selikan dengan tekanan pada dada. Akhirnya, Juliette terbatuk-batuk kecil. Wajahnya kembali berdarah.

Asiv membantu Juliette bangun. Belakang tubuh gadis itu digosok-gosok lembut.

“Saya masih hidup ke?” terketar-ketar Juliette melontar suara.

Asiv senyum lega. Angguk. “Safe and sound. Good enough.” Ujarnya.

Juliette pantas memeluk leher Asiv. “Menggunakan kuasa awak ke?” Ketakutan masih menyelubungi diri.

“Dah tu? Hanya itu aje satu-satunya jalan buat kita bertemu dalam zaman kini.”

“I owe you big time, Asiv.”

“Many times I guess.” Seloroh Asiv. Terasa pinggangnya dicubit membuatkan Asiv tergelak. Dia menolak tubuh Juliette.

“Jom. Aku kena cari pawang herba untuk mengubati sakit dalaman aku ni.” tangan Juliette ditarik. Mereka berjalan pelan menelusuri pinggir pantai yang sunyi sepi.

“Maaf sebab saya tak dapat selamatkan awak seperti mana awak selamatkan saya.” Ungkap Juliette. Dia dapat rasa Asiv menggenggam erat tangannya.

Asiv melempar pandang ke sebelah. Ditatap anak mata Juliette yang bercahaya dalam gelap. Itu adalah satu keunikan pada gadis yang berdarah bangsawan seperti Juliette. Dia merupakan anak kepada King Earl dan Queen Sweedling.

“Aku rasa aku patut ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kau sebab selamatkan aku ketika aku menjadi kentang dulu. Itu sudah cukup banyak, Julie. Merangkumi segala sisa nyawa yang aku kandung selama ini. Kalau bukan kerana jasa kau, nenek dan atuk, tak mungkin aku akan dapat bawak kau kembali ke dunia asal kita.”

Juliette terpana. “Sebab itu ke kau jadi kentang? Oh, ya! Kenapa ada kertas bernyawa yang diselit masa tu?”

Asiv tarik senyum. “Itu salah satu sebab la. Sebenarnya, ada sebab lain. Pasal kertas yang diselit tu, ia mengandungi sumpah mati pada menjaga sekian-sekian barang. Ia lumrah dalam kalangan wizard golongan bangsawan yang meminta bantuan kepada seseorang yang dipercayai. Yang menulis kertas tu adalah kakak aku. Dia risau sebab aku menghilangkan diri dan dia syak aku memilih menyumpah diri sendiri menjadi sebuah kentang. Sebab itulah, dia serahkan aku dalam jagaan McWilliam.

Disebabkan geram dengan tingkah laku parents, aku berbuat demikian. Mahu memalukan mereka sendiri yang tidak reti memberi perhatian kepada aku. Perhatian mereka tidak sudah kepada kentang-kentang bermutu tinggi hasil tanaman kerajaan Greenrich.”

Terkebil-kebil Juliette mendengar cerita Asiv. “Macam mana kakak awak tahu awak jadi kentang?”

Asiv tersengih. “Sebab aku kan suka makan kentang? Kau dah lupa ke?”

Juliette terkedu. Fikirannya melayang mengenangkan pertemuan pertama mereka. Juliette yang sedang asyik memakan fries yang dibeli dari stall tepi jalan terus dirampas friesnya oleh Asiv yang kelaparan. Munculnya entah dari mana. Mereka bergaduh besar disebabkan hanya sebungkus fries panas.

Mereka tertawa bersama.

“Padahal awak boleh aje suruh dayang istana masakkan untuk awak.”

“Cakap orang ya. Kau pun sama. Boleh aje kau masak sendiri kat dapur istana.”

Gelak lagi.

“Tapi, sebenarnya yang kat stall tu lagi sedap walaupun kentang mereka kentang mutu rendah. Mungkin sebab original tak menggunakan apa-apa kuasa kut.” Kata Juliette.

Asiv angguk mengiyakan. “Betul. Kat istana aku, semua benda nak cepat. Jadi, semua benda memakai sihir. Kerja semua nak mudah, macam tu la. Sampai mengabaikan anak sendiri yang baru berusia tiga tahun masa tu. Sejak kecil, parents aku menggunakan klon sihir diri mereka. Padahal mereka keluar dari negeri, menjelajah dan mengembangkan empayar di negeri jiran. They left duplicate selves for me. The fake one. Macamlah aku tak tahu.” Dia meluah panjang.

Juliette terkelu. Sampai macam tu sekali?

Digenggam erat tangan Asiv. Mahu menyatakan bahawa dia akan sentiasa berada di samping lelaki itu.

“They just selfish. Pentingkan kekuasaan mereka tu. Sibuk mahu menipu orang menggunakan sihir yang tidak benar. Mereka sibuk mengembangkan kekuatan sihir dengan menggunakan wilayah negeri jiran. Semakin banyak yang terpedaya, semakin kembanglah kuasa sihir yang ada dalam diri mereka.”

Juliette menadah telinga. Ini satu benda yang baharu didengarinya. Dalam kotak ingatan, dia pasti Asiv tidak pernah bercerita lanjut mengenai hal peribadi dan serius seperti ini kepadanya. Wajah tegang Asiv ditatap dari sisi. Berkerut seribu dahi lelaki itu. Punya benci kepada ibu bapa sendiri kerana tidak pernah memberi perhatian kepadanya sejak kecil.

Pelbagai persoalan yang menembak masuk dalam minda Juliette namun dia diamkan. Tidak tega mahu melihat Asiv bertambah bengang dengan soalan-soalan yang terbentang luas dalam fikirannya. Lelaki itu sudah cukup serabut dengan hal diri sendiri dan keluarganya.

“Jadi, parents awak tahu ke awak jadi kentang?”

Asiv pegun sebelum melepaskan tangan Juliette. Dia ketawa kuat namun hambar. Rambut coklat mudanya ditebak ke belakang.

“Tahu. Mereka tahu. Sebab itulah kentang mendadak dimusnahkan di mana-mana. Ibu bapa aku risau kalau-kalau aku dah dijual ke negeri jiran. And lucky me, kerana ada kakak yang bijak menggunakan keluarga McWilliam sebagai pelindung nyawa aku.”

Ketika kerajaan Greenrich sibuk menuai kentang, makanan ruji seluruh negara itu digemparkan dengan kehilangan putera bongsu Greenrich yang menggunakan kuasa sihir amaturnya menjadi sebuah kentang. Pucat lesi King Franklin dan Queen Emelda dibuatnya. Dikerahkan semua orang-orangnya untuk mencari Asiv namun tidak ketemu di mana-mana kerana Asiv melarikan diri ke masa lalu.

Juliette mengurut pelipis. “Kenapa keluarga saya? Dan, sejak bila awak ambil keputusan untuk lompat ke masa lalu?”

Asiv tersenyum senget. “Semasa kemuncak kejayaan parents aku menjadi kaya-raya dengan kentang bermutu tinggi hasil daripada sihir buatan Collide.”

Juliette diam, memikir panjang. Cuba menghadam kata-kata Asiv dan ketepatan waktu dalam mindanya.

“Well, at least, serve their noses.” Asiv angkat bahu. “Dah hilang anak, baru nak menggelebah biawak.” Dia ketawa di hujung ayat lalu melangkah perlahan. Juliette terpaku di tempatnya. Pelbagai persoalan menembak masuk dalam minda namun lidahnya terkelu.

“Tapi kenapa mesti keluarga—”

Ayatnya tidak sempat disambung kerana Asiv tetiba berpusing ke arahnya sambil menekup mulutnya. Ditarik masuk Juliette dalam semak samun. Nasib baik di sekeliling mereka ada tempat untuk menyorok dan agak suram. Walaupun mereka sudah berjalan jauh, namun masih belum sampai ke kota Etherland.

Mereka memasang telinga.

“Tuan Eren kata, Asiv dah sampai ke masa sekarang. Mungkin dalam beberapa hari, kita akan dapat tangkap dia menghadap king dan queen.”

“Harapnya macam tulah. Besar habuannya kalau dapat jumpa budak tu. Sampaikan pencarian terbuka ke seluruh negara. Tak boleh brain kenapa dia sanggup menyumpah diri menjadi kentang.”

“Kan? Entah-entah, kalau jumpa dia balik pun, dia memang dalam keadaan kentang bukan dalam bentuk manusia.”

Tawa gelak dua pegawai istana itu menjengkelkan hati Asiv dan Juliette.

“Jom!”

Juliette bangun namun segera ditarik lengannya sehingga terduduk semula.

“Apa kau buat ni?”

Juliette membuka beg slingnya. Knit hoodie dihampar ke bahu Asiv. Asiv buat muka kelam.

“Awak pakai hoodie halimunan ni.”

“Jadi, kau?”

Juliette menggeleng. “Sini adalah tanah kelahiran saya. Chill. Saya tahu jalan tikus Asiv.”

Asiv menunjal perlahan dahi Juliette. “Ngek. Aku yang ajar kau. Dah, jangan berlagak. Kita pakai sama-sama. Naya kalau kau sekali kena tangkap. Bukan orang tak tahu kita ni pasangan sejoli dari sejak hubungan tak direstui oleh mak ayah kau.”

Juliette terkedu. Wajahnya dirundung murung. Asiv merapatkan tubuh mereka berdua. Bahu Juliette disarung dengan hoodie.

“Awak rasa kita ada peluang untuk bersama lagi ke?” Juliette tak berani menentang anak mata Asiv. Pasti lelaki itu bengang dengan kata-kata negatifnya.

“Jangan jadikan nyawa aku sesia untuk mengembalikan kau ke dunia ini, Julie. Aku tak nak jadi kentang buat kali kedua dah. Kalau hal itu terjadi semula, mungkin benar kita takkan ada peluang untuk bersama lagi buat selama-lamanya.” Tegas suara Asiv. Tegang wajahnya. Dia mendengus di hujung ayat.

Bengang Asiv melihat Juliette yang tertunduk pilu di sebelah.

“Julie, pandang aku.”

Lambat-lambat Juliette mengangkat wajah. Terasa dahinya dikucup. Juliette membulatkan mata. Dahi pantas ditekup. Pipi naik merona merah.

“Fokus pada apa yang ada depan mata kau sekarang. Jangan termakan dengan fikiran negatif yang tidak membawa kesan apa-apa tu. Itu semua mainan perasaan. Dan jangan cakap, hubungan kita yang sudah terjalin lama ni cuma mainan perasaan. Aku selam kau kejap lagi dalam laut balik. Biar kau balik semula pada masa lalu kau. Trapped there forever and sayonara. Nak?”

Berderau darah turun dari muka Juliette. Pantas dia menggeleng-geleng laju. “No! Tak nak!”

“Hah, tau pun! Dah, jom gerak.” Bahu Juliette dipeluk rapat ke tubuhnya. Panas membahang wajah Juliette dibuatnya. Asiv sangat gentleman. Selalu memastikan tahap keselamatannya berada dalam tahap maksimum.

Mereka berjalan seiring selangkah agar tidak terpisah keluar dari hoodie halimunan.

“Tapi kan Asiv… aku rindu pada nenek dan atuklah.” Juliette meluah perlahan.

“Aku pun.” Gumam Asiv.

“Boleh ke aku nak jumpa mereka sekejap?”

“Lapisan zon masa lalu dan sekarang dah terlalu jauh Julie. Aku tak ada pintu portal untuk membolehkan kau jumpa mereka hatta sesaat pun. Kuasa aku dah terhad sejak pembakaran hari tu. Aku cuma ahli sihir yang tidak dapat menggunakan lagi kuasanya sendiri.” Ujarnya. Cukuplah dengan sakit dalaman yang sedaya upaya ditahannya setakat ini.

Air mata Juliette bergenang.

“Mereka sihat ke tak di sana ek?”

Asiv diam. Dia gosok perlahan bahu Juliette. “Mereka dah lama tiada, Julie.”

Menitis air mata Juliette. Tahu akan hakikat itu. Sakitnya meninggalkan masa lalu. Segala memori dan kenangan terpaksa dilepaskan. Kerana masih ada masa sekarang yang perlu dijalani.

Asiv menggigit dinding pipi. Tangisan kecil Juliette yang tertahan begitu meruntunkan jiwa.

“But guess, siapa yang akan menjaga tanaman nenek atuk di Forestville nanti?”

Juliette pandang muka Asiv. Lelaki itu tersenyum manis.

“It will be us. We’ll build a new family there as soon as possible.”

Tergamam Juliette dengan penyataan itu.

~update next day~

 

Comments